BAB 3

Horror & Thriller Completed 3677

“Apa kau cakap ni Mi..kau kena kuat. Jangan mengaku kalah…”

“Aku dah lama. Saat nyawa Suzana melayang kerana aku, aku dah mati Rul. Kau tolonglah aku. Suzana selalu datang jumpa aku. Nak balas dendam katanya. Aku dah tak mampu nak berhadapan dengan dia lagi.”

“Amy, kau jangan ikutkan hati. Suzana dah lama tak ada. Kalau dia tahu keadaan kau macam ni, mesti arwah sedih Mi.”

“Kau tak ada kat tempat aku Rul. Sampai bila pun kau takkan faham. Betapa terseksanya perasaan aku. Dia nak bunuh aku tapi kenapa dia masih biarkan aku hidup?”

“Kau kena kuat semangat, untuk diri kau dan juga hidup kau. Jangan macam ni lagi..”

“Kau takkan faham…” seraya Helmi lkembali membuang pandang ke luar jendela melayan rawan hatinya yang tidak tertanggung. Dia tidak mahu lagi berbual. Dia tidak mahu lagi menuturkan kata. Semuanya terlalu sakit buatnya. Fakhrul masih lagi memancing Helmi untuk berbual namun tidak dilayan. Akhirnya Fakhrul mengalah. Dia langsung meminta diri dan berjanji akan datang semula esok.

Fakhrul agak terkilan dengan Helmi yang terlalu mengikut perasaannya. Mereka sudah berkawan baik sejak dari sekolah rendah lagi. Mereka bertemu Suzana di sekolah menengah. Mereka menjadi sahabat yang akrab, kemana sahaja mereka pasti bertiga. Hubungan cinta antara Helmi dan Suzana terbina sejak mereka di tingkatan tiga. Cinta monyet yang diejek-ejek akhirnya bertahan sehingga mereka mengikat tali pertunangan. Tetapi, ALLAH tidak menjajnjikan perkahwinan buat mereka.

Berita kematian Suzana menarik semangat Fakhrul sebentar tatkala perkhabaran itu menyapa harinya. Apatah lagi penyebab kematian Suzana adalah Helmi. Menitis air matanya tatkala mendapat tahu jenazah Suzana terputus dua akibat kemalangan itu. Hatinya tak tertahan melihat keadaan Helmi yang meraung-raung. Dadanya sakit dengan keadaan. Dia menghampiri Helmi lalu memeluk Helmi sekuat hati. Semenjak kejadian itu, dia selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke kampung untuk menjenguk Helmi. Rahmah senang hati melihat Fakhrul yang selalu menjenguk Helmi. Anak itulah yang selalu menenangkan, memberi semangat kepada Helmi walaupun Helmi sudah tidak mampu menerima apa-apa nasihat mahupun pujukan.

Sejurus kepulangan Fakhrul, Helmi kelihatan berbual-bual sendirian.

“Abang…Bila abang nak mati ni sayang…?”

“Ana, abang minta ampun. Abang tak sengaja…Maafkan abang. Tariklah nyawa abang kalau itu yang abang nak tapi abang takkan ambil nyawa abang sendiri.

“Matilah sendiri. Gantung diri ke. Tu kat kipas tu. Tak pun minum racun ke…”

“Abang takut nak buat macam tu…”

“Janganlah takut. Ana kan ada. Ana tunggu abang. Abang yang bunuh ana, lepas tu abang hidup pula. Mana boleh macam tu sayang. Kesian ana tau sorang-sorang. Kata kita sehidup semati.” Ujar Ana menyeringai.

“Ana..ana tariklah nyawa abang..”

“Huh…! ana bukan macam abang, pembunuh..!” Suzana merengus. Helmi amat tertekan mendengar tuduhan sebagai pembunuh itu. Dia mula menarik-narik rambutnya.

‘Pembunuh…pembunuh…pembunuh….’ Helmi bertempik. Meraung ingin mencederakan dirinya sendiri. Dia sudah mula tidak sedarkan diri. Dalam ketidaksedarannya itu, kadang kala dia bertempik marah dan menangis ketakutan. Apa yang ada di mata Helmi hanya Helmi yang tahu.

Helmi ternampak ada lembaga hodoh dan menakutkan di hadapannya. Lembag itu mengacu-acu tangannya untuk mencekik Helmi. Cubaan makhluk itu sentiasa gagal kerana pelbagai bacaan ayat Al-Quran diperdengarkan kepada Helmi. Yang bertempik marah, yang meraung dan mengamuk bukanlah Helmi, tetapi makhluk yang merasuk Helmi. Makhluk itu terlalu marah akibat bacaan ayat Al-Quran yang berterusan diperdengarkan kepada Helmi. Helmi merasa amat terseksa. Dapat dirasakan nyawanya hampir putus tatkala dua tangan hodoh itu mencekik rakus lehernya. Buntang mata Helmi tatkala ternampak dua lagi lembaga yang menakutkan mencakar-cakar dirinya. Ditariknya isi dari tulangnya. Dia seakan dibaham harimau buas. Terlalu menyakitkan. Darah terpercik disana sini. Dia semakin lemah. Saat itu dia hanya meminta mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience