BAB 10

Horror & Thriller Completed 3677

“Assalamualaikum…!” Fakhrul kelihatan tidak sempat-sempat untuk naik ke rumah.

“Waalaikumsalam. Eh, Fakhrul. Helmi kat dalam bilik nak…” ujar mak Mah yang sudah sedia tahu niat Fakhrul.

“Helmi, baguslah kau dah sedar. Aku macam tak percaya.”

“Siapa yang bagitahu kau yang helmi dah sedar?”

“Kenapa? Aku tak boleh tahu yang helmi dah sedar?”

“Tak lah. Aku tanya siapa yang bagitahu helmi dah sedar?”

“Kau sibuk nak tahu kenapa pulak? Yang kau tu buat apa kat sini? Nak pastikan hidup mati helmi ke?” helmi memandang dua manusia di hadapannya silih berganti. Ustaz memujuk zamani.

“Sudah lah tu zamani. Bawa bertenang. Janganlah bergaduh depan helmi.” Fakhrul sekadar memandang sinis lalu beralih ke helmi. Tidak kuasa dia mahu bergaduh dengan zamani yang bijak berpura-pura itu.

“Helmi, kau dah ok ke? Kau dah betul-betul sihat ke? Dah tak sakit lagi?”

“Dah. Aku dah sihat dah. Ada berpuluh tahun lagi untuk aku hidup….” Ujar Helmi girang. Fakhrul mengerutkan dahinya.

“Betul ke ni?”

“Betul..” ujar Helmi. Zamani sekadar tersenyum sinis.

“Baguslah kalau kau dah sihat. Aku tak boleh lama ni. Aku keluar dari pejabat, bos aku tak tau. Nanti aku datang jenguk kau lagi.” Ujar Fakhrul tergesa-gesa berlalu selepas menyalami Helmi, Zamani dan Ustaz Haqimi.

“Cepat benar nak pergi Fakhrul?”

“Saya banyak kerja, Ustaz. Lagipun saya tinggal pejabat macam tu jek lepas saya dapat berita tentang helmi. Nanti lepas kerja saya datang jenguk helmi lagi.” Fakhrul terus berlalu pergi.

“Kenapa abang bergaduh dengan Fakhrul? Ada yang tak kena ke?” Soal Helmi.

“Tak ada apa lah..” kelihatan Mak Mah masok ke bilik helmi. Ustaz Haqimi dan zamani meninggalkan dua beranak itu. Mungkin ada banyak perkara yang ingin dibualkan, ingin dikongsikan bersama.

Zamani keluar lalu duduk di bawah sebatang pokok ynag menghadap sawah yang menghijau. Sesekali dia menutup mata merasai nyamannya bayu menyapa pipinya. Ah, baru ingin merasai ketenangan, rawannya datang lagi. Dia meraup wajahnya,resah. Tangannya diramas antara satu sama lain dan dia membuang pandang yang jauh menembusi segala di depannya itu. Di manakah ketenangan hatinya. Walaupun dia nampak bersahaja di depan semua, namun hatinya tidak berapa kuat untuk menghadapi suara-suara yang menuduhnya membomohkan helmi. Terasa bahunya ditepuk.

“Kenapa termenung disini?”

“Ustaz, bukan saya tak dengar mulut-mulut yang mengata saya. Memang sumbang. Sakit telinga dengar.”

“Bersabar Zamani. Kalau awak tak salah kenapa awak nak ambil peduli apa yang nak kata.” Zamani membuang pandang kembali ke sawah yang menghijau di hadapannya itu. Panorama masih pagi. Kelihatan mentari seakan malu-malu untuk terbit. Hari ini mungkin cerah memandangkan paginya sangat segar. Bahunya terasa berat, menanggung kata-kata manusia yang mencalar perasaannya. Apakah dia kelihatan seperti seorang yang kurang didikan agamanya? Berat, memang berat. Dia membuang pandang ke rumah Helmi. Penderitaan helmi lebih parah berbanding dia. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dia masih mampu berjalan, bergerak dengan kudrat sendiri.

“Helmi masih memerlukan kita. Bersabarlah Zamani.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience