BAB 13

Horror & Thriller Completed 3677

Tiba-tiba kedengaran derapan tapak kaki berlari. Fakhrul!

“Helmi…! Helmi…!” Fakhrul ingin mendapatkan Helmi namun Pak Badar terlebih dahulu menahannya..

“Sabar nak…sabar…Helmi dah tak ada…” tak semena-mena matanya mencerlang memandang Zamani. Ini akan menjadi angkara Zamani. Saat itu dia kelihatan ingin menerkam Zamani yang tenang. Dia menarik Zamani yang sedang duduk itu berdiri sama tinggi dengannya. Dia mencekak kolar baju Zamani.

“Kau……” Sebelum sempat dia meneruskan kata-katanya, penumbuk Zamani terlebih dahulu berbicara dengan wajah Fakhrul.

“Aku tak sangka, kau sahabat arwah dari kecil snggup kau jadi keparat kepada si khurafat tu…!”

“Kau jangan kurang ajar. Kau yang ugut Helmi dulu. Kau yang nak Helmi mati. Sekarang kau dah puas hati lepas tu nak tuding jari pada aku pula…!

“Fakhrul…pemakan bangkai akan sama-sam berbau bangkai. Jangn nak berdalih lagi. Usah menuding jari kau yang bengkok tu, natijahnya kau menuding jari pada diri sendiri. Semua dah tahu ini semua angkara kau…” Zamani sekadar memerangkap Fakhrul. Matanya Fakhrul meliar ke kiri dan ke kanan. Kelihatan para jemaah di situ sedang memegang cangkul, parang, sabit dan segala macam benda. Perasaan gerun menyelinap masuk ke benaknya. Dia mengambil langkah seribu mengangkat kaki dari rumah itu.

Di dalam keretanya, dia memandu riang. Puas hatiya Helmi sudah mati. Penyeksaan Helmi amat membahagiakna dirinya. Tiba-tiba banyak wajah bersilih ganti di matanya. Suzana, Helmi dan juga Tok bomoh itu. Kedengaran suara-suara yang membingitkan telinganya. Berdesing-desing nyaringnya.

“Hajat mu tercapai. Aku yang laksanakan.”

“Ye Tok Moh…terima kasih…”

“Kau ingat apa yang pernah aku cakap sebelum ini?”

“Kebahagiaan ini membuatkan aku lupa segalanya Tok Moh…ceritakanlah semula..”

” Apa yang aku hantar kepada Helmi adalah satu kerja yang berat. Ilmu ku ini ada galang gantinya. Boleh kau tunaikan?”

“Apa sahaja…apa sahaja tok…”

“Galang gantinya adalah nyawa kau. Tidak boleh tidak…” Mata Fakhrul membuntang.

“Apa ni tok…? saya bayar tok beribu-ribu tak akan lah ini penghabisannya? Saya pula yang jadi mangsa…”

“Dulu apa sahaja permintaanku kau boleh tunaikan. Kau sudah berjanji untuk tunaikan semua tuntutanku. Kau tidak pernah menanyakan apa tuntutan ilmu ku ini. Terima kasih kerana menyerah diri untuk aku mencuba ilmu baruku ini….hahahahaha….” Fakhrul tertipu dan sekarang baru dia tahu selama ini dia menyerah leher kepada bomoh itu. Sialan…! getus hatinya.

“Perjanjian sudah termaktub. Kau tidak boleh mengelak…!” suara tanpa wajah itu membentak marah dan Fakhrul sudah mula berpeluh sejuk. Cuba mencari jalan untuk melarikan diri.

Sudah…! dia sudah mula diserang. Diserang oleh jelmaan Suzana dan Helmi yang menjengkelkan. Suzana rakus menarik isi dari tulangnya. Dia sedang dimakan…! dimakan oleh Suzana dan Helmi hidup-hidup. Ini adalah satu penyeksaan yang teramat. Dia meraung hingga kehilangan suara. Dia sudah tidak mampu untuk fokus dalam pemanduannya. Mereka-mereka yang sedang berjalan di lorong pejalan kaki agak terkejut melihat sebuah Swift sedang terhuyung-hayang di tengah jalan raya. Pekikkan hon mengganas dari pelbagai arah. Ketika ini lidah Fakhrul seakan kaku sekerasnya untuk menyebit nama ALLAH.

Matanya semakin hilang deria. Sakit yang dirasakan berganda-ganda. Puas merayu namun jelmaan Helmi dan Suzana semakin seronok membaham dirinya. Ampun kan aku…!!!! sekadar bergema di dalam hatinya. Entah memohon ampun daripada siapa pun tak pasti. Akhirnya……

Baaaammmmmm…..!!!!!!!!

Fakhrul menghentam lori balak dari arah bertentangan, Swift kebanggaannya rela menjunam ke dasar gaung. Kereta berputar lebih dari 360 darjah. Dia teringat, mengimbas kembali dosanya.

“Kita sahabat sampai bila-bila tau Mi…”

“Ye…dunia akhirat..kau sahabat aku…”

“Kau sakit…aku mesti sakit jugak….”

“Yelah Rul…kita mesti sama-sama selalu tau…”

“Nanti kalau aku mati. Kuburkan aku sebelah kau.”

“Ni kire aku mati dulu la ni?” Tanya Helmi dengan wajah yang berkerut.

“Ye..pasti…hehe..” dan mereka ketawa riang bersama. Dan sakitnya semakin bisa terasa. Sesuatu sedang meronta-ronta keluar dari tubuhnya. Sakit,bisa,entah apa lagi perkataan untuk mendefinisikan rasa itu. Tetapi Fakhrul tahu, itu proses kematiannya, sebagaimana yang pernah dijanjikan ALLAH. Matinya berteman sang puaka syaitan, tidak bersyahadah. Berdendang ria syaitan meraikan pemergian dan pastinya mereka akan menyusul kemudian.

Penduduk kampung, dengan penuh rasa tanggungjawab menunaikan fardu kifayah, menguruskan jenazah Fakhrul walaupun agak rumit keadaannya. Pelbagai andaian yang ada. Jenazah Fakhrul berkeadaan begitu mungkin kerana di makan oleh anjing liar sebelum pihak penyelamat datang. Kelihatan Ustaz Haqimi yang turut serta memberikan pandangan tanda kepada mereka yang asyik berfikir membuat andaian. Dan akhirnya kebanyakan mereka sekadar memandang dan menutup mulut. Tidak mahu menambah keaiban Fakhrul yang matinya dengan mata terbelalak dan lidah terjelir tanpa boleh dibetulkan. Zamani insaf dengan keadaan. Dunia ada hukum karma.

Urusan jenazah Fakhrul selesai selepas maghrib dan pengebumiannya tidak mahu di tangguhkan. Usai berjemaah isyak dan solat jenazah, Fakhrul dikebumikan sebelah kuburan Helmi. Kesukaran berlaku tatkala tanah sentiasa tidak mencukupi untuk mengambus kembali kuburnya si Fakhrul. Mereka yang profesional dalam menangani masalah seperti ini mula bertindak. Doa dan solat sunat ringkas mula dikerjakan oleh Ustaz Haqimi selaku yang afdal. Selepas 6 kali percubaan, yang ketujuh merupakan satu kesyukuran.

Ah..! Fakhrul si petualang yang pulang. Menepati janjinya sentiasa walau dengan keadaan yang terlampau jauh bezanya. Sesiapa pin tidak boleh menilai apatah lagi menghukum. Kita doakan yang baik kepada mereka, arwah Fakhrul dan Helmi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat yang terbaik.

Hati…hai hati…sukar betul hendak dijaga, mudah terkena jangkitan duniawi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience