BAB 7

Romance Series 6044

"Ibu?" Wani mengetuk pintu bilik Puan Aida. Tangannya menggenggam kemas borang kebenaran untuk mendaki bukit. Beberapa saat kemudian, pintu terbuka. Ternyata Puan Aida masih belum tidur. Mungkin sedang membaca beberapa buku novel. Puan Aida mempunyai hobi yang sama dengannya. Gemar membaca. Disebabkan itu di rumahnya mempunyai bilik khas untuk koleksi buku-buku novel yang dibeli. Jika dikira, terlalu banyak novel yang ada.

"Tak tidur lagi?"soal Puan Aida apabila Wani melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Belum, ibu boleh tolong tandatangan borang ni?" Wani menghulurkan borang tersebut kepada Puan Aida. Puan Aida menyambutnya pantas lalu membaca dengan lancar.

" Kamu nak sertai program ini?" Soal Puan Aida sambil berjalan ke arah meja tulisnya untuk mengambil sebatang pen.

" Ia diwajibkan. Kalau tak wajib pun Wani nak pergi." Puan Aida ketawa kecil mendengar kata-kata Wani. Selepas dia menanda tangan borang tersebut. Terus dia menghulurkan nya kepada Wani.

" Okey, jugak kamu pergi dua hari ke sana. Ibu pun kena kursus dua hari di negeri sembilan. " Ujar Puan Aida.

"Habis tu siapa yang nak hantar Wani ke sekolah? Ambik Wani dari sekolah? Beg Wani berat tau " Puan Aida ketawa lucu.

"Jangan risau, lagipun di hujung borang itu kan dibenarkan membawa phone. Apa kata macam ni. Ibu bagi duit belanja secukupnya, Wani tempah kereta sewa. Wani kan dah selalu tempah kereta sewa ke mana-mana." Puan Aida memberi cadangan. Wani akhirnya bersetuju.

"Baiklah, ibu. Wani masuk tidur dulu, ya?" Balas Wani lantas dia bersalaman dengan Puan Aida sebelum masuk ke biliknya.

***

Esok, program mendaki bukit untuk pelajar tingkatan 5 bakal berlangsung. Semua pelajar sudah diberi taklimat lengkap tentang barang yang harus dibawa serta waktu berkumpul di sekolah. 4 buah bas akan membawa mereka ke Bukit Gasing esok.

"Eii tak sabarnya..." Wani menayang-nayang list barangan yang harus dibawa esok ke wajah Aniq.

"Kau ni kan.. apa yang best sangat mendaki bukit sebenarnya?" Soal Aniq sambil tangannya melakar wajah Wani yang keriangan di kertas kosong. Wani tersenyum.

"Aku memang suka aktiviti yang extreme. Meredah hutan, memanjat gunung...." Balas Wani dengan teruja. Aniq berhenti melukis. Matanya memandang tepat ke wajah Wani.

"Kau pernah buat ke semua tu?" Soal Aniq ingin tahu. Tiba-tiba sahaja riak wajah Wani  bertukar kecewa.

"Tak pernah... "Balas Wani. Dia mula membuat mimik muka sedih. Aniq tergelak lucu. Sememangnya emosi perempuan ni cepat berubah.

"Takpe. Aku pun baru nak cuba. Mana tahu tiba-tiba timbul minat kan?" Aniq memujuk.
Wani kembali tersenyum.

"Baiklah, harini aku nak ajar kau sains." Wani mengeluarkan nota-nota sains dari begnya lalu diletakkan di atas meja.

"Alaa...taknak sains..." Aniq meletakkan dagunya di atas meja. Wajah Wani yang dilukis dipandang kecewa.

" Nak ke tak nak ke kena belajar. Kalau asyik diikutkan perasaan tu sampai bila pun kau tak belajar. " Ujar Wani lantas dia merampas kertas lukisan tersebut. Aniq mengeluh kecil.

" Wani..." Aniq memanggil Wani yang sedang sibuk membelek buku rujukan sains setebal kamus itu.

"Apa?"wani menjawab tanpa memandang ke arah Aniq. Matanya masih tertumpu pada buku rujukan itu.

" Kau tahu tak, masa mula-mula aku dapat tahu yang aku kena belajar dengan kau, aku stress giler. Aku fikir macam-macam mesti budak tu taknak belajar dengan aku, tak ikhlas, benci aku atau macam-macam lagilah. Tapi aku tak tahu pulak kau ni baik sebenarnya." Wani tersenyum mendengar kata-kata Aniq.  Dia sudah lupa apa yang dia mahu cari di dalam buku itu.

"Aku pun sama. Kau kan pelajar yang famous dengan kenakalan kau tu. Aku mula-mula takut jugak, tapi kau ni baik je. Takde lah baik sangat, kadang-kadang perangai nakal kau tu muncul jugak. " Ujar Wani pula , wajahnya diletakkan di kedua-dua telapak tangannya.

"Yelahtu!" Aniq mengangkat wajahnya semula. Matanya memandang ke arah siling. Wani tersenyum.

"Dahlah, dengar apa yang aku nak terangkan ni. Kan tak faham pula." Aniq tergelak lantas dia mengangguk akur. Mereka memulakan pelajaran sains mereka dengan baik. Aniq pula mula menunjukkan minat untuk belajar. Sangat menyenangkan Wani.

***

Telefon pintar milik Aniq yang terletak di atas meja kecil bersebelahan katil berdering menandakan seseorang sedang menghubunginya. Aniq akhirnya tersedar dari lena lalu tangannya mencari-cari telefon di atas meja. Apabila tangannya sudah memegang telefon,  Aniq terus mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama yang tertera.

"Good morning, Aniq!" Suara Wani kedengaran kuat di hujung talian. Aniq terkejut.

"Kau ni pagi-pagi buta call orang. Aku nak tidurlah." Bebel Aniq dengan mata yang masih terpejam.

"Kau tidur lagi Aniq?! Kau tahu tak semua pelajar dah berkumpul?" Serta merta mata Aniq terbuka luas.

"Weyh kenapa kau tak call aku awal-awal. Kau tahu kan mak ayah aku tak ada kat rumah!" Aniq mula cemas. Barang-barangnya masih belum dikemaskan lagi.

"Bas dah sampai dah... Aku pergi dulu ya..." Wani terus mematikan talian.

"Hello, Wani! Hello?!" Sudah tiada jawapan dari Wani. Aniq bingkas bangun lalu dia berlari menuju ke bilik air. Kenapalah dia tidak mengunci jam? Kebiasaannya mak dan ayahnya yang akan mengejutkan nya. Tetapi mak dan ayahnya ada kerja di Pulau Pinang dalam 3 hari. Aniq sudah biasa ditinggalkan. Tetapi yang dia tidak biasanya adalah, bangun tidur sendiri tanpa dikejut sesiapa.

Lima minit kemudian, Aniq sudah keluar dari bilik air. Dia hanya mandi ala kadar. Dia menuju ke almari. Beg galas di atas almari yang dikhaskan untuk meletakkan pakaian dicapai. Pintu almari dibuka, mujurlah list barangan yang harus dibawa sudah ditampal di pintu almari. Mudah untuknya mengemas.

"Argh... Mana jersi aku." Aniq menyepahkan semua pakaiannya. Dia harus membawa sekurang-kurangnya dua helai tshirt biasa untuk persalinan di sana. Itulah yang ditulis di dalam list.

Tiba-tiba, telefonnya berdering lagi. Aniq pantas mencapai telefonnya yang berada di atas katil. Panggilan dari Wani!

"Wani, tolong bagitahu cikgu yang aku dah nak bersiap. " Pantas sahaja Aniq bersuara selepas talian disambungkan.

"HAHAHAHAHAHA" Suara Wani tergelak besar menghairankan Aniq.

"Kau kenapa ketawa?" Soal Aniq curiga.

"Cikgu beritahu kita semalam suruh berkumpul pukul berapa?" Soal Wani dengan tawa yang masih bersisa.

"Pukul lapanlah. Habistu? Dahlah aku dah lambat ni..."

" Cuba kau tengok jam sekarang pukul berapa?" Mendengar kata-kata Wani itu, ekor mata Aniq terus melirik ke arah jam yang tergantung di dinding.

"Pukul 3 pagi?! " Aniq menjerit. Wani semakin sakan menggelakkan nya.

" Kau ni bodohlah...." Aniq mula geram. Mujurlah Wani itu perempuan, jika tidak teruk Wani mendapat maki hamunnya.

" Ala sorry la... Aku tak boleh tidur sebab teruja sangat. " Wani mula memujuk namun ketawa halusnya masih lagi kedengaran.

"Aku dah siap mandi kut. " Aniq mula naik angin. Menyesal betul dia memberi nombornya kepada Wani selepas sesi pembelajaran semalam.

" Mandi ke? Entah-entah dah tak mandi dah sebab takut lewat. " Wani ketawa lagi di hujung kata-katanya. Dia tidak dapat membayangkan wajah Aniq yang kerisauan.

"Siap kau nanti, kau tengoklah apa aku buat dekat kau." Ugut Aniq lantas dia menutup panggilan tersebut. Nafasnya turun naik menahan marah.

" Mujurlah kau comel Wani. Kalau tak dah lama aku sumbat kau dalam mangkuk tandas." Bebel Aniq lantas dia menghempaskan semula tubuhnya ke atas katil. Dia sudah tidak boleh tidur. Namun, senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya. Kadangkala dia berasa gembira apabila Wani mengusiknya.

"Ada-ada je kau Wani." Bisik Aniq lantas dia kembali bangkit dari tempat tidurnya. Dia mahu mengemaskan dahulu barang-barang yang harus dibawa. Tidaklah dia terlalu risau sekiranya dia terlewat bangun nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience