BAB 5

Family Completed 694

Dia memilih Mahmood sebagai teman makannya. Memang aku sedih tapi aku cuba bersangka baik. Mungkin mereka sibuk memandangkan tahun ni mereka akan menghadapi SPM.

Sampailah satu saat aku mula sedar yang selama ni aku cuma berkawan dengan jasad kosong Syuhaib dan Irzwan.

Aku bukan kawan mereka. Mereka cuma anggap aku sebagai patung yang boleh diambil sesuka hati.

Boleh dibuat apa saja. Dalam satu masa, orang yang percaya dan sayang menyakiti hati dengan kejam sekali.

Dengan cara paling licik dan keji. Sampai bila-bila pun aku rasa aku takkan maafkan mereka berdua!” luah Shaqif beremosi dengan mata yang berair.

Farhan memeluk Shaqif.

“Dahlah, Qif. Kau tak perlu ingat mereka kalau itu hanya akan buat kau sedih. Aku kan ada. Aku akan ada di sisi kau sampai bila. Uhibbukafillah!” ujar Farhan perlahan. Dia kemudiannya meregangkan pelukan.

“Thanks, Han. Uhibbukafillah!” balas Shaqif sebak.

Malam itu berlalu begitu sahaja digantikan dengan hari yang lebih baik seiring pergerakan bumi yang berputar pada paksinya.

Sudah seminggu berlalu selepas peristiwa malam itu dan sudah seminggu Shaqif tidak menampakkan mukanya di sekolah.

“Areff, kau tahu tak mana Shaqif pergi? Kenapa dia tak datang sekolah sampai seminggu? Kau kan ketua kelas dia, mesti kau tahu punya,” tutur Farhan selepas selesai solat Asar berjemaah.

Areff ketawa sopan.

“Kau ni, Han. Kembar hilang seminggu pun kau tak tahu!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience