BAB 2

Horror & Thriller Completed 3677

Penduduk kampung tidak kurang prihatin terhadap keadaan Helmi. Ada yang cuba membantu. Dukun, pawang waima bomoh handalan sekalipun pernah dibawa untuk mengubatkan Helmi, namun masih tidak berhasil dan keadaan Helmi semakin menjadi-jadi. Ketidakwarasannya memang menakutkan. Pernah satu ketika, Helmi berjalan kaki sejauh lapan kilometer semata-mata untuk bertemu keluarga Suzana untuk meminta maaf. Ketika itu ramai tercari-cari Helmi membayangkan dia sudah hilang entah kemana.

Helmi sujud di kaki ayah dan ibu Suzana. Sudah puas ibu dan ayah memujuk Helmi dan menenagkannya. Cuma Zamani yang mengherdik Helmi semahu-mahunya walaupun telah ditahan oleh ibunya. Ayah Suzana semakin buntu. Sebelum Zamani memukul Helmi dengan lebih teruk, Hashim terlebih dahulu menelefon Badar memaklumkan kedatangan Helmi dan minta di bawa pulang.

Malam ini hujan renyai-renyai membasahi tanh Februari ini. Bau hujan merupakan aroma sejuk yang menyegarkan seisi rumah Helmi. Pak Badar memerhati anaknya menerusi ruang pintu yang agak terbatas bukaannya. Kelihatan Helmi sedang berbual, berbual dengan arwah tunangnya dengan begitu mesra. Kadang-kadang dia tersenyum manis, kadang-kadang dia marah membentak-bentak dan ada ketika dia menangis mengongoi. Pak Badar sekadar menggelengkan kepalanya. Di mata Helmi, dia sememangnya dia sedang berbual dengan Suzana.

“Abang, cantikkan gabungan hijau pucuk pisang dengan krim..?”

“Cantik sayang..pandai sayang pilih..Barang-barang sayang dah siap beli?”

“Hari tu sayang nak beli potpurri, tinggal tu je yang belum beli. Tapi abang dah langgar sayang, macam mana nak beli? Macam mana nak nikah? Nak sanding? Dah tak ada warna hijau denga krim. Yang ada Cuma warna putih…”

“Hari tu..! abang suruh tunggu dalam kereta kenapa tak nak?! Kenapa nak keluar juga..?!” Helmi membentak marah.

“Alah..abang memang sengaja nak langga sayang kan. Sayang dah mati dah pun. Mesti abang suka kan? Lepas tu mesti abang nak guna barang hantaran kita untuk kahwin dengan perempuan lain kan..? Pergilah abang kahwin dengan siapa-siapa pun sebelum sayang pula yang langgar abang, tapi sayang tak langgar abang dengan kereta tau…dengan lori..! biar badan abang hancur! Otak abang berkecai. Biar sampai orang tak tahu yang kena langgar tu Helmi bin Badar…! Padan muka abang..! Pergilah kahwin sekarang..!!!!” jerkah Suzanan tersenyum sinis. Saat itu deras air mata mengalir melepas hiba. Teresak tersedu.

Helmi…imannya senipis kulit bawang…fuuhh…ditiup angin yang menyapa lalu terbang melayang menjauhinya. Hatinya…rapuh..digenggam lalu menjadi debu yang terhalus. Juga ditipu angin dan hilang. Akalnya tidur di bawah sedar, sudahnya jasad kosongnya terkontang-kanting. Siapa yang membantu Helmi? Tiada..Jasad yang kosong terus diisi penuh. Yang berhasad tidak lepaskan peluang. Terus merebut masa yang ada.

Di satu situasi yang lain, ada manusia yang terkekeh-kekeh geli hati melihat saat terseksanya manusia lain. Dia menarik nafas lega dengan teramat ouas hati. Sesekali petualang itu terkumat-kamit mulutnya menjampi serapah. Inilah rupanya punca ketidakwarasannya Helmi. Saat inilah Helmi sentiasa berperang dengan emosi. Perjalannya amat mudah, masa juga tidak terlalu lama diambil memandangkan keadaan Helmi yang trauma turut membantu.

“Hurmm…Cukuplah sekadar malam ini. Hatiku sudah puas. Berehatlah dahulu Helmi, esok kita akan jumpa lagi..” seraya manusia itu merenjiskan air limau dalam bakaran kemenyannya langsung mematikan bara yang berasap itu. Dan nafas halus itu kedengaran, Helmi lena merehatkan segalanya dan esok dia akan berperang lagi.

“Assalamualaikum..Mak Mah..oh Mak Mah…”

“Waalaikumsalam..Eh, kamu Fakhrul..naik nak..naik..”

“Nah Mak Mah..saya ada belikan kuih sikit..Helmi macam mana Mak Mah?”

“Macam tulah dia. Pergilah jenguk dia, dia ada kat dalam bilik dia tu..” Fakhrul segera mendapatkan sahabat baiknya itu. Dia tersenyum melihat Helmi asyik sekali membuang pandang ke luar jendela.

“Assalamualaikum Helmi…kau tengok apa tu Mi?” Helmi menoleh memandang Fakhrul. Dai terpinga-pinga dengan kedatangan Fakhrul.

“Kenapa ni? Macam tak pernah tengok aku jek..?”

“Kau datang ni nak bunuh aku ke Rul? Kalau kau nak bunuh aku, cepatlah. Aku pun dah tak sanggup nak hidup dalam keadaan macam ni lagi.” Lirih Helmi bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience