BAB 1

Horror & Thriller Completed 3677

“Abang nak betulkan brek kereta dulu, ana. Bahaya kalau nak jalan-jalan brek kereta tak ada. Boleh ana?” tiada jawapan daripada ana. Ana sekadar mendiamkan diri seakan mengelamun.

“Erm..kalau ana tak nak tunggu, abang hantar ana pergi kedai yang ana nak pergi tu. Nanti dah siap kereta ni, abang ambil ana kat sana ye..”

“Eh, tak apalah abang, ana tunggu ye. Kita pergi kedai tu sama-sama lah. Lagipun nak beli barang hantaran kita jugak kan..” ujar ana tidak bermaya. Kemana entah hilang moodnya. Sedangkan dua hari lepas, dia yang beria-ia mengajak Helmi membeli barang hantaran mereka.

“Abang tengok ana diam je. Ada apa-apa masalah ke? Ada yang kurang ke untuk majlis kita nanti? Kalau ada apa-apa bagitahu abang. Jangan diam je. Kata sama-sama kan?”

“Mana ada lah bang. Jangan risau, ana ok. Abang nak betulkan kereta kat bengkel ni ke bang?”

“Ye kat sini. Nak tunggu dalam kereta ke? Dalam kereta je lah sayang ye..”

“Ana nak keluar kereta lah bang..”

Tidak lama kemudian, mekanik yang bertanggugjawab ke atas kereta Helmi memberitahu yang rawatan buat keretanya sudah selesai. Helmi masuk ke dalam keretanya untuk mencuba brek yang telah dibetulkan. Helmi mengundurkan keretanya. Agak laju kerana pedal minyaknya ditekan agak kuat. Pedal brek ditekan mengejut namun keretanya terlebih dahulu menghentam dinding bengkel tersebut. Berdentun bunyinya.

‘Alamak, kereta aku. Habislah.’ Getus hatinya membayangkan bahagian belakang keretanya mungkin sudah kemik. Bonet keretanya pasti sudah ternaik. Beberapa pekerja bengkel berlari mendapatkan Helmi memandangkan bunyi perlanggarannya kuat. Kesemua mereka tergamam. Terkejut. Ada yang terlepas barang daripada pegangan. Helmi turun dari kereta ingin meminta maaf. Namun dia terlebih dahulu meraung tatkala rempuhan itu mengena tunangnya, badan ana dirempuh rapat ke dinding hingga putus dua. Helmi meraung.

“Anaaaa…..!!!!! Maafkan abang Anaaaa!!! Abang tak nampak ana…!!!! Ampunkan abang anaaaa…!!!!” Helmi meraung semahu-mahunya.

“Ya ALLAH Emy, sudah lah tu nak…” Mak cik Rahmah memeluk erat anak lelaki tunggalnya. Perkara itu telah dua bulan berlalu namun trauma Helmi semakin menjadi-jadi. Keluarga Suzana tidak membuat sebarang tuntutan. Mereka redha dengan pemergian Suzana. Lagupun mereka yakin Helmi tidak sengaja. Kematian di tangan ALLAH, tiada siapa yang mampu melewatkan atau mencepatkan kematian. Mereka turut simpati dengan keadaan Helmi. Helmi lah yang paling terasa dengan kematian Suzana. Jika umur Suzana masih panjang, mereka akan dinikahkan seminggu dari sekarang. Segala perancangan terbengkalai. Kad yang dihantar bertukar tarikh untuk kenduri tahlil buat Suzana yang ke-40 hari.

Zamani, abang kepada Suzana amat mendendami Helmi. Dia tidak sangka lelaki yang berjanji akan menyayangi adiknya di sepanjang hayat membunuh adiknya. Sampai hati..! Dia masih terdengar gelak tawa adiknya yang cukup riang. Dia sayangkan adiknya lebih dari dirinya sendiri. Tapi, adiknya sudah tiada. Helmi sepatutnya mati bersama adiknya. Baru paus hatinya.

Zamani pernah datang mengamuk memukul Helmi sepuas hatinya. Namun ketika itu ada Fakhrul, sahabat karib Helmi menahan seranangan Zamani yang menggila. Dia sudah tidak peduli dengan pandangan orang kampung terhadapnya ketika itu. Dia tidak peduli berapa jumlah manusia yang memerhatikannya membelasah Helmi sehingga lembik.

“Matilah kau Helmi. Kau jangan ingat kau boleh selamat…!!!” selepas amukan itu, Zamani tidak lagi datang menemui Helmi.

Simpati melimpah ruah terhadap Helmi sekeluarga. Pak Badar, ayah kepada Helmi sudah rata membawa Helmi berubat namun ALLAH masih belum mengizinkan kesihatan buat Helmi. Helmi semakin teruk kedaannya. Helmi kerap meracau-racau menyebut nama Suzana. Kadang-kala dia mengamuk, histeria sehingga mencederakan dirinya. Dia sering mengadu kepada ibunya bahawa suazan selalu datang bertemunya dan Suzana ingin membalas dendam. Suazana akan membunuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience