BAB 6

Family Completed 694

Kemudian wajah Areff spontan berubah muram. Seperti ada perkara yang berat mahu diluahkan oleh lelaki berkaca mata itu. Bagaikan ada sesuatu perkara yang bakal membuncahkan Farhan.

“Sebenarnya, Qif…”

“Kenapa dengan Qif?” desak Farhan.

“Qif masuk hospital. Dia sakit, Han. Buah pinggangnya rosak. Mereka pun tak tahu puncanya apa. Tiba-tiba saja dia disahkan menghidapi komplikasi buah pinggang. Mungkin ni ujian buat dia. Aku tahu Qif seorang yang kuat. Dia akan mampu mengatasinya.”

Setiap patah perkataan Areff seperti menjerat lehernya. Nafasnya berubah. Dadanya berombak kencang memikirkan keselamatan Shaqif sehinggakan dia tidak mampu memberi fokus pada kelas Cikgu Asiah, guru subjek Kimia. Minggu itu, Farhan seperti hilang arah. Fikirannya hanya terbelengu dengan hari Khamis yang terlalu lambat menjelma. Tetapi waktu tetap bergulir meniti hari. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, dia meminta Encik Dzaquan untuk pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Sampai sahaja di wad yang menempatkan Shaqif, terus dia memeluk kawannya itu untuk melepaskan rindu yang terkurung sejak seminggu lalu.

“Qif, kenapa kau tak beritahu aku hal ni?”

“Aku tak nak kau risau. Nanti kau tak boleh fokus dalam kelas. Alah, tak teruk mana pun. Esok lusa baiklah aku ni,” jawab Shaqif lemah. Jelas matanya kelihatan kuyu dan tidak bermaya.

“Malam ni aku jaga kau ya. Risau aku tengok kau terbaring atas katil ni. Aku temankan kau kat hospital ni,” lembut Farhan mempelawa diri.

“Suka hati kaulah. Asalkan kau tak risau”

Farhan meminta diri sebentar dengan alasan mahu turun ke kafeteria. Padahal dia pergi menemui Doktor Zamree dengan satu tujuan.

“Doktor, boleh tak kalau saya nak tolong kawan saya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience