Completed
3687
Usai bersolat jemaah, helmi duduk di anak tangga sebuah rumah. Termenung memikirkan ibu bapanya.
“Termenung? Mengeluh?” sapa suzana.
“Ana…”
“Abang, dah lama ana ingin tanyakan sesuatu kepada abang..”
“Apa dia Ana?”
“Sayangkah abang pada Ana?”
“Sayang sepenuh jiwa, sepenuh hati. Tapi ampunkan abang, abang tidak berniat meragut nyawa Ana..” rasa bersalah kembali hadir menyesakkan jiwa helmi.
“Itu takdir. Ana tidak pernah menyalahkan abang. Tapi perlakuan abanag seperti tidak menyayangi Ana.”
“Kenapa? Abang sayangkan Ana. Tak pernah berbelah bagi.”
“Di sepanjang kematian Ana, Ana tidak menerima Fatihah dari abang. Yassin apatah lagi. Mana tanda kasih sayang abang andai itu tidak abang kirimkan sedangkan abang tahu dunia telah terputus dengan Ana. Abang hanya menurut kata hati yang semakin melemahkan abang, yang semakin menjauhi Ana.” Ujar Suzana sayu.
“Maafkan abang. Abang dah sedar sekarang, itu adalah kesilapan yang paling besar yang abang dah lakukan. Terima kasih Ana, kerana telah membawa abang ke tempat yang mendamaikan ini, yang mencelikkan mata abang setelah sekian lama buta.” Ana tersenyum. Sekurang-kurangnya dia berjaya membawa lelaki ini balik dari sengsaranya.
“Nah…” Ana menghulurkan senaskah surah Yassin.
“Surah Yassin?” Soal helmi. Suzana sekadar mengangguk.
“Ya..Surah Yassin. Ini hari ke enam abang bersama Ana. Sudah terlalu lama….” helmi sekadar merenung Surah Yassin di tangnnya.
“Bacalah untuk diri abang. Ana pun akan bacakan untuk abang.” Pembacaan mereka seiring. Berjurai-jurai air mata helmi menemani bacaannya. Suzana, temang.
Sejurus pembacaan mereka selesai, mereka bersolat Isya’ bersama dengan jemaah yang lain. Entah mengapa, ketenangan selama helmi berada di sana sudah mula dicemari rasa sayu yang membuak-buak. Kesedihan yang tidak tertahan-tahan itu terus menyerang emosi helmi entah untuk apa.
“Abang, ini hari terakhir kita bersolat jemaah bersama, membaca Yassin bersama. Esok selepas solat Subuh, Ana akan hantar abang pulang ke rumah. sepanjang Ana mengambil abang, tidak pernah Ana meminta izin daripada mak ayah abang. Abang, abang tahukan keadaan sebenar abang? Abang terlalu sakit sebenarnya. Mungkin ALLAH mengizinkan Ana mengambil abang sebentar untuk membantu sekadar mana yang Ana manpu.” Tiada kata-kata yang lahir dari bibir Helmi melainkan air mata yang gugur semahu-mahunya.
“Abang jangan sedih, jangan terkilan mahupun berdendam dengan dia. Nasib kita tak sama tapi Ana bangga dapat tolong abang.”
“Nanti abang akan rindukan Ana. Abang tahu, kehidupan abang dengan keluarga abang takkan mungkin sama lagi…”
“Abang, kehidupan abang semakin menghampiri Ana. Percayalah, masa yang takkan memakan lebih dari satu hari itu akan membawa abang kembali kepada kehidupan Ana. Esok Ana akan hantar abang dan andai ALLAH mengizinkan, kita akan berjumpa esok.” Helmi sekadar mengangguk.
Share this novel