BAB 11

Romance Series 6044

"Saya dah ulang alik banyak kali , saya memang tak jumpa diorang." Staf yang dipanggil Encik Zahar itu mengatakan hakikat yang sebenar. Semua pelajar sudah diturunkan semula ke bawah. Puan Zubaidah serta beberapa orang guru yang lain mula risau. Lagi-lagi pelajar itu lelaki dan perempuan. Bimbang berlaku apa-apa yang tidak diingini apabila mereka berdua-duaan.

" Pelik betul. Macamana diorang boleh hilang macam tu je." Ujar Cikgu Amran sambil bercekak pinggang.

"Saya rasa diorang jatuh gaung. " Mendengar kata-kata dari seorang lagi staf yang bergelar Encik Musa, serentak semua berpaling kepadanya.

"Saya dah tanya pelajar yang buat aduan ini tadi, last diorang nampak pelajar yang hilang ni sebelum anak panah yang ke 5. Di situ ada satu gaung, tetapi tak dalam mana pun. Mungkin mereka terjatuh atau sebaliknya." Terang Encik Musa sambil menunjukkan peta lakaran di dalam tablet miliknya. Puan Zubaidah mengurut-ngurut dahinya. Aniq dan Wani, pelajar yang sangat dikenalinya.

"Saya takut Aniq lakukan sesuatu yang tidak baik kepada Wani. Dia tu pelajar bermasalah juga di sekolah ni. " Andaian Cikgu Amran menaikkan angin Puan Zubaidah.

"Saya kenal pelajar saya. Aniq bukan macam tu. Dia baik. Sejak saya aturkan sesi pembelajaran antara dia dan Wani, dia sudah berubah. " Bantah Puan Zubaidah. Cikgu Amran terdiam. Dia tidak boleh melawan. Pangkat Puan Zubaidah sebagai pengetua harus dihormati.

"Sekiranya andaian Encik Musa tu betul, saya cadangkan kita report saja pada pihak polis. Gaung itu sangat berbahaya." Encik Zahar memberi cadangan. Akhirnya mereka semua bersetuju untuk membuat laporan polis.

***

Wani sudah tidak larat lagi mahu berjalan. Mujurlah penjahat-penjahat yang menculiknya sudah tidak kelihatan. Suasana di dalam hutan itu sangat gelap. Dia hanya berjalan berbekalkan cahaya bulan yang memancar.

Saat dia melalui di sebelah sebuah pohon yang besar, tiba-tiba dia ditarik. Mulutnya ditutup kuat lalu dia disandarkan ke pokok. Sungguhpun dia terkejut melihat wajah Aniq begitu dekat dengan wajahnya.

"Syh..." Aniq menyuruhnya diam. Tangannya masih kemas menutup mulut Wani. Wani hanya akur. Kedengaran tapak-tapak kaki semakin menghampiri mereka.

"Aku nampak dia lari dekat sini tadi!" Jerit salah seorang dari mereka. Zarif yang turut bersama mereka bercekak pinggang keletihan.

"Bodohlah! Teruskan cari!" Arah Zarif. Mereka yang kira-kira 8 orang itu meneruskan pencarian. Mujurlah Aniq dan Wani bersembunyi di belakang sebuah pohon yang besar. Peluang ntuk Zarif nampak mereka agak nipis.

Aniq mengeluh lega. Perlahan-lahan dia melepaskan tangannya dari mulut Wani. Wani yang sudah sebak terus memeluk tubuh Aniq dengan kuat. Dia memang tidak pernah memeluk mana-mana lelaki. Lagipun Islam melarang berbuat demikian. Namun, situasi Wani berlainan. Dia hanya berfikir yang Aniq selamat untuk menjaganya.

"Mujurlah kau selamat Aniq... Aku tak tahu nak buat apa sorang-sorang dalam hutan ni." Tangisannya semakin kuat kedengaran di telinga Aniq. Aniq terkejut. Dia hanya membiarkan Wani melakukan sedemikian.

"Aku dah cakap kan aku akan selamat. Kau cuma perlu ikut cakap aku je. Faham?" Wani meleraikan pelukan tersebut. Dia menyeka air matanya yang semakin laju mengalir. Aniq tergelak kecil.

"Tak payah nangis. Aku okey je.." Aniq memujuk Wani yang masih tersedu sedan menangis. Wani mengangguk perlahan. Wajah Aniq nampak letih.

"Lagipun, ini semua terjadi sebab salah aku." Ujar Aniq perlahan. Wani masih tidak tahu mengapa Aniq berkata begitu.

" Kenapa kau selalu cakap ini salah kau?" Soal Wani dengan sebak yang masih membelenggu. Aniq melabuhkan punggungnya di atas daun-daun kering itu, kemudian dia menarik tangan Wani duduk di hadapannya.

"Diorang semua tu geng aku." Wani terkejut.

"Geng kau? Habis kenapa diorang buat kita macam ni? Kau kan geng diorang?" Soal Wani bertalu-talu. Aniq mengeluh panjang. Dia tidak tahu bagaimana harus memulakan cerita.

"Sebenarnya, semua ni terjadi sebab aku nak keluar dari geng aku." Aniq bermain-main dengan jarinya. Wani terdiam, menunggu sambungan dari Aniq.

"Diorang tak setuju aku keluar sebab aku ni orang kuat diorang. Diorang pentingkan kekuatan geng kitorang supaya sentiasa menang untuk lawan dengan orang lain. Dan..." Aniq was-was mahu memberitahu hal yang sebenar.

"Dan apa?" Soal Wani apabila Aniq nampak ragu-ragu untuk meneruskan cerita.

"Dan sebenarnya geng aku dah terlibat dengan pelbagai jenayah kat luar sana. Jadi gangster, dadah, berjudi, merokok dan macam-macam lagilah. Aku pada awalnya memang seronok buat semua tu, tapi sejak aku kenal kau, aku..." Aniq sekali lagi terhenti. Berkerut dahi Wani . Kenapa susah sangat dia nak berterus terang. Aniq mengeluh. Dia tidak biasa berterus terang.

"Aku... Dah tak nak buat semua tu. Sebab... Aku mula..sukakan kau." Wani terkedu.

"Sebenarnya aku dah lama suka kau. Lama sangat. Sebelum mula-mula kau kenal aku lagi. Aku berubah sebab... Aku rasa aku tak layak dengan kau kalau aku teruskan jadi jahat." Wani terdiam terus.

"Bila aku dapat tahu yang kau akan jadi kawan untuk ajar aku, aku tak boleh nak gambarkan kegembiraan tu. Sebab aku boleh belajar dengan orang yang aku suka. Jadi, disebabkan aku suka kau semua ini terjadi." Aniq menamatkan ceritanya. Dia bersila di atas tanah itu, pandangannya hanya ditundukkan ke bawah. Tidak mahulah dia bertentang mata dengan Wani. Wani mula sebak memandang luka-luka di wajah Aniq.

"Luka kau teruk tu, meh sini aku ubatkan. " Wani tidak berniat untuk mengubah topik tetapi timbul juga rasa gugul apabila Aniq berkata begitu. Wani mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. Peti kecemasan kecil yang sudah disediakan dikeluarkan. Mujurlah ada segulung kain kasa dan ubat luka. Aniq hanya membiarkan Wani mengubati lukanya.

"Kau marah aku ke?" Soal Aniq apabila Wani tiba-tiba diam selepas dia memberitahu hal yang sebenar.

"Itu bukan salah kau pun. Kau dah buat perkara yang betul." Balas Wani lantas dia menyimpan semula ubat tersebut. Aniq tersenyum.

"Jadi... Kau dah tahu sekarang aku sukakan kau. Kau nak buat apa?" Soal Aniq lagi. Wani memandang wajah Aniq lama.

"Kita kena cari jalan keluar dulu." Wani bingkas bangun lalu dia menggalas beg kecilnya. Bunyi cengkerik yang bersahut-sahutan agak membingitkan telinga mereka berdua. Namun, itulah suasana hutan yang gelap dan tebal. Aniq hanya menurut. Dia turut bangkit dari tempat duduknya lalu mengibas debu-debu di seluarnya.

"Mungkin kalau kita jalan terus kita akan jumpa jalan keluar." Wani membuat andaian. Aniq tersengih.

"Dan mungkin awak akan berjumpa balik penjahat-penjahat tu." Wani mencebik. Ada-ada je Aniq ni. Mereka berdua masih tidak tahu di mana harus mereka mulakan. Jika silap jalan, mungkin mereka akan masuk lebih jauh ke dalam hutan.

"Macamana ni?" Soal Wani, masih ligat berfikir jalan yang harus dilalui. Aniq memandang ke sekelilingnya. Kemudian jam di tangannya dipandang sekilas.

"Apa kata kita rehat dulu di sini. Kita masih tak tahu di mana jalan yang harus kita lalu. Sekarang dah pukul 2 pagi. Bila dah cerah sikit baru kita teruskan. Macamana?" Ujar Aniq dengan harapan agar Wani bersetuju.

"Aku ikut kau saja. Lagipun, gelap sangat sekarang. Aku takutlah." Balas Wani bersetuju. Aniq tersengih lucu. Rupa-rupanya Wani ni seorang yang penakut.

Aniq dan Wani kemudiannya melabuhkan punggung di atas tanah yang sejuk itu. Masing-masing hanya diam, membuat hal sendiri. Wani menghela nafas panjang. Sampai bilakah dia akan sesat di dalam hutan ni? Adakah Cikgu perasan yang mereka hilang? Bagaimana sekiranya mereka tak akan ditemui lagi seperti yang dinyatakan penjaga bukit ini. Bagaimana sekiranya di hutan ini ada penunggu? Bulu roma Wani menegak apabila dia memikirkan hak makhluk halus. Pandangannya kemudian dialihkan kepada Aniq yang sedang tercegat memerhati sekeliling. Wani tersenyum. Kadang-kadang lelaki di hadapannya itu pandai juga mencairkan hatinya. Rupanya sangat tampan, baik pulak tu. Memang sah lah Wani turut jatuh cinta. Wani menyandarkan dirinya ke dahan pokok. Lama kelamaan dia mula terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience