BAB 3

Romance Series 6044

"Are you serious? " Irdina separa menjerit. Wani mengeluh halus selepas menceritakan segalanya kepada Irdina. Sekarang merupakan waktu pelajaran sejarah. Cikgu mata pelajaran tidak dapat masuk mengajar kerana ada hal yang harus diselesaikan.

"Habis dia ada buat kau apa-apa tak?" Soal Irdina ingin tahu.

"Setakat ni tak adalah dia nak buat apa-apa. Tapi aku tak fikir pasal tu. Aku cuma fikir macamana nak ajar dia. Aku tak tahu melalui apa dia mudah terima pembelajaran tu." Jelas Wani lebih mendalam. Irdina mengangguk memahami.

"Kalau macam tu, kau kenal lah dengan dia lebih dalam lagi. Mungkin kau akan jumpa cara yang betul untuk ajar dia. "Ujar Irdina. Wani tersenyum. Irdina juga memberi pendapat yang sama seperti Puan Aida.

"Baiklah." Wani menarik nafas. Dia akan berusaha sebaik mungkin untuk mengubah sikap lama Aniq.

***

Wani mengemaskan buku-bukunya lalu diletakkan di dalam beg. Semua pelajar sudah bergegas pulang kecuali dirinya. Setelah semuanya selesai, dia terus menutup suis kipas lalu melangkah keluar. Dia menuruni anak tangga satu persatu untuk ke perpustakaan yang terletak di tepi surau.

Wani membawa beg plastik yang diisi buku-buku yang dibelikan semalam. Dia berharap agar buku-buku latihan yang dibelinya ini dapat memudahkan Aniq mengenai pembelajaran.

"Eh, kenapa tu?" Wani agak terkejut melihat keriuhan di hadapan sebuah kelas. Ramai pelajar yang berkerumun seolah-olah ada sesuatu yang teruk berlaku. Wani mengatur langkah laju. Entah kenapa dia berasa ingin tahu apa yang terjadi. Selalunya dia tidak pernah mengambil tahu hal orang lain.

Setibanya dia di situ, dia cuba menyelit melalui pelajar-pelajar yang berkumpul. Mujurlah badannya kecil, memudahkan dia menyelinap masuk melalui orang ramai.

"Ya Allah!" Wani menutup mulut. Sungguhpun dia terkejut melihat dua pelajar lelaki sedang bergaduh dengan teruk. Habis wajah mereka sudah lebam dan berdarah. Dan apa yang lebih mengejutkan Wani adalah...

"Aniq!" Wani menjerit memanggil. Aniq yang mendengar suaranya dipanggil tidak jadi melepaskan tumbukan kepada pelajar tersebut. Aniq memandang ke arah Wani. Hidung dan mulutnya sudah dipenuhi darah.

Wani bergegas ke arah mereka berdua.

"Kamu berdua ni dah kenapa?! Macam budak-budak bergaduh! Kamu semua dah besar kan! " Jerit Wani, geram dengan mereka berdua. Pelajar-pelajar yang berkerumun tadi terkejut dengan keberanian Wani. Mereka tidak berani menegur Aniq dan lelaki yang bernama Ikmal itu. Bimbang takut di pukul juga kerana menyibuk. Mereka berdua memang terkenal dengan kenakalan.

"Aniq, ikut aku sekarang!" Wani terus menarik tangan Aniq membawanya ke surau. Aniq hanya menurut. Dia sangat letih akibat pergaduhan tadi. Setibanya di surau, Wani terus melepaskan tangan Aniq.

"Kau pergi basuh muka kau sekarang, lepastu tunggu kat sini. Nanti aku datang semula." Aniq akur. Wani melangkah laju meninggalkan Aniq sendiri. Aniq melangkah menuju ke tempat mengambil wuduk lelaki. Dia membasuh wajahnya yang dipenuhi luka dan darah. Pedih mula terasa saat air menyentuh wajah. Darah yang mengalir di hidung dan mulut dibersihkan perlahan-lahan. Aniq turut membasahkan rambutnya. Dibetulkan rambutnya yang kusut. Baju sekolahnya yang turut terkena darah dibuka. Mujurlah dia memakai singlet di dalam, tidaklah terlalu terdedah tubuh badannya.

Selepas selesai, dia melabuhkan punggung di sebuah pangkin kayu yang disediakan. Pangkin itu berada betul-betul di bawah pokok yang rendang.

" Dah basuh dah?" Suara Wani mengejutkan Aniq. Aniq diam. Dia hanya memerhati Wani yang turut duduk membawa peti kecemasan. Dikeluarkan ubat luka dan kapas untuk disapu di wajah Aniq.

"Kenapa kau bergaduh dengan dia?" Soal Wani sambil meletakkan ubat cecair itu ke kapas. Aniq mengeluh.

"Tak payah nak menyibuk." Balas Aniq. Wani menyapu dengan berhati-hati luka yang terdapat di dahi Aniq. Aniq mendesis kesakitan.

" Kau nak kata aku penyibuk ke? Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku tengok kau macam ini. Kau tu bawah bimbingan aku tau. Dengarlah sikit cakap aku." Bebel Wani dengan nada yang marah. Dia mula menyapu ubat di tepi bibir Aniq dengan kasar. Aniq menepis.

"Kalau ya pun, tak payahlah kasar sangat. Sakit tahu tak!" Marah Aniq pula sambil menggosok-gosok lebam di tepi bibirnya.

"Ha, tahu pun sakit. Tapi duk bergaduh tak habis-habis tu kenapa? " Wani melawan.

" Yelah, aku salah! Dah cepatlah sapu ubat kat sini." Aniq mengarah Wani sambil jari telunjuknya diletakkan betul-betul di bibirnya.

"Kau sakit kat sini, bukan kat bibir kau." Wani terus menekan lebam di tepi bibir Aniq. Aniq menepis tangan Wani sekali lagi. Wani tersenyum melihat wajah Aniq yang kesakitan, dia menyambung kembali menyapu ubat di wajah Aniq. Kadangkala dia berasa selesa berada dengan Aniq.

Selesai sahaja merawat wajah Aniq, kapas dibuang ke dalam tong sampah berdekatan mereka. Ubat-ubatan kembali diletakkan di dalam peti kecemasan.

" Harini tak payah study. Kau pergi balik, rehat. Nanti aku bagitahu hal sebenar pada Cikgu Zubaidah." Arah Wani sambil menggalas begnya. Aniq menyarungkan kembali baju sekolahnya.

"Cikgu tak marah?" Soal Aniq.

"Tak apa, pandai-pandai lah aku pujuk dia. Ha satu lagi." Wani terus mencapai beg plastik yang berada di sebelahnya. Beg itu kemudiannya terus dihulurkan kepada Aniq.

"Jangan lupa buat latihan." Pesan Wani lantas dia mengatur langkah untuk memulangkan peti kecemasan dan ke pejabat pengetua untuk memaklumkan ketidakhadiran mereka. Aniq membuka beg plastik itu. Pertama sekali apa yang dia nampak ialah komik!

" Ini komik yang aku nak beli semalam. Best nya!" Bisik Aniq sendiri lalu dia membelek komik tersebut. Tiba-tiba, sekeping kertas kecil jatuh ke ribanya. Aniq mengambil kertas kecil bewarna biru muda itu.

Aku tahu kau nak baca komik ni kan? Buat sekurang-kurangnya satu latihan dulu baru boleh baca. Kalau kau tak buat, kau berjawab dengan malaikat kat kubur nanti.

Aniq tersengih. Kertas itu kemudiannya disimpan di dalam poket seluarnya. Tanpa membuang masa, perlahan-lahan dia berdiri untuk pulang ke rumah. Buku komiknya diletakkan kembali ke dalam beg plastik tersebut. Kunci motosikal dikeluarkan dari poket seluarnya. Dia mahu berjumpa dengan kawan-kawan nya dahulu sebelum pulang ke rumah. Ada sesuatu yang harus dibincangkan bersama mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience