BAB 7

Family Completed 694

“Kamu nak buat apa?”

“Saya mahu dermakan buah pinggang saya”

“Kamu tak takut? Pembedahan banyak risikonya. Mungkin masa depan kamu sebagai seorang remaja akan terjejas,” provok Doktor Zamree.

“Saya tak kisah, doktor. Asalkan kawan saya sihat semula!”

Doktor Zamree bagaikan tertarik.

“Kenapa kamu sanggup berkorban begini sekali? Apa pentingnya dia dalam hidup kamu? Hidup kamu kemungkinan aku musnah dan tak sempurna selepas ni. Lebih baik kamu fikir dua tiga kali,” uji Doktor Zamree.

Farhan menggeleng.

“Tak! Kalau dulu Shaqif sanggup jadi galang ganti ketika saya mahu didenda atas sebab kesalahan yang bukan saya lakukan, kenapa pulak saya perlu teragak-agak sekarang untuk buat benda yang sama? Uhibbukafillah! Saya sayangkan dia dan saya mahu masuk ke syurga bersamanya!” jawab Farhan tegas dan yakin.

Doktor Zamree tersenyum. Dia kemudiannya meminta Farhan untuk melakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada buah pinggannya sesuai atau tidak untuk dipindahkan kepada Shaqif. Niat yang baik akan dipermudahkan Allah. Shaqif telah sembuh dan kembali ke sekolah kerana lagi sebulan, mereka akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia dan Farhan giat berusaha untuk berjaya dalam peperiksaan kelak.

Sebulan mereka tempuhi dengan menjadi penelaah buku yang setia. Setiap masa mereka gunakannya untuk mengulangkaji pelajaran. Namun, mereka masih study smart, bukan study hard. Selang sejam, mereka akan berhenti rehat sebelum sambung kembali untuk mengelakkan kebosanan.

Pada malam hari pula, tepat jam 11:30 malam, ketika light off, mereka akan tidur sebelum bangun semula pada jam 4 pagi untuk menunaikan solat malam seterusnya mengulangkaji pelajaran pada masa selebihnya sebelum azan Subuh berkumandang dari surau SMKAS.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience