BAB 6

Horror & Thriller Completed 3677

“Assalamualaikum…” kedengaran Fakhrul memberi salam.Rahmah dahulu yang mendapat kan Fakhrul.

“Waalaikumsalam..” beria-ia Rahmah menjemput Fakhrul naik. Fakhrul segera mendapatkan Helmi. Dia mengelap darah yang hampir kering di wajah Helmi. Dia merenung wajah Helmi. Kurang pasti perasaan yang meresap dibenaknya. Ustaz Haqimi menghampiri Fakhrul, berdehem. Fakhrul menoleh.

“Fakhrul, sebentar..” meminta Fakhrul beralih sebentar. Dia ingin memberikan air kepada Helmi.

“Ustaz, tolonglah Helmi. Tolonglah dia. Saya tak mingkin kehilangan Helmi.” Bahu ustaz Haqimi digoncang kuat. Merayu meminta bantuan ustaz Haqimi. Dia menangis mengongoi sambil memegang ustaz Haqimi hingga menyebabkabn gelas di tangan ustaz jatuh. Fakhrul tidak dapat menahan perasaannya. Sempat dia meminta maaf kerana keterlanjurannya menjatuhkan gelas dari tangan ustaz Haqimi. Ustaz Haqimi berpesan supaya Fakhrul sentiasa mendoakan Helmi memandangkan mereka adalah sahabat karib. Dia meminta Fakhrul meredhakan pemergian Helmi andai umurnya tidak panjang.

Fakhrul tidak dapat berlama-lama memandangkan masih banyak urusan yang perlu diselesaikan. Rahmah dan Badar sekadar mengiakan. Mereka tahu anak itu seorang yang kuat bekerja, pasti banyak kerja yang perlu dilaksanakan sebagai salah seorang yang penting dalam satu syarikat swasta. Badar dan Rahmah amat menyenangi keprihatinannya terhadap Helmi. Dan ustaz Haqimi, memandang sayu setiap langkah Fakhrul.

Sebelum sempat Fakhrul turun dari rumah, kedengaran suara memberi salam. Kelihatan keluarga Suzana datang menziarah Helmi, termasuklah Zamani. Fakhrul yang sedia ada di muka pintu menyambut kedatangan mereka. demi terpandangkan Zamani, darahnya mendidih membuak-buak. Zamani pula tertunduk-tunduk memandang muka bengis Fakhrul. Terasa sahaja dia berlari pulang.

“Zamani..! kenapa kau datang sini ha? Nak tengok Helmi yang dah makin sesak nafas tu ke??!!!” gertak Fakhrul amarah. Zamani sekadar mendiamkan diri.

“Kenapa kau diam? Kau nak apa lagi? Puas hati kau tengok keadaan Helmi macam tu? Kau jangan fikir aku tak tahu Zam. Kau yang buat Helmi sanpai macam tu sekali. Kat mana hati perut kau Zam? Bukan dia yang bunuh Suzana. Kau tengok, dia sendiri merana dengan kematian Suzana. Kau tambah lagi penderitaan dia!”

“Kau cakap ape ni?”

“Kau hentikanlah perbuatan kau tu zam. Berdosa menganiaya orang. Aku masih belum pekak masa kau ugut Helmi dulu. Kau ugut mati…!”

“Apa maksud kau ni Fakhrul?”

“Janganlah berdalih…………” Zamani terlebih dahulu memintas tuduhan Fakhrul.

“Jangan nak biadap Fakhrul. Aku akui, aku pernah ugut dia, tapi masa tu aku serabut, fikiran aku tak waras. Emosi aku terganggu, aku tak boleh terima kematian Suzana. Tapi aku tak pernah ada niat pun nak bomohkan dia..”

“Aku tak percayakan kau! Lepaskan Helmi. Kau ni manusia ke setan hah?!” satu tumbukan mengena wajah Fakhrul.

“Kau jangan kurang ajar Fakhrul. Aku ikhlas ingin melawat Helmi.” Beberapa jemaah berdiri cemas. Bimbang pergaduhan mereka makin menjadi sedangkan yang sedang sakit semakin tenat di pembaringan. Ustaz Haqimi segera menarik Zamani. Tindakan itu membuatkan hati Fakhrul menjadi panas. Kenapa tidak dihalau sahaja manusia setan tu. Kurang ajar. Fakhrul mendengus seraya meninggalkan rumah tersebut. Ramai mata memandang Zamani. Ustaz haqimi segera membawa Zamani ke bilik helmi. Sayu hatinya memandang helmi yang terlantar dengan darah yang meleleh-leleh. Ustaz haqimi sengaja menghulurkan tuala basah kepada Zamani, meminta dia mengelap darah yang semakin mengering. Dia tidak faham apa yang sedang dialami oleh helmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience