BAB 6

Romance Series 6044

Entah kenapa tiba-tiba sahaja ada pengumuman meminta semua pelajar tingkatan 5 ke dewan. Wani termasuk kawan-kawan sekelasnya bersama-sama menuju ke dewan. Setiap tingkatan mempunyai lima kelas. Wani yang ditempatkan di kelas pertama terlebih dahulu tiba di dewan sebelum empat kelas yang lain.

Lima minit kemudian, semua pelajar sudah beratur di dalam dewan. Wani cuba mengintai kelas yang ke-4 iaitu kelas Aniq. Kelibat Aniq tidak kelihatan.Mungkin masih berehat di bilik rawatan. Kelibat kawan-kawan nakalnya juga tidak kelihatan.

"Ponteng lah tu." Desis hati Wani.

"Baiklah semua. Hari ini cikgu mahu maklumkan kepada kamu semua bahawa sekolah akan mengadakan program mendaki Bukit Gasing di Petaling Jaya. Program ini akan berlangsung pada hujung minggu iaitu lusa. Kamu semua diwajibkan menyertai program ini untuk meningkatkan stamina serta dijadikan pengalaman baru. Cikgu akan edarkan borang kebenaran untuk ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing." Selepas mendengar kata-kata Cikgu Zubaidah, semua pelajar mula teruja dan berbual-bual dengan kawan masing-masing.

"Biar betul! Aku dah lama teringin nak hiking. Kau macam mana?" Irdina mula teruja. Dia sudah lama menyimpan angan-angan ingin mendaki bukit. Bebas seketika dari dunia pelajaran.  Wani tersenyum.

" Mestilah aku nak pergi, tapi aku pun nak Aniq pergi. Boleh ke mintak borang lebih?" Soal Wani dengan wajah yang keliru.

"Amboi, amboi... Sejak bila kau nak dia ikut sama ni?" Irdina mula mengusik Wani. Dicuit bahu kiri Wani dengan lembut. Wani mencebik.

"Tak adalah, aku taknak dia ponteng. Lagipun program ni diwajibkan. " Terang Wani lebih jelas, dia tidak mahu Irdina salah faham dengannya.

"Kalau macam tu, kau mintak je borang lebih. Mesti cikgu bagi. Kau cakaplah yang kau nak bagi kawan kau sebab sekarang dia tengah berehat kat bilik rawatan." Ujar Irdina sambil memeluk lengan Wani. Wani tersenyum lega. Mujurlah Irdina itu sentiasa membantu dirinya di kala susah.

" Erm, cikgu... Boleh saya mintak borang lebih?" Wani menyoal apabila Cikgu Zubaidah tiba di hadapannya.

"Nak buat apa, Wani?"

"Nak bagi Aniq. Dia sedang berehat di bilik rawatan." Balas Wani.

"Kenapa dengan dia?" Wani mula susah hati. Kalau boleh dia tak mahu Cikgu Zubaidah mengetahui yang Aniq bergaduh lagi. Pasti teruk Aniq dimarahi. Wani mengeluh kecil. Dia terpaksa menipu.

"Dia kata dia demam." Dalih Wani. Cikgu Zubaidah tersenyum lalu menghulurkan sehelai lagi borang kepada Wani.

"Terima kasih, cikgu!" Ujar Wani keriangan. Cikgu Zubaidah mengangguk lalu dia mengagihkan borang kepada pelajar lain pula. Dia sangat berharap agar Aniq bersetuju untuk menyertai program ini.

***

"Ish, taknak lah aku!" Aniq separa menjerit. Disedut laju air kotak perisa epal yang berada di tangannya. Beberapa orang pelajar yang berada berdekatan mereka mula menjeling seolah-olah memberi amaran kepada mereka berdua. Sudah pasti mangsa jelingan itu ialah Wani. Mereka juga tidak berani untuk memberi jelingan kepada Aniq. Pasti sudah terlayang jasad mereka keluar dari perpustakaan.

" Kau nak ke taknak ke kau kena pergi. Program ini diwajibkan kau tahu tak ." Pujuk Wani sambil menghulurkan borang itu kepada Aniq. Aniq mengeluh panjang.

"Senang sangat, tak payah pergi time berkumpul. Apa kata kita berdua tak payah pergi. Kita pergi tengok wayang, jalan-jalan, spend time sama-sama, lunch sama..." Belum sempat Aniq menghabiskan kata-katanya, Wani pantas memotong.

"Apa kau mengarut ni?" Wani mula kecewa dengan sikap Aniq. Aniq terdiam melihat riak wajah Wani yang mula berubah.

" Terpulanglah pada kau Aniq kau nak pergi ke taknak. Sia-sia je aku tolong ambilkan borang ni untuk kau." Wani mula merajuk. Dia pura-pura menulis sesuatu di dalam buku latihan matematik nya.

"Kau merajuk ke?" Soal Aniq sambil mengintai wajah Wani yang menunduk. Wani hanya diam. Dia tidak mahu bercakap.

"Ala... Marah ke?" Aniq memanggil lagi.

"Wani..." Suaranya sengaja dilembutkan. Wani masih tidak mahu menjawab. Sungguhpun dia begitu marah dengan sikap Aniq yang tidak berubah-ubah.

" Yelah-yelah aku pergi. " Aniq mengalah akhirnya. Tetapi Wani masih mengendahkannya.

" Ala kau ni tak payahlah merajuk lama sangat. Macam perempuan la." Wani mengangkat muka. Pantas sahaja memandang Aniq. Wajah Aniq terundur ke belakang melihat reaksi Wani yang tiba-tiba itu.

"Jadi selama ini kau anggap aku lelakilah ya? Kurang asam betul. " Wani mula naik angin, dikemas-kemas bukunya yang berselerak di atas meja lalu dimasukkan ke dalam beg.

"Eh, kau nak pergi mana?"soal Aniq apabila dia melihat Wani mula berdiri.

"Nak balik!"

"Eh, tunggulah aku!" Aniq memasukkan semua bukunya ke dalam beg. Wani sudah keluar dari perpustakaan. Begnya digalas pantas lalu dia berlari mengejar langkah Wani.

"Wani, tunggulah." Pujuk Aniq sambil mengekori langkah Wani yang berjalan laju di hadapannya. Namun, bibir Wani terukir senyuman. Senyuman yang tidak boleh dilihat Aniq. Comel betul Aniq memujuknya.

" Wani!" Tiba-tiba sahaja Aniq muncul di hadapannya. Langkah Wani terhenti, sikit lagi dia mahu terlanggar tubuh Aniq. Sudahlah Aniq tu sangat tinggi orangnya.

"Apa...?" Soal Wani sambil memeluk tubuhnya.

" Tolong tengokkan mata aku ni. Kan ada lebam. Sakitlah!" Aniq menunjukkan mata kanannya kepada Wani. Wani hampir tergelak tetapi dia tahan.

"Kau lebam mata sebelah kiri." Dia meneruskan langkahnya . Bahu sebelah kiri Aniq di rempuh kasar. Aniq tercengang. Dia sendiri lupa di mana lebam tersebut.

" Eh, Wani, Wani!" Sekali lagi Aniq tiba-tiba muncul di hadapannya. Wani menghela nafas panjang.

"Apa lagi?" Soal Wani.

"Jom aku belanja kau makan. Lapar lah. Rehat tadi aku tak makan pun." Aniq membuat nada merayu. Kata-kata Aniq itu ada betulnya. Rehat tadi dia hanya tidur di bilik rawatan. Wani akhirnya akur.

"Yelah..." Wani memandang wajah Aniq akhirnya. Aniq tersenyum . Mereka berjalan beriringan menuju ke sebuah kedai makan di depan sekolah.

" Wani, aku akan pergi program tu. Tapi ada syaratnya." Wani memandang Aniq disebelahnya.

"Apa syaratnya?"

" Kau kena teman aku sepanjang pendakian tersebut. Kita berdua je." Balas Aniq selamba.

" Habis tu kawan-kawan aku tu nak letak kat mana?" Wani menyoal dengan nada merayu.

"Diorang masih ada geng diorang. Aku pulak? Kawan-kawan aku confirm tak join. Diorang bukan minat benda-benda macam ni. " Kali ini Aniq pula membuat nada merayu. Wani mengeluh panjang.

"Baiklah, Aniq..." Wani akur. Rambutnya yang terjuntai ke depan diselit di belakang telinganya. Aniq memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket.

"Kau pernah bercinta tak?" Soal Aniq sambil memandang ke wajah Wani.

" Tak! "Sepatah sahaja dijawab Wani.

"Tipulah kau." Wani terkedu.

"Kenapa pulak?!" Wani melawan.

"Takkanlah muka lawa cam kau takde orang nak?" Wani diam. Dia hanya memandang ke arah jalan di hadapannya.

"Kenapa diam?" Soal Aniq.

"Eh, kedai tu tutuplah. Kita pergi makan kat kedai sanalah." Wani mengubah topik. Terus dia melangkah lebih laju meninggalkan Aniq. Aniq memandang ke arah kedai tutup yang dinyatakan Wani. Ada beberapa pelanggan yang sedang makan di situ.

"Tutup? Dia rabun ke apa?" Aniq berbicara sendiri lalu dia mengejar langkah Wani yang semakin jauh darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience