BAB 10

Family Completed 694

Farhan tersenyum lagi.

“Kau sudah faham apa yang aku mahu beritahu. Selepas ni, kau kena jaga diri. Aku mungkin takkan ada di sisi kau. Tapi, aku sentiasa ada dalam hati kau. Apabila kau ingat aku, doakanlah untuk aku ya. Selamat tinggal, sahabat. Semoga nanti kita bertemu di sana. Aku akan menantimu di pintu syurga, sahabat! Assalamualaikum,” lafaz Farhan seraya terus melangkah pergi tanpa menoleh belakang.

Shaqif cuba untuk mengejar tetapi dia tersembam apabila kakinya tersepak ranting kayu. Dia mengaduh kesakitan. Apabila dia mengangkat wajah, dunianya kelam. Tiada cahaya. Shaqif menjerit kuat apabila dunianya terasa berpusing.

Shaqif tercungap-cungap bangun. Dia beristghfar apabila tersedar yang dia hanyut dalam arus mimpi yang membuatkan dia takut untuk bermimpi lagi. Spontan dia memandang sekeliling. Terdetik perasaan aneh apabila menyedari yang dia bukan berada dalam wad Farhan. Dia juga baru perasan yang pakaian sudah bertukar dengan pakaian hospital.

‘Kenapa aku berada di sini? Aku sakit apa?’

Pintu wadnya terbuka tiba-tiba. Terjengul wajah Datuk Thalib dan Datin Tiara. Mereka pantas memeluknya erat. Datin Tiara menangis teresak-esak. Datuk Thalib juga menunjukkan wajah yang bahagia melihatnya. Shaqif bingung. Apa sebenarnya yang terjadi?

“Mummy, daddy, kenapa ni?”

“Alhamdulillah, syukur, nak. Qif dah sedar!”

“Apa yang jadi pada Qif, mummy?” tingkah Shaqif.

“Errr… Qif sebenarnya baru sedar dari koma. Dah sebulan, nak. Qif diberitahu terlalu sedih sehingga koma,” beritahu Datin Tiara lembut.

Shaqif tergemap. Sebulan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience