BAB 1

Romance Series 6044

Hujan lebat sudah berlarutan sejak dua jam yang lepas. Athirah Hazwani atau mudah dipanggil Wani berlari-lari anak ke kelasnya. Buku teks biologi menjadi alas di kepalanya agar dirinya tidak basah terkena hujan.

Setibanya dia di dalam kelas, dia terus melabuhkan punggung di atas kerusinya. Termengah-mengah dia menyedut oksigen. Buku teks biologi disimpan di dalam meja. Beg galasnya ditanggalkan.

"Lewatnya kau harini." Sapa Irdina yang merupakan kawan rapat Wani. Wani mengeluh.

"Macamana aku tak lewat. Aku biasanya pergi sekolah jalan kaki. Harini aku kena tumpang ibu. Memang lambat. Ibu selalunya pergi kerja lewat sikit. " Terang Wani sambil mengikat kemas rambut nya yang panjang separas bahu itu.

"Kau dah siap kerja math? " Soalan Irdina tidak menganggu Wani kerana awal-awal lagi dia sudah menyiapkan kerja sekolah matematik yang diberi. Wani merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah itu. Prestasi akademik dan kokurikulum nya sangat tinggi. Peperiksaan awal tahun tingkatan 5 baru-baru ini, semuanya A tambah. Tidak hairanlah Wani diberi anugerah pelajar cemerlang.

" Aku dah siapkan nya. " Balas Wani.

"Kau boleh ajar aku tak? Aku tak reti soalan ni." Buku latihan matematik terus diletakkan di atas meja Wani. Wani melihat soalan yang disoal.

"Kau kena buat macam ni.." Wani pantas menerangkan satu persatu jalan kira yang harus dilakukan. Setelah selesai memberi penerangan, Irdina menjerit teruja.

"Wah, thanks Wani!" Jerit Irdina lantas dia meninggalkan Wani sendirian. Wani tersengih lucu.

Tiba-tiba sahaja perutnya memulas. Wani memegang perutnya. Matanya melirik ke arah jam yang tergantung di dinding. Sebentar lagi waktu mata pelajaran matematik akan bermula. Pandangannya dialihkan ke arah Irdina, jika diajak menemani nya ke tandas mahukah dia? Kerja matematik nya masih belum selesai.

Akhirnya, dia membuat keputusan untuk pergi seorang diri. Dia bingkas bangun lalu berlari-lari anak keluar dari kelasnya. Tandas perempuan berada di tingkat atas kelasnya. Dia membelok ke kiri untuk menaiki tangga.

"Sakitnya perut aku. Aku makan apa tadi?" Wani membisik sendiri, perutnya masih dipegang. Langkahnya diatur laju menaiki tangga ke tingkat atas.

Ketika dia membelok, saat itulah dia merempuh seseorang dengan kuat. Terjatuh terus dia ke lantai. Serta merta rasa ingin membuang air hilang.

"Kau tak boleh jalan elok-elok ke?" Wani menengking tanpa memandang pemilik tubuh tersebut. Wani mengibas-ngibas debu di pakaiannya. Sebaik sahaja dia berdiri, dia terus memandang pelajar tersebut.

"Err," terpaku seketika Wani melihat pelajar lelaki di hadapannya.

"Apa aku dah buat. " Bisik Wani sendiri. Jantungnya sudah berdegup kencang. Pelajar lelaki itu sangat terkenal dengan sikap yang nakal, suka ponteng, bergaduh, membuli, merokok dan macam-macam lagilah. Wani mula gerun. Bermacam-macam benda bermain di fikirannya. Bagaimana kalau lelaki yang bernama Aniq itu mengheretnya ke tempat yang sunyi? Memukul dirinya dengan kuat.

"A..aku minta maaf. Aku tak nampak kau." Wani tergagap-gagap berbicara. Aniq masih memandangnya. Wajahnya nampak jelas menunjukkan yang dia tidak berpuas hati. Beberapa saat kemudian, Aniq berjalan melepasi dirinya. Sebaik sahaja kelibat Aniq hilang, Wani merungut.

"Aku minta maaf bukan nak minta maaf balik." Ujar Wani sendiri. Tiba-tiba rasa itu hadir kembali. Perutnya dipegang kemas. Langkahnya dihayun semula ke tandas yang sudah berada di laluan itu.

***

"Tok,tok,tok." Wani mengetuk pintu pejabat pengetua yang terletak di sebelah blok kelasnya. Selepas dia pulang dari tandas tadi, dia mendapat berita dari guru yang sedang mengajar bahawa dia dipanggil oleh pengetua. Wani tidak bertanya lanjut. Dia terus bergegas ke pejabat pengetua selepas mengucapkan terima kasih kepada guru matematik nya.

"Masuk!" Sebaik sahaja pengetua menyuruhnya masuk, dia terus memulas tombol pintu lalu ditolak ke dalam. Memberi ruang untuk tubuhnya masuk.

Wani menutup pintu kembali. Perlahan-lahan dia melangkah di hadapan Puan Zubaidah selaku pengetua di sekolah itu.

"Boleh duduk sekejap?" Pinta Puan Zubaidah dengan senyuman yang lebar. Wani mengangguk lalu dia melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan.

"Awak tahu tak kenapa saya nak jumpa awak?" Soal Puan Zubaidah,memulakan bicara. Wani menggeleng.

"Saya sebenarnya ada sesuatu yang nak bincang dengan awak. " Puan Zubaidah bingkas bangun lalu dia membuka pintu bilik disiplin di sebelahnya. Ada seorang pelajar lelaki yang menunggu di dalam.

"Aniq, mari duduk di sini." Mendengar nama yang disebut Puan Zubaidah, dahi Wani berkerut. Aniq? Pelajar bermasalah tu? Apa kaitan dirinya dengan pelajar itu sekarang?

Kelihatan Aniq sudah keluar dari bilik itu, muram saja wajahnya. Dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah Wani.

"Ada apa sebenarnya, cikgu?" Soal Wani dengan riak wajah yang keliru. Puan Zubaidah melabuhkan punggung di hadapan mereka berdua. Mendengar soalan yang diajukan Wani, dia tersenyum.

"Wani, awak seorang pelajar yang cemerlang di sekolah ini. Saya mahu awak jadi pembimbing kepada Aniq. " Mata Wani terbeliak.

"A..apa maksud cikgu? Kan ramai lagi pelajar cemerlang di sekolah ini? Kenapa saya?" Wani berani bersuara, menyoal secara melulu. Wajah Aniq kelihatan tidak terkejut, seolah-olah sudah mengetahui hal ini awal-awal lagi.

"Memang ramai, Wani. Tetapi mereka tidak mahu menolong. Ada saja alasan mereka. Saya sangat berharap yang awak boleh tolong naikkan prestasi Aniq. Tahun ini kamu berdua SPM. Sekiranya Aniq masih begini, bagaimana dengan masa depannya?" Puan Zubaidah memujuk. Wani memandang ke lantai. Jika mahu menolak, pasti Puan Zubaidah kecewa. Mungkin Aniq juga akan terasa.

"Awak setuju?" Soal Puan Zubaidah, berharap. Wani menghela nafas panjang.

"Baiklah. Saya akan cuba." Jawapan Wani membuatkan Puan Zubaidah tersenyum teruja.

"Baiklah, jika begitu. Saya akan aturkan jadual kepada kamu berdua. Selepas pulang dari sekolah, kamu harusberada di perpustakaan untuk memulakan sesi ulangkaji. Faham?" Terang Puan Zubaidah. Wani mengangguk perlahan. Jika diikutkan hati, dia memang tak mahu. Lagi-lagi dengan Aniq, pelajar bermasalah tu.

"Aniq, kali ini kamu tak boleh ponteng. Cikgu akan pasang mata untuk memerhatikan kamu. Faham, Aniq?" Tegas sahaja suara Puan Zubaidah semasa bercakap dengan Aniq. Aniq mengangguk perlahan. Wajahnya kelihatan tegang.

"Petang nanti kamu berdua dah boleh start. Baiklah, boleh masuk ke kelas masing-masing." Arah Puan Zubaidah. Wani bingkas bangun lalu bersalaman dengan Puan Zubaidah. Aniq awal-awal lagi sudah keluar dari pejabat. Wani menghela nafas panjang.

"Haih, malang betul hari aku." Bisik Wani sendiri lalu tangannya perlahan-lahan memulas tombol pintu untuk ke kelasnya. Selepas pintu ditutup, Aniq tiba-tiba muncul di hadapannya.

"Ya Allah , terkejut aku." Wani mengurut dadanya. Terkejut dengan kehadiran Aniq. Dia ingatkan Aniq sudah masuk ke kelas.

"Kau nak apa?" Soal Wani dengan riak wajah yang geram.

"Kau ikhlas ke tak nak tolong aku?" Aniq menyoalnya kembali. Wani mengeluh. Wajahnya kelihatan tenang. Tidak seperti tadi. Pakaian Aniq tidak kemas. Baju terkeluar, tali leher tidak dipakai dengan elok. Tetapi wajahnya bersih dan tampan. Rambutnya juga dijaga rapi. Tidak menunjukkan ciri-ciri yang dia seorang yang pengotor.

"Tak kisahlah ikhlas ke tak, yang penting kau kena ikut apa yang cikgu arahkan. Jangan melawan. Dahlah aku nak masuk kelas. Kau tak datang petang nanti siap kau." Entah kenapa dia begitu berani berkasar dengan Aniq. Mungkin kerana Puan Zubaidah mengawasi mereka berdua. Jadi dia tidak begitu takut. Tanpa membuang masa dia terus meninggalkan Aniq seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience