BAB 12

Romance Series 6044

Anggota-anggota polis sudah membanjiri kawasan Bukit Gasing tersebut. Tidak lupa juga tiga buah ambulan turut berada di situ. Semula pelajar dibenarkan pulang lebih awal dari masa yang ditetapkan. Hanya Irdina,Farah dan Zarfan sahaja yang berada bersama-sama dengan Puan Zubaidah, beberapa orang cikgu yang lain serta beberapa orang penjaga bukit tersebut. 

"Jadi kamu dah tak jumpa diorang lagi lepas kamu semua tinggalkan diorang berdua?" Inspektor Zulkifli menyoal untuk kepastian selepas Irdina menceritakan segala-galanya. Irdina menggeleng dengan wajah yang sugul. Dia sangat risaukan Wani dan Aniq. Inspektor Zulkifli mengangguk.

"Sepanjang kamu berdua dengan diorang dari sekolah sampailah dia dah hilang tadi, kamu ada nampak apa-apa yang pelik tak pada diorang?" Inspektor Zulkifli menyoal lagi.

"Tak ada. Diorang nampak biasa saja. " Balas Irdina. Farah kelihatan sedang menggosok-gosok bahu Irdina, cuba memberinya semangat.

" Kalau saya kata Aniq cuba lakukan apa-apa pada Wani, kamu setuju tak?" Inspektor Zulkifli seperti bermain-main dengan psikologi. Irdina mengangkat wajah.

"Saya tak rasa dia akan buat apa-apa pada Wani. Dia baik orangnya walaupun dia pelajar bermasalah di sekolah kitorang." Balas Irdina lancar. Inspektor Zulkifli tersenyum. Nampaknya pendapat pelajar perempuan di hadapannya sama dengan Puan Zubaidah. Aniq tak akan mengapa-apakan Wani. Inspektor Zulkifli mula mencatat sesuatu di buku notanya.

"Baiklah, kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari kawan kamu. Kamu jangan risau. Kamu semua boleh pergi tunggu dekat cikgu-cikgu kamu sekarang." Inspektor Zulkifli mengangkat jari telunjuknya, menunjuk ke arah beberapa orang guru serta Puan Zubaidah sedang menunggu di bawah khemah. Irdina mengangguk lemah begitu juga Zafran dan Farah. Mereka sangat berharap agar Aniq dan Wani selamat.

***

"Auch!"
Wani terjerit kecil. Terus dia tersedar dari lena nya. Sikunya dibelek pantas. Ada seekor lipan yang melekat di sikunya.

"Arhhhhhhh!!!" Jeritan Wani mengejutkan tidur lena Aniq yang bersandar di sebuah pokok di hadapannya. Aniq perlahan-lahan membuka matanya. Cahaya matahari yang memancar sedikit menyilaukan pandangannya. Terkejut dia apabila melihat Wani terlompat-lompat sambil mengibas-ngibas tangannya.

"Eh, kau dah kenapa?" Aniq bingkas bangun lalu dia bergegas ke arah Wani.

"Ada lipan..." Adu Wani sambil menunjukkan sikunya yang sudah disengat itu. Aniq pantas menarik lipan itu lalu dibaling jauh ke dalam semak.

"Kau okey tak?" Soal Aniq cemas sambil membelek siku Wani. Ada kesan-kesan luka tergores di lengan Wani akibat dia meredah semak-samun yang berduri semasa dikejar penjahat semalam.

"Sakit..." Wani sudah hampir menangis. Aniq mengambil beg galas di belakang Wani. Selepas dia sedar dari pengsan di rumah usang semalam, beg galas kecil yang sedia ada sudah hilang. Entah ke mana penjahat-penjahat tersebut membawa begnya. Disebabkan itu dia mengambil peti kecemasan yang berada di dalam beg yang digalas Wani.

"Mari sini aku balut dulu. Nanti terjangkit kuman bahaya pulak." Arah Aniq sambil menunggu Wani mengubah posisinya. Ubat untuk rawatan sekiranya disengat tidak disediakan di dalam peti kecil tersebut. Jadi dia membuat keputusan untuk membalutnya sahaja. Sebelum itu, dia sempat membasuh dahulu luka tersebut dengan air mineral di dalam beg Wani.

"Dah!" Aniq terus menyimpan kembali peti kecemasan tersebut di dalam beg Wani. Wani memuncungkan mulutnya sambil memandang balutan tersebut.

"Kau ni balut macam aku patah tangan." Komplen Wani apabila dia melihat kain kasa yang dibalut itu hampir mencecah ke tapak tangannya. Aniq tergelak.

"Aku tolong mujur. " Ujar Aniq selepas reda dari tawanya. Wani mencebik. Aniq memandang sekilas jam yang dipakainya.

"Dah pukul 1.20 petang?!" Aniq hampir menjerit. Wani terperanjat.

"Kau biar betul? Aduhlah, macamana ni... Aku lapar lah.. dahlah haus.. air dah nak habis..." Wani meluahkan apa yang berada di fikirannya. Aniq bercekak pinggang. Dia memandang sekeliling. Dia sendiri tidak tahu ke mana arah tuju yang harus dia pergi.

"Cepat, kita kena cari jalan keluar." Aniq menarik pantas tangan Wani sehingga dia terbangun serta-merta.

"Tapi kita tak tahu mana jalan yang harus kita keluar. " Wani menyatakan hakikat yang sebenar.

"Selagi tak usaha, selagi tu kita tak tahu." Ujar Aqil dengan nada yang tegas. Wani terdiam.

"Apa kata kalau kita kembali semula ke rumah buruk tempat kita kena culik tu." Aniq masih tidak menghabiskan kata-katanya tetapi Wani pantas memotong.

"Kau gila ke apa? Nak buat apa pergi ke sana semula?" Wani mula meninggi suara. Aniq mengeluh kasar.

"Kau ni kan, aku tak habis cakap lagi. Lain kali orang cakap jangan menyampuk! Tak faham ke?" Aniq mula naik angin. Sikapnya yang panas baran itu kadangkala sukar dikawal. Wani mengeluh halus. Dia memandang ke arah lain.

"Kita pergi ke sana, lepastu kita cari lah jalan yang diorang dah lalu. Jalan yang ranting-ranting di tanah sudah patah dipijak diorang. Ataupun semak-samun dah habis ditebas sebab diorang ada parang. " idea Aniq itu sangat bernas, tetapi berbahaya. Wani berfikir sejenak.

"Idea kau tu bijak, tapi macamana kalau diorang masih ada dalam rumah tu?" Soal Wani.

"Kita kena hati-hati lah, jangan sampai diorang nampak. Tapi kau kena ingat, jika ditakdirkan aku tertangkap, kalau aku jerit lari kau terus lari. Jangan tunggu ramai-ramai datang kejar kau baru kau nak lari. Faham?" Aniq sempat menyelitkan pesanan.

"Kau rasa aku nak ke tinggalkan kau sorang-sorang? Macamana kalau kau tak dapat serang diorang? Kau ni tak reti rasa sakit ke? Kau terjun rumah yang tinggi semalam macam kau terjun gelongsor kau tahu tak?" Wani mula membebel.

" Aku tak pernah kalah, Wani. Aku kalah kalau aku putus asa. Kau cuma perlu dengar je apa yang aku arahkan. Kalau aku mati sekalipun, aku tak kisah. Aku nak kau selamat je. Faham?" Aniq memandang wajah Wani lama, berharap agar Wani memberikan kepercayaan yang sepenuhnya.

Wani yang mula naik angin terus menampar kuat pipi Aniq. Aniq terpaling ke kanan.

"Apa kau merepek ni?" Aniq terdiam.

"Kau asyik nak jaga aku, nak selamatkan aku. Kau ni dah kenapa?" Wani menyambung. Aniq perlahan-lahan memandang wajah Wani.

"Sebab aku sayangkan kau." Balas Aniq laju.

"Habis, kau ingat aku tak sayang kau?! Kau ingat aku nak biarkan kau mati sebab nak selamatkan aku? Tolonglah sedar Aniq aku pun nak kau selamat. Kalau mati biar kita mati sama-sama, kalau selamat biar sama-sama jugak. Kau faham tak..." Wani hampir menitiskan air matanya. Aniq menunduk. Kata-kata Wani itu kadangkala terserap laju ke dalam hatinya.

"Mari, kita pergi sama-sama. " Wani terus memegang kemas tangan Aniq. Aniq mengangkat wajahnya semula.

"Wani.!" Terhenti langkah Wani apabila Aniq memanggilnya.

"Apa?"

" Sorry"

"Tak apa lah Aniq... Jom, kita kena cepat cari jalan keluar sebelum malam menjelma lagi. Aku dah taknak tidur kat sini." Ujar Wani lantas tangan Aniq ditarik pantas. Aniq tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience