BAB 12

Horror & Thriller Completed 3677

Dalam sebuah kediaman di pinggir bukit…..

“Tok Moh, kenapa saya tengok dia macam dah makin sihat jek?”

“Betul…Ada bomoh kacau kerja aku.” Bomoh itu sengaja mereka cerita. Kenyataan sebenrnya dia sendiri pun tidak pasti mangsanya kelihatan semakin pulih. Helmi! Kurang ajar kau!

“Macam mana sakarang ni tok?”

“Aku kene musnahkan orang yang berani masuk campur hal aku ni dulu, lepas tu baru aku boleh sambung kerja aku dengan budak Helmi tu.” Mendengarkan ulahan itu, pemuda keparat itu menyerahkan wang tunai sebanyak RM3000 demi berharap sakit hatinya reda.

“Ambillah tok. Selesaikanlah…kalau boleh hari ini. Sebarang keperluan maklumkan kepada saya.” Si tua celaka itu mengurut-ngurut janggutnya. Dia akan pastikan kematian Helmi adalah hari ini.

Helimi didudukkan di pembaringannya. Wajahnya ceria walaupun pucat. Ramai yang galak membantu Helmi. Ada yang bawa air akar kayu, ada juga yang membawa herba-herba yang dipercayai bileh memulihkan kesihatan Helmi. Ramai juga yang mengucap syukur walaupun darah yang mengalir keluar dari tubuh Helmi tetap bertali arus,seakannya darahnya itu tidak betah berada dalam tubuh Helmi. Mak mah mengurut dada lega melihat perubahan postif anak terunanya yang seorang itu. Helmi rancak berbual dengan sesiapa sahaja yang menyapanya. Seketika kemudian, mereka yang berbual dengan Helmi keluar dari biliknya. Memberi ruang masa untuk Helmi berehat.

Menjelang tengahari, ustaz Haqimi menggerakkan Helmi yang kelihatan tersedak-sedak dalam lenanya. Helmi terbatuk-batuk itu akhirnya menyemburkan darah dari mulutnya. Kedengaran Helmi mengerang sambil menekan kuat pada dadanya, menahan kesakitan yang teramat sangat. Ustaz Haqimi mengambil segelas air Yassin lalu dihulur kepada Helmi, namun sebelum sempat air di teguk, helmi terlebih dahulu memuntahkan darah yang membuak-buak. Zamani segera mendapatkan Helmi. Helmi dibaringkan dari duduknya. Ada yang sudah mula membentuk jemaah Yassin. Agak terkejut dan mendadak perubahan yang berlaku. Helmi kelihatan sungguh tenat. Dalam kepayahan sempat dia memohon ampun dari ibu dan bapanya serta para jemaah. Kelihatan dia terkumat-kamit menangkap bait-bait bacaan Yassin para jemaah.

Helmi tersenyum tatkala melihat Suzana di celah keramaian jemaah wanita. Suzana dah datang itu bermakna masanya hampir tamat. Telinganya sudah tidak mampu mendengar dengan baik. Doa bacaan ustaz diaminkan tuli. Tidak dapat didengar butir-butir rayuan kepada yang Maha Esa itu. Helmi menggamit Zamani.

“Abang, Suzana bagitahu saya yang Fakhrul yang khianat saya..” Lirih Helmi bersuara.

“Dia terlalu menginginkan Suzana. Takdir Suzana mati di tangan saya dan dia memasang kesumat kerana itu.”

“Mengucap Helmi…”

“Abang, sampaikan kepada semua, saya minta ampun. Minta halalkan segalanya…” helmi semakin kehilangan nafas. Ustaz Haqimi membisikkan Syahadah ke telinga Helmi. Terkumat-kamit Helmi dalam kepayahan mengikut tuturnya Ustaz Haqimi. Saat Bilal Ismail melaungkan azan Zohor, Helmi menutup matanya rapat. Tiada lagi nafas sesaknya. Dengan tenang, Pak Badar mencium dahi anaknya, Mak Mah menurut perlakuan suaminya. Kemudian selimut ditarik hingga menutupi kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience