BAB 2

Family Completed 694

“Assalamualaikum. Kau ni Shaqif kan? Shaqif Mikhail dari kelas 4 Ibnu Sina tu?” Pelajar itu menyapa dengan senyuman tersungging di bibirnya.

Shaqif hanya mengangguk lemah.

“Kau siapa?” soal Shaqif sambil mengesat air mata.

“Aku Farhan Arasy. Pelajar baru kat sekolah ni. Baru saja pindah minggu lepas. Aku berada di kelas 4 Ibnu Khaldun. Selamat berkenalan!” ucap Farhan ceria sejurus menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman.

Shaqif hanya memandang sepi sebelum lambat-lambat dia menyambut huluran Farhan. Senyuman tipis terlakar sedikit. Sejuk hatinya melihat wajah Farhan yang kelihatan tenang dan ceria. Sedikit sebanyak hatinya dicuit perasaan senang.

“Aku, kau dah tahu nama kan? Jadi tak payahlah aku nak susah-susah kenalkan diri lagi. Selamat berkenalan!” balas Shaqif dengan suara yang serak.

Farhan mengangguk tanda setuju.

“Sekarang kau ikut aku kejap boleh?”

Shaqif mengangkat kening sebelah.

“Ikut pergi mana?”

“Pergi paip air sana tu la. Kau kena basuh muka kau tu dulu. Jelas sangat baru lepas nangis. Nanti apa pulak kata orang lain tengok kau nangis macam ni. Tak macholah!” jawab Farhan lalu menepuk bahu Shaqif beberapa kali.

Shaqif tersengih malu. Dia menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Kakinya dihayun ke paip air di tepi bangunan sekolah itu. Selesai sahaja membasuh muka, satu sapu tangan biru muda dihulurkan kepadanya.

“Eh, nanti kotor pulak sapu tangan kau ni!”

“Bukannya aku ada satu saja. Ada lagilah yang lain. Anggap saja ni hadiah pertama aku sebagai simbolik perkenalan kita,” kata Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience