BAB 10

Romance Series 6044

Sudah 10 minit Irdina hanya mundar-mandir di hadapan Farah dan Zarfan. Jam di tangannya dipandang sekilas. Wajahnya jelas menunjukkan riak kerisauan. Semua pelajar sudah tiba di puncak. Masing-masing sedang berehat dan ada yang sedang bergambar.

"Macamana ni? Dah 3 jam diorang mendaki. Takkan tak sampai-sampai lagi." Luah Irdina sambil memegang erat kedua-dua tangan Farah. Dia sangat risaukan Wani. Wani itu kawan baiknya. Farah mengeluh kecil.

"Mungkin diorang cedera kut... Diorang duduk tepi dulu sementara staf pergi ambil." Farah cuba menyedapkan hati Irdina walhal dirinya sendiri juga sedang risau.

"Cedera? Mustahil? Semua pelajar yang cedera sudah dinaikkan ke atas. Takkan lah diorang tertinggal pulak..." Irdina sudah mula mahu menangis. Kini, Zarfan pula memikirkan hal yang sama. Dia itu ketua kumpulan. Sekiranya terjadi apa-apa dialah yang harus bertanggungjawab.

"Zarfan, jom kita bagitahu cikgu dulu." Farah memberi cadangan sambil tangannya mengurut-ngurut belakang Irdina yang sudah mula menangis.

"Nanti, tunggu 10 minit lagi. Kalau diorang tak sampai jugak, kita bagitahu." Farah mengangguk bersetuju. Mereka kemudiannya melabuhkan punggung di bawah pohon yang rendang untuk mereka berteduh.

***

Wani mencelikkan matanya perlahan-lahan. Sakit yang teramat semakin mencengkam kepalanya. Ekor matanya melilau ke sekeliling. Suasana di sekitarnya sangat gelap.

"Aku kat mana ni?" Bisik Wani selepas kelopak matanya terbuka sepenuhnya. Dia mahu bangkit dari tempat duduknya tetapi dia tidak sedar bahawa tangannya sudah diikat di kerusi.

"Aduh.."Wani hampir menangis apabila dia sedar bahawa tangannya diikat dengan kuat. Wani cuba membuka ikatan tersebut dengan menggerakkan tangannya tetapi masih gagal. Ikatan tersebut sangat ketat.

Tiba-tiba, pintu bilik tersebut terbuka . Cahaya matahari yang masuk menyilaukan pandangan Wani. Dia cuma mengecam wajah yang semakin menghampirinya tetapi gagal kerana cahaya yang datang dari belakang. Sebaik sahaja tubuh itu tiba di hadapannya, dia terkejut.

"Aniq, kau tak apa-apa?" Wani separa menjerit kerana teruja Aniq berada di hadapannya. Namun wajahnya dipenuhi luka-luka yang baharu seperti baru dibelasah seseorang.

"Syh... Nanti diorang dengar. " Aniq berbisik lantas dia menanggalkan ikatan di tangan Wani. Selepas ikatan ditanggalkan, Wani pantas berdiri.

"Sekarang ni kau ikut je apa yang aku arahkan. Kita berada di bilik atas di rumah terbiar dalam hutan ni." Ujar Aniq sambil memegang kedua-dua bahu Wani. Wani terpaku.

"Siapa yang culik kita sebenarnya dan macamana kau boleh lepas?" Aniq menghela nafas panjang.

"Nanti aku cerita. Sekarang ni ramai yang jaga rumah ni. Aku baru belasah dua orang tadi nak lepaskan diri. So, kalau aku cakap lari kau lari." Wani masih tidak memahami apa yang dikatakan Aniq, tetapi wajahnya sangat serius.

"Habistu, kau?" Soal Wani dengan nada yang risau.

" Kau jangan kisahkan aku. Sekarang ni kau selamatkan diri kau dulu. Kau lari jauh-jauh, aku akan cover kau." Aniq terus menarik tangan Wani untuk dibawa keluar. Namun Wani menepis.

"Aku tak akan pergi kalau kau tak ada dengan aku." Ujar Wani dengan nada yang tegas. Aniq terdiam, direnung wajah Wani yang kerisauan itu.

"Tak apa, ni semua jadi sebab salah aku. Kau ikut je apa yang aku suruh, percayalah aku akan selamat. " Aniq memujuk Wani. Wani terdiam seketika. Beberapa saat kemudian, dia memandang wajah Aniq.

"Ba.. baiklah." Aniq mengangguk kepalanya lalu dia bergegas ke arah pintu. Sempat dia mengintai dahulu keadaan di luar supaya tiada sesiapa yang menghalang mereka.

"Jom, kau jalan belakang aku." Wani akur, hujung baju Aniq dipegang erat. Dia melindungi dirinya di belakang Aniq seperti yang diarahkan. Kadangkala dia berasa kagum dengan Aniq yang sedaya upaya menjaganya.

Mereka akhirnya tiba di tangga untuk turun ke bawah. Sayup-sayup kedengaran orang berbual di bawah sana. Aniq memandang ke arah Wani.

"Kat bawah ramai orang. Kita turun ikut tingkap. Kau berani terjun tak?" Wani terkedu. Terjun? Tinggi mana rumah ni pun dia tak tahu.

"Tinggi ke?" Soal Wani masih was-was. Dia pun mahu melarikan diri tetapi dengan cara terjun dia rela terus tinggal di sini sahaja.

"Tak tinggi pun, jom ikut aku." Aniq terus menarik tangan Wani mengekorinya. Wani hanya menurut. Aniq akhirnya menghentikan langkahnya di sebuah tingkap yang sudah pecah. Dia menjenguk ke bawah. Tak lah setinggi mana.

"Cuba tengok bawah." Arah Aniq. Wani menjenguk ke bawah.

"Erk...Tak ada cara lain ke?" Wani tersengih kelat. Bagi Aniq mungkin ianya tidaklah setinggi mana tetapi bagi Wani ianya sangat tinggi. Belum sempat Aniq menjawab, kedengaran tapak kaki seseorang sedang menaiki tangga. Mereka berdua berpaling serentak. Bila-bila masa sahaja orang yang sedang menaiki tangga itu akan tiba. Wani perlahan-lahan menyorok di belakang Aniq.

"Pegang aku kemas-kemas." Aniq terus menarik Wani kemas ke dalam pelukannya. Tanpa membuang masa, dia terus memanjat tingkap tersebut lalu terjun ke bawah. Wani cuba menahan dirinya dari menjerit. Dapat dirasakan yang mereka jatuh lalu terguling di atas tanah. Dia langsung tidak berasa sakit kerana Aniq melindungi nya dengan memeluknya dengan kemas.

"Cepat, kita kena lari!" Aniq terus mengangkat Wani bangun. Belum sempat pun mereka melangkah, Aniq ditendang sehingga dia rebah ke depan. wani terkejut.

"Aniq!" Wani menjerit lalu dia menghampiri Aniq.

"Lari, Wani!!" Jerit Aniq dengan kasar. Wani terundur ke belakang. Aniq perlahan-lahan bangun lalu dia membelasah salah seorang gengnya itu.

"Tangkap perempuan tu! Jangan biar dia terlepas." Mendengar jeritan dari orang yang sedang bergaduh dengan Aniq, jantung Wani berdegup kencang. Pada mulanya dia tidak sampai hati ingin meninggalkan Aniq. Tapi dia sudah tiada pilihan, itulah yang diarahkan Aniq.

Akhirnya, dia terus melarikan diri ke dalam hutan yang semakin gelap itu. Dapat didengar derapan tapak-tapak kaki yang sedang mengejarnya dari jauh. Tanpa disedari air matanya mengalir laju. Semak samun yang tebal diredah begitu sahaja. Ranting-ranting berduri membuatkan luka-luka kecil semakin banyak hinggap di tubuhnya.

"Macamana aku nak lari ni, Aniq?.." Ujar Wani dengan suara yang sebak. Dia tiada pilihan. Entah apa lah yang terjadi kepada Aniq sekarang. Langit semakin gelap, sebentar lagi malam akan menjelma. Mungkin dia akan berseorangan di dalam hutan yang gelap nanti dengan berbekalkan beg yang masih digalasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience