BAB 5

Romance Series 6044

Aniq melangkahkan kakinya menuju ke belakang blok tingkatan 3. Kelihatan kawan-kawannya sedang melepak di sebuah pangkin panjang. Di situlah tempat mereka berkumpul sekiranya ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Kehadiran Aniq disambut baik oleh kawan-kawannya.

"Kau macam mana Aniq? Dah lama kau tak lepak ngan kitorang. "Tegur Iskandar selepas Aniq melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Aku datang sini sebenarnya ada sesuatu yang aku nak bagitau korang." Kata-kata Aniq menarik perhatian mereka semua.

"Apa benda kau nak bagitahu?" Soal Haikal pula. Aniq menarik nafas panjang.

"Aku dah taknak jadi geng korang. " Balas Aniq. Semua kawan-kawannya terlopong mendengar kata-kata Aniq. Tiba-tiba, Zarif selaku ketua mereka melompat ke tanah. Memandang wajah Aniq tajam.

"Kau nak lupakan kitorang macam tu je? Kau ingat tak masa kau mula-mula masuk sekolah ni dulu, siapa yang tolong kau dari kena buli? Aku kan? Wah, mentang-mentang kau dah ramai anak buah sekarang berani lah kau nak keluar dari geng aku ya? " Zarif menolak kasar bahu Aniq ke belakang.

"Aku dah taknak dengan korang sebab aku nak berubah. Aku dah taknak ikut perangai bodoh korang ni. Langsung tak ada faedah." Tengking Aniq kasar. Sungguhpun mereka terkejut dengan keberanian Aniq menengking Zarif. Zarif itu bukan calang-calang orang. Dia berbadan besar dan pandai melawan.

" Kurang ajar!" Zarif menaikkan penumbuknya tepat ke perut Aniq. Aniq tersungkur. Dia memandang wajah Zarif tajam. Dengan pantas dia bangun lalu dia menghadiahkan tumbukan yang bertalu-talu ke wajah Zarif. Pergaduhan mereka langsung tidak boleh dihentikan. Iskandar, Haikal serta beberapa orang yang lain perlahan-lahan meninggalkan mereka berdua. Tidak berani mereka menghalang. Silap-silap mereka pula yang dibelasah.

Aniq sudah mula letih. Lukanya bergaduh dengan pelajar baru-baru ini pun masih belum hilang. Darah tidak henti-henti mengalir di hidungnya.

"Dah penat dah?" Perli Zarif sambil bercekak pinggang. Dia hanya lebam di bahagian pipi akibat tumbukan Aniq. Aniq mengesat darah yang mengalir menggunakan tangannya. Dia sudah tidak berdaya melawan. Zarif tanpa membuang masa berlari ke arah Aniq lalu memberikan tendangan yang kuat di dada Aniq. Aniq serta-merta rebah ke tanah. Pandangannya semakin kelam.

***

Wani mengetuk pintu kelas tingkatan 3 dengan kuat. Semua pelajar mula tertumpu kepadanya saat mendengar ketukan pintu.

"Awak semua diarahkan ke perpustakaan sekarang. Bawa buku kosong sahaja." Arah Wani sambil memberikan senyuman kepada semua pelajar yang memandangnya. Semua pelajar tersebut segera mengeluarkan buku kosong selepas mendengar arahan Wani. Wani diarahkan oleh Cikgu Suraya untuk menjemput pelajar-pelajar tersebut memandangkan dia juga ingin ke perpustakaan.

Selepas semua pelajar sudah keluar dari kelas, Wani mengatur langkah ingin keluar. Tetapi, langkahnya terhenti saat mendengar jeritan pelajar lelaki di belakang blok. Wani bergegas ke tingkap kelas.

" Apa dah jadi?" Soal Wani apabila dia melihat dua orang pelajar sedang bergaduh. Tiba-tiba pandangannya terhenti kepada wajah seorang pelajar lelaki yang sudah rebah. Wani menutup mulutnya, terkejut.

"Ya Allah, Aniq!" Wani terjerit kecil. Dia terus berlari keluar dari kelas untuk ke belakang blok. Mujurlah hari ni dia memakai pakaian sukan, memudahkan dia untuk berlari lebih pantas.

"Woi, apa kau buat tu?" Wani menjerit kepada pelajar tersebut. Zarif menoleh. Terkejut dia melihat Wani tercegat di belakangnya. Lagi menakutkannya ialah Wani merupakan pengawas sekolah, mungkin Wani akan memaklumkan hal ini kepada guru disiplin. Tanpa membuang masa, Zarif pantas berlari meninggalkan Aniq yang sudah tidak mampu berdiri. Bimbang Wani dapat mengecam wajahnya.

Wani berlari pantas ke arah Aniq. Air mata mula bertakung di kelopak matanya.

"Ya Allah, Aniq... Kau dengar aku tak?" Wani sudah hampir mahu menangis. Kepala Aniq diangkat lalu diletakkan di atas ribanya. Darah-darah di wajah Aniq disapu menggunakan tangannya.

" Aku okeylah. Sikit je ni." Bisik Aniq, suaranya tersekat-sekat. Wani memukul dada Aniq kuat.

"Kau ni tak serik-serik kan! Kenapa kau suka sangat bergaduh hah? Kau tahu tak betapa sayangnya aku dekat kau? Aku tak boleh tengok keadaan kau macam ni lagi!" Jerit Wani dengan tangisan . Dia sangat takut melihat kecederaan Aniq yang teruk itu. Aniq terkedu.

"Aku okey, Wani! Tak payahlah nangis. " Ujar Aniq lalu perlahan-lahan dia bangun. Badannya masih terasa sakit akibat tendangan Zarif yang banyak hinggap di tubuhnya. Wani membantu Aniq duduk.

"Ha, tengok. Aku masih boleh bangun lagi. " Aniq tersenyum memandang wajah Wani yang dibasahi air mata.

"Kau ni bodohlah! Dalam keadaan macam ni kau boleh senyum lagi?! Jom pergi bilik rawatan." Wani terus membantu Aniq bangun, ingin membawanya ke bilik rawatan. Aniq masih duduk. Tergelak dia melihat wajah Wani yang menarik tangannya dengan kuat untuk membantunya bangun. Padahal dia memang sengaja berbuat begitu.

"Tak payahlah pergi bilik rawatan. Sikit jer ni." Ujar Aniq sambil menanggalkan tali lehernya.

"Kau fikir apa?! Kau cedera teruk ni. Cepat pergi.... Kalau tak aku tak nak jadi kawan kau lagi." Mendengar ugutan yang diajukan Wani, Aniq akhirnya akur. Perlahan-lahan dia bangun dengan dibantu oleh Wani. Selepas dia berjaya berdiri, Wani memapah Aniq ke bilik rawatan. Mujurlah bilik rawatan hanya berada di tingkat dua blok tingkatan 3.

***

Aniq sudah dirawat baik oleh seorang jururawat yang memang ditugaskan untuk merawat pelajar-pelajar yang sakit. Luka dan darah-darah Aniq sudah dibersihkan dan disapu dengan ubat. Selepas jururawat itu beredar ke dalam biliknya, Wani yang menunggu di tempat duduk terus bangun menuju ke katil Aniq. Aniq menekan-nekan luka di dahinya yang sudah ditampal dengan plaster.

"Dah puas hati kau?" Soal Wani dengan nada yang marah. Aniq tersenyum memandang wajah Wani.

"Belum puas lagi. Aku nak gaduh lagi sampai aku dah puas." Aniq menjawab. Wani mengeluh kasar.

"Sudah-sudahlah tu buat perangai. Tak sakit ke kena macam ni selalu." Nasihat Wani sambil memerhati luka-luka di wajah Aniq.

" Kau suka kat aku erk?" Wani terlopong mendengar kata-kata Aniq.

"Asal kau cakap macam tu pulak?" Ujar Wani sambil bercekak pinggang.

"Habis tu kau asyik risau je dekat aku. Confirm kau suka aku betul tak?" Aniq mendekatkan wajahnya ke wajah Wani. Mata Wani ditenungnya.

"Mengada betul kau ni." Balas Wani selamba sambil melilaukan matanya ke arah lain.

"Jadi kau tak suka aku?"

"Tak!"

"Kau tipu."

"Apa kau ni?" Pipi Wani mula merah. Sebenarnya, dia malu juga diusik begitu oleh Aniq.

"Aku tengok mata kau, memang kau suka aku." Aniq sengaja berkata begitu padahal dia bukan seorang pentafsir pun. Wani mencebik.

"Dahlah, aku nak masuk kelas. Balik nanti jumpa di perpustakaan. Kalau kau tak datang, siap kau."tanpa mengharapkan balasan Aniq, dia terus beredar meninggalkan bilik rawatan. Aniq tergelak lucu. Dia kemudiannya membetulkan bantal lalu dia membaringkan dirinya. Dia mahu tidur seketika memandangkan dia diberi kebebasan untuk berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience