BAB 11

Horror & Thriller Completed 3677

“Helmi banyak mengarut. Bercerita tentang pertemuannya dengan Suzana.” Matanya berkaca.

“Itu proses bawah sedarnya. Mungkin terlalu memikirkan arwah. Cintanya masih kuat untuk arwah. Percayalah Zamani, helmi tidak berniat untuk membunuh suzana. Yang berlaku adalah takdir ALLAH TAALA. Kita tak boleh menghukum.” Seraya tangan diletakkan di atas bahu Zamani. Sekadar menyalurkan sokongan, bukan menyalahkan. Zamani menganggukkan kepalanya. Dia terlepas kata mujur dia tidak terlepas perbuatan.

“Rasa bersalahnya di atas kematian suzana….terus membunuh seluruh kehidupannya…Ustaz…apakah tandanya itu? Adakah dia sebagai manusia tidak redha dengan apa yang dikirim ALLAH?”

“Kita manusia yang lainnya tidak boleh menilai atau menghukum. Itu dugaannya…mungkin dia tidak kuat menghadapinya. Ambil iktibar…lain masa mungkin kita pula. Mari kita naik Zamani.

Kelihatan Helmi sedang menjamu selera. Suapan demi suapan itu merupakan satu petunjuk yang positif buat Helmi. Darah dari mata dan hidungnya sudah berhenti mengalir, namun tidak pada telinganya walaupun sedikit. Muka helmi pucat seperti selalu, mungkin kerana telah banyak kehilangan darah.

“Eh, abang…dah makan?”

“Dah…aku dah makan. Kau makanlah aku dulu. Isi perut tu, biar cepat sihat.” Helmi tersenyum. Sesekali mengesat darah yang mengalir dari telinganya.

“Mak, lepas ni Amy nak mandi.”

“Tak payahlah, rehat jela. Amy bukan kuat pun nak jalan.”

“Tak apa, amy jalan perlahan-lahan. Amy dah rasa melekitlah mak, tak selesa.”

“Tak apalah Mak Mah, nanti sy papahkan dia.”

“Terima kasih bang…”

Bersusah payah helmi menapak untuk berjalan ke bilik air. Rasanya seakan lumpuh. Saraf kakinya kurang deria rasa. Zamani mendudukkan helmi di atas kerusi. Dia menjiruskan air ke badan Helmi da menghulurkan sabun kepada Helmi.

“Kau ni sakit apa Helmi?”

“Sakit nak mati bang. Sakit sebab orang sakit hati..”

“kau cakap apa ni Mi…?”

“Saya dah tahu semuanya. Suzana dah bagitahu saya.” Helmi tersenyum tawar.

“Saya nak kena mandi sebab saya nak jumpa Suzana.” Zamani akhirnya terasa panas dengan kenyataan-kenyataan Helmi. Zamani menghadap Helmi, tepat merenung ke matanya.

“Amy….!!!! Suzana…Suazana dah mati. Tak boleh ke kau terima hakikat yang dia dah mati?! Kau yang hidup ni kena kuat…jauh lagi perjalanan kau. Kau ingat arwah suka ke kalau dia tengok keadaan kau macam ni…? Sedarlah Helmi….!!!”

“Saya tau tu bang. Saya nak ikut Suzana bang. Sumpah bang, saya tak tipu. Memang betul saya ada jumpa Suzana. Macam mana saya nak hidup bang, tengok ni….” Dia mengesat darah yang telah mula mengalir dari hidungnya.

“Alah…sikit jek…Tak bawa mati pun..” Zamani sebenarnya memujuk hatinya sendiri. Memang darah yang keluar bukan sedikit. Berhari helmi meghadapi keadaan begitu, tidak dapat dinafikan sememangnya itu sudah cukup membuktikan Helmi kuat melawan kesakitannya.

“Abang, kalau saya dah tak ada…pastikan abang dan ustaz ada turut serta memandikan saya. Abang jangan tuang air dalam mulut saya. Jangan tuang air deras ke muka saya. Jangan abang mandikan saya kasar-kasar macam abang tengah mandikan saya sekarang ni…hehe….” Zamani sayu dengan permintaan Helmi.

“Kau kalau jadi tukang karut meman hebat….” Dia tidak mahu melayan repekkan Helmi, bimbang emosinya tidak tertahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience