BAB 7

Horror & Thriller Completed 3677

“Aku bersumpah dengan nama ALLAH..aku tak pernah khianat kau sampai macam ni sekali. Aku dah tak jumpa kau sebab aku malu dengan kata-kata aku dulu kepada kau. Aku rasa bersalah dengan kau….”

Perbalahan yang diperhati dari jauh menggelikan hati. Bagus! Teriak hatinya. Aku suka!

Si pengamal khurafat yang merasa hebat itu sedang asyik berbincang dengan seorang pemuda.

“Tok..Lambatnya dia mati?” tanya pemuda itu tidak sabar.

“Kau ni…! kau yang suruh aku seksa dia. Dia tengah terseksa itu. Teramat sangat tu..!’

“Yela tok…tapi lambat sangat…”

“Aku tau apa yang aku buat. Kau jangan pandai-pandai nak mengajar aku…!’ bentak si bomoh. Pemuda di hadapamyya pucat. Kesat kiurnya ditelan.

“Organ-organ dalaman dia sedang rosak dan hancur sedikit demi sedikit. Kau tak suka ke?” si bomoh bertanya. Pemuda di hadapannya tersenyum kemenangan. Rosak? Hancur? Senyumannya makin melebar.

“Suka tok. Tok memang bijak dalam mengendalikan permainan.”

“Kau sediakan pengerasnya? Aku mahu meneruskan permainan ini…kalau tiada, aku berhenti sampai sini sahaja.”

“Dah tok. Berapa jek yang tok minta. Apa je yang minta, saya akan cuba sediakan. Asalkan dia mati.”

“Kau bersedia tuntutan aku kalau dia mati? Kau masih ingat apa yang aku cakap kau dulu? Kau faham dengan permainan ini? Atau aku perlu bercerita sekali lagi?”

“Tak perlu tok. Saya bersedia menerima apa sahaja. Apa sahaja tok asalkan budak tu mati!” pemuda itu mengetap bibir. Hatinya semakin membusuk untuk helmi. Dia tidak boleh menerima kematian tragis suzana yang berpunca daripada lelaki keparat yang kononnya mencintai suzana.

Suzana sentiasa memikat hatinya. Suaranya, senyumannya, gelak tawanya sentiasa bermain di fikirannya. Hatinya rawan setiap kali melihat suzana dan helmi. Dia pernah meminta untuk menjalin hubungan serius dengan suzana, namun ditolak. Walaupun penolakan itu berhemah cukup dengan santunnya tapi hatinya sakit. Dia selalu memujuk hatinya, mencintai adalah sesuatu yang paling indah dalam hidup dan akan menjadi lebih indah andainya dicintai. Namun tidak semua cinta itu dibalas cinta. Dengan itu dia memilih andai suzana bahagia, bahagialah dirinya. Namun tidak berapa lama, kematian suzana menerjah ketenangan yang dibuat-buat. Dia hampir hilang akal tidak waras. Hilang senyuman suzana, suara suzana. Hilang semua! Hilang pemangkin dalam hidupnya. Dan kematian itu, helmi lah pembunuhnya. Dia berhak menghukum helmi dengan undang-undangnya sendiri. Nah, rasakan! Kau takkan selamat helmi.

Helmi…kehidupan diluar sedarnya amat menangkan. Dia sedang dirawat oleh wanita kesayangannya. Andai itu hari-hari terakhirnya, dia meminta ALLAH mengampunkan setiap dosa besar dan kecilnya. Dia meminta ALLAH menenangkan hati tua ibu dan bapanya. Dia meminta ALLAH menyegarkan cinta ibu dan bapanya terhadap dirinya. Tidak pasti antara duanya, sama ada tubuhnya dalam proses penyembuhan atau sebenarnya mindanya sedang bermain peranan dalam menghasilkan satu memori indah untuk helmi menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk diselitkan dalam keperitan hidup helmi di sepanjang kematian suzana.

“Abang, bangun. Dah maghrib ni…” helmi mencelikka mata. Dia merenung wajah suzana, wanita kesayangannya yang sentiasa bertelekung itu. Dia tidak pasti sudah berapa lama dia bersama suzana namu apa yang pasti, suzana memang cantik dengan telekung yang sentiasa melekap di tubuhnya tanpa terbuka.

“Jangan tenung begitu, berdosa. Cepat wudhuk, kite berjemaah dengan yang lain.” Helmi bingkas bangun. Entah dia bersama siapa tapi solatnya sentiasa berjemaah. Ketenangan yang dia miliki sekarang berganda-ganda. Senyumannya sentiasa memaniskan air mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience