BAB 5

Horror & Thriller Completed 3677

“Ustaz Haqimi membacakan Ayatul Kursy sebanyak tiga kali dan membacakan ayat terakhir surah At-Taubah berulang-ulang kali hingga Helmi sedar. Helmi tercungap-cungap mencari semula nafasnya. Segelas air diberi kepada Helmi. Keletihan terpancar di wajahnya. Jauh…! jauh sungguh cahaya itu…! Pak Badar memeluk Helmi. Dia terkulai, tangan pun tidak mampu diangkat. Helmi menangis. Terasa hidupnya langsung tidak bermakna namun kematian masih tidak menjemputnya.

Pihak yang menganiaya Helmi teramat marah. Ada yang mencabar kehebatannya. Haqimi! Jagalah kau. Jangan sesekali kau mencabar aku. Ajalmu tidak lama lagi. Dekahannya menggetarkan sanubari.

Ustaz Haqimi diminta bermalam di rumah Helmi. Rahmah bimbang kalau-kalau sesuatu terjadi kepada anaknya semasa ketiadaan Ustaz. Ustaz Haqimi tidak menolak, dia amat memahami perasaan hati tua di hadapannya itu. Risau dan rawan hatinya masih belum dapat diredakan. Rasa simpati yang melimpah ruah dan tanggungjawab sebagai muslim membuatkan dia nekad untuk membantu Helmi sehabis dayanya. Itulah janjinya.

Selepas kejadian amuk Helmi dua hari lalu, Helmi seakan hilang ingatannya. Dia tidak mengenali sesiapa pun waima ibu bapanya. Ustaz Haqimi cuba untuk berbual dengan Helmi namun setiap pertanyaan ustaz Haqimi dijawab dengan gelak tawa yang menyenangkan hati. Ustaz Haqimi menggelengkan kepalanya. Helmi tidak kuat. Dia tidak mampu membuang rasa berdosa kerana menjadi menyebab kematian Suzana.

Hari ini Fakhrul datang untuk menjenguk keadaan Helmi. Ustaz Haqimi memaniskan muka menyambut kedatangan Fakhrul. Riuh mulut Fakhrul sibuk menanyakan tentang keadaan Helmi. Ustaz Haqimi melarang Fakhrul dari menemui Helmi namun Fakhrul tetap berkeras. Helmi perlukan rehat dari segi rohani dan jasmaninya tanpa sebarang gangguan lagipun dia tidak mengenali sesiapa pun. Setelah beberapa kali dipujuk akhirnya Fakhrul mengalah. Dia sekadar memandang Helmi dari luar. Kelihatan Helmi sedang tidur lena bertemankan sengsaranya. Pada pandangan ustaz Haqimi, Helmi sedang merana. Merana adalah permainan emosi yang menganggu segalanya lebih-lebih lagi pemikiran. Kerana emosi dan permainan syaitan Helmi semakin lemah dari hari ke hari.

Hari sudah menjelang lewat petang. Rahmah ingin membangunkan anaknya memandangkan sudah menghampiri maghrib. Rahmah terkejut apabila mendapati bantal anaknya dibasahi darah yang keluar dari hidung, mata dan telinga anaknya. Memang tidak banyak namun berterusan. Rahmah segera melaung suami dan ustaz Haqimi.

“Astaghfirullah…” itu sahaja yang keluar dari mulut ustaz Haqimi dan pak Badar.

“Ustaz, anak saya sebenarnya kenapa? Apa sakitnya? Takkan merana kehilangan Suzana Suzana sampai begini sekali? ” sendu Rahmah berlagu-lagu menyapa gegendang telinga ustaz Haqimi. Dengan berhati-hati ustaz Haqimi cuba menyampaikan apa yang diketahuinya kepada kedua-dua insan yang mencintai Helmi tanpa berbelah bagi.

“Pak cik, mak cik.. selain gangguan emosi, Helmi sebenarnya terkena buatan orang.” Rahmah terkejut manakala Badar sudah dapat mengagak anaknya jadi begitu angkara khianat manusia lain. Kenapa ada yang begitu tegar melakukan perbuatan syirik itu kapada Helmi sedangkan penderitaan Helmi sudah cukup membuatkan dia merana. Rahmah bertanya kepada ustaz Haqimi siapa yang melakukan semua namun tiada jawapan dari ustaz Haqimi. Sebelum ini, Rahmah menganggap, bomoh dan segala pawang yang di bawa oleh orang kampung adalah untuk mengembalikan semangat Helmi. Paling tidak pun, mungkin Helmi terkena badi mayat. Tidak pernah terdetik di hatinya anaknya terkena buatan orang.

Keesokan harinya, usai solat subuh di surau, ustaz Haqimi memaklumkan kepada jemaah tentang Helmi dan meminta mereka datang ke rumah Helmi untuk membacakan yassin. Tidak lama kemudian, atas dasar keprihatinan ramai, ruang teratak Badar sekeluarga telah dipenuhi. Bacaan yassin itu tetap berlagu sehingga menjelang tengahari. Ramai yang berbisik-bisik melihatkan keadaan Helmi. Helmi terlentang di pembaringan dengan darah yang meleleh-leleh dari rongga hidung, telinga dan matanya. Rahmah sudah tidak mampu melihat penderitaan anaknya. Pernah Rahmah membisikkan ke telinga anaknya. Andainya Helmi sudah lelah untuk meneruskan hidupnya, pergilah. Berlinang-linang air matanya. Akhirnya, keluar juga keizinan keramatnya itu. Dia redha dan sentiasa mengampunkan setiap kekhilafan anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience