BAB 12

Family Completed 694

“Amanlah kau di sana, sahabatku. Sejujurnya aku masih tak dapat menerima kenyataan bahawa kau sudah tiada di sini. Namun, aku redha jika ini ketentuan Ilahi. Aku tak mampu melawan takdir. Semoga kita masih mampu bertemu di alam sana kelak. Nantikan aku ya, sahabat. Uhibbukafillah!” lafaz Shaqif sarat dengan perasaan sebak yang mendalam.

Dalam perjalanan pulang, hati Shaqif digayut perasaan rindu kepada Mahmood dan Syuhaib. Entah kenapa, Shaqif rasa mahu bertemu dengan mereka berdua.

Shaqif akui dalam hatinya walaupun menyimpan amarah kepada mereka berdua, tetapi kasih sayangnya tetap masih ada.

Dia tetap menyayangi kawan-kawannya itu. Apabila dia berfikir, lebih baik dia memohon maaf. Bukankah memberi lebih baik daripada menerima?

Mesej kepada Mahmood dan Syuhaib dihantar.

Maafkan aku. Mungkin ada ada salah dengan kau. – Shaqif.

Tit! Tit!

Aku yang sepatutnya minta maaf. Tak patut aku buat kau sebegitu. – Irzwan.

Aku minta maaf. Aku yang bersalah. – Syuhaib.

Shaqif membalasnya.

Kita berjumpa nak? Di Subway? Aku belanja. – Shaqif.

Boleh saja. Esok kita jumpa. – Syuhaib dan Irzwan.

Shaqif tersenyum. Alhamdulillah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience