BAB 4

Horror & Thriller Completed 3677

Orang ramai yang ada sedang membantu sedaya upaya. Bacaan Yassin bergema disegenap ruang, tidak berhenti. Ramai resah menunggu ustaz Haqimi. Selalunya ustaz Haqimi tidak pernah selambat ini. Keadaan Helmi semakin teruk. Mata hitamnya seakan ditarik ke atas. Tinggal mata putihnya terbuntang. Helmi tiba-tiba kehilangan suara. Badannya kaku membeku. Hanya kadang-kadang tubuhnya itu tersentak. Pak Badar tidak jemu-jemu memanggil Helmi namun tidak bersahut. Tangan Helmi yang sejuk itu terus digosok-gosok.

Di rumah, ustaz Haqimi sedang berperang hebat. Azan dilaung sekuat hati oleh ustaz muda itu. Satu tewas, satu lagi dihantar. Betapa banyak halangan dalam perjalannya ke rumah Helmi. Hatinya bimbang memikirkan keadaan Helmi. Macam-macam gangguan dihadapinya namun tidak melumpuhkan niatnya untuk membantu Helmi. Dia tidak masa yang terlalu lama. Dia bimbang Helmi tewas. Helmi terlalu lemah dari segi semua. Rohani dan jasmaninya.

“Haqimi…berhenti kau. Aku ingin berbicara denganmu..”

“Aku tak mahu membuang masa mendengar godaan-godaan yang tak masuk akal itu.” Jawab ustaz Haqimi tenang kepada satu makhluk yang tinggi dan besar dihadapannya itu.

“Haqimi, akanku tunaikan segala permintaanmu andai kau tidak mambantu Helmi. Segunung emas pun aku mampu tunaikan. Wang berjuta ringgit juga akan ku berikan andai itu mahumu. Katakan sahaja usulmu. Tiada satu pun aku tak mampu tunaikan.”

” Ya ALLAH Ya Tuhanku, aku masih dan tetap berpaksikan MU. Dengan Berkat LAILAHAILALLAH kau permudahkanlah niatku..”

“Haqimi..! Kau mencabar aku?! Kau takkan selamat. Akanku seru bala tenteraku untuk memusnahkan kau..! Matilah kau Haqimi…” Makhluk itu berseru-seru dengan bahasa yang tidak difahami. Angin mula menderu-deru bersiul. Debu-debu mula naik memedihkan mata. Segerombolan sesuatu sedang menyerangnya dari semua arah. Merangkak-rangkak terhina. Ustaz Haqimi menadah tangan ke langit.

“Ya ALLAH Ya Tuhanku, berikan aku tentera-tentera MU yang hebat. Aku ingin memerangi musuh-musuh Islam ini..” tangannya segera menepuk tanah seraya dia membaca surah Al-Fiil. Tanah yang bergegar-gegar hebat itu menyebabkan keseimbangan para makhluk yang hodoh itu terganggu. Biar bergegar sekalipun bumi namun langkah Haqimi tenang tidak terganggu seoalh-olah tanah yang bergegar itu bukan berada di bawah tapak kakinya. Dalam masa beberapa saat, kesemua makhluk laknatullah itu tenggelam ditelan bumi. Masih kedengaran suara mengugut. Ustaz hagimi sekadar menggelengkan kepala. Itulah perihalnya syaitan.

Tiba dirumah Helmi, ramai yang menerpa Ustaz Haqimi. Tidak kurang juga yang menarik nafas lega. Ustaz Haqimi segera mendapatkan Helmi dan meminta segelas air. Ustaz Haqimi memanggil-manggil nama Helmi. Dia menbaca Ayatul Kursy pada air lalu direnjis-renjis ke muka Helmi. Helmi kelihatan sama. Tetap kaku tanpa sebarang perubahan.

“Assalamualaikum…Helmi..bangun. dengar suara saya.” Ustaz Haqimi memandang raut wajah anak muda yang semakin membiru itu.

“Helmi, saya tau awak boleh dengar suara saya. Saya akan temankan awak sampai awak sedar. Tolong kuat Helmi. Helmi, kalau ada cahaya di hadapan pegi dapatkan cahaya. Saya akan hapuskan halangan awak. Tolong berjalan ke arah cahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience