BAB 11

Family Completed 694

“Mummy, Farhan bagaimana? Keadaan Farhan bagaimana? Qif nak tahu. Dia dah sihat? Mummy, please tell me,” gesa Shaqif cemas.

“Hmmm… Farhan sebenarnya…”

“Sebenarnya apa, mummy?”

“Dah meninggal dunia!”

Buk! Hati Shaqif bagai dihempap dengan seketul batu yang berat. Dia bagai laying-layang putus talinya. Dia menangis sendiri. Dia mahu kawannya kembali. Dia mahu Farhan di sisi.

“Sabarlah, nak. Farhan pergi dalam keadaan yang husnul khatimah. Dia meninggal ketika dia sedang menunaikan solat Subuh. Dia meninggal seminggu yang lepas ketika Qif masih tak sedarkan diri. Kalau Qif nak menangis sehingga menitis air mata darah sekali pun, Farhan tak akan kembali. Jasadnya dah tertanam. Hatinya masih bersama Qif. Lebih baik Qif sedekahkan Al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat,” nasihat Datuk Thalib.

Keesokan harinya, Shaqif sudah dibenarkan pulang ke rumah kerana keadaannya sudah semakin pulih. Shaqif menggesa Datuk Thalib untuk membawanya ke tanah perkuburan yang menyimpan jasad kawan sejatinya, Farhan.

Sesampainya sahaja dia di sana, air matanya tumpah dengan sendiri. Sayu matanya dilorotkan pada kubur Farhan yang masih merah tanahnya.

Surah Yasin dikeluarkan dari raga yang dibawa. Tikar mengkuang yang dijadikan alas duduk sudah dihamparkan di atas tanah. Ayat-ayat suci itu dibaca penuh khusyuk dan tatatertib.

Tajwidnya dijaga dengan baik. Air matanya mengalir deras bersama bacaannya yang kedengaran tenggelam timbul dek menahan perasaan sedih yang teramat. Suaranya begitu sayu dan lirih.

Kadangkala bacaan Shaqif terhenti seketika untuk dia menenangkan perasaannya yang bergolak hebat di saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience