BAB 3

Family Completed 694

“Terima kasih,” lafaz Shaqif hiba.

Selepas itu, mereka berdua terus bergerak ke dewan makan untuk makan tengah hari sebelum menunaikan solat Zohor berjemaah dengan guru-guru dan pelajar yang lain.

Bermula dari detik perkenalan itu, hubungan mereka semakin akrab. Di mana ada Shaqif, di situ ada Farhan sehingga mereka digelar ‘Kembar SMKAS’. Tetapi mereka tidak kisah kerana bagi mereka persahabatan adalah hubungan yang mulia. Bukankah tidak akan sempurna iman seseorang Muslim itu melainkan dia mencintai sahabatnya melebihi dia menyayangi dirinya sendiri?

Farhan selalu ada untuk menyelesaikan masalah Shaqif. Farhan jugalah yang selalu menenangkan hatinya apabila dilanda kesedihan semasa teringatkan Mahmood dan Syuhaib yang pernah mengkhinatinya.

Kesalahan yang Shaqif tidak akan maafkan sampai bila-bila. Walaupun andai satu masa nanti dia akan memaafkan mereka berdua itu, luka di hatinya tetap kekal selamanya. Sehingga jasad tertanam di dalam tanah.

Pernah satu malam ketika semua pelajar sudah larut dalam mimpi fantasi masing-masing, Shaqif termenung seorang diri. Wajahnya mendung dan Farhan tahu apa puncanya. Dia terus berhenti membaca buku The Lost World sebelum pandangannya dijatuhkan pada wajah Shaqif.

“Qif! Kau ni okay tak? Tengok mendung saja muka kau tu. Kalau ada problem kongsilah dengan aku. Mana tahu ringan sikit masalah kau tu,” tegur Farhan sehingga mengejutkan Shaqif yang baru kembali pulang dari dunia rekaannya tadi.

“Aku okaylah, Han ! Cuma sakit kepala sikit.”

“Bohonglah! Ni mesti sebab kes Mahmood dan Syuhaib, kan? Alah, kau jangan nak bohong akulah. Aku dengan kau walaupun baru lapan bulan, tapi luar dan dalam kau tu aku dah kenal sepenuhnya. Bukannya aku tak sedar muka kau berubah masa kau bertembung dengan mereka tadi kat surau.” Serkap jarang Farhan.

Shaqif merengus perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience