BAB 2

Romance Series 6044

Wani mengambil beberapa buku rujukan bahasa melayu di rak buku. Kemudian buku-buku itu dibawa ke meja tulis yang dikhaskan untuk dua orang pelajar kerana hanya mempunyai dua kerusi.

Wani melabuhkan punggungnya di hadapan Aniq yang sudah menunggu kehadirannya. Kelihatan Aniq sedang melukis sesuatu di dalam buku latihan yang diberi Wani. Wani terkejut.

"Hey, janganlah conteng!" Marah Wani lalu dia merampas buku itu dari tangan Aniq. Aniq terkejut.

"Biar jelah, bukan ada apa-apa pun dalam tu." Lawan Aniq lalu dia merampas kembali buku itu di tangan Wani.

"Memang tak ada apa-apa. Tapi aku beri nak suruh kau buat latihan dalam tu. Bukannya conteng." Bebel Wani sambil membelek-belek buku rujukan di tangan. Aniq tidak membalas, dia masih leka melukis sesuatu di buku latihan itu. Wani memandang ke arah lukisan yang dilukis.

" Kau lukis aku ke?" Wani merampas kembali buku itu. Ya, Aniq melukis wajahnya di buku itu. Sungguh cantik dan kemas. Memang serupa dengannya.

"Cantiknya..." Puji Wani sambil mengusap-usap lukisan yang hanya dilakar dengan pensil itu. Aniq tersenyum. Jelas terpapar lesung pipitnya yang tersembunyi.

" Tengoklah siapa yang lukis." Aniq mula berlagak. Wani kembali tegas.

"Apa-apapun, kau kena ulangkaji sekarang." Ujar Wani. Buku latihan itu disimpan di sebelahnya. Aniq mengeluh panjang.

" Tak bolehke ulangkaji esok je. Penat lah." Rayu Aniq sambil menggeliat kan tubuhnya. Wani mencebik.

"Tak boleh, nanti kalau cikgu datang tengok kita tak ada macam mana?" Wani cuba menakutkan Aniq. Aniq menggaru belakang lehernya. Dia begitu malas hari ini. Mahu sahaja dia balik ke rumah dan tidur.

"Yelah..." Aniq akur. Wani tersenyum lalu dia menghulurkan semula buku latihan tadi.

"Sekarang kau salin nota yang aku dah tandakan dalam buku ni. Mungkin boleh bantu karangan kau." Arah Wani sambil menunjukkan buku rujukan yang sudah ditanda. Aniq mengangguk lalu dia menyalin apa yang diarahkan.

Satu jam sudah berlalu, Wani sibuk menyalin sesuatu di dalam buku latihan yang digunakan Aniq tadi. Niatnya adalah ingin Aniq membaca nota yang lebih ringkas di rumah nanti.

"Ok, dah siap!" Wani memecahkan kesunyian. Terus dia mengangkat wajah memandang Aniq.

"La, dah tidur rupanya. " Wani tersengih melihat Aniq sudah dibuai lena. Dengkuran halus Aniq mula kedengaran.Suasana di dalam perpustakaan sangat sunyi. Tiada seorang pun pelajar yang berada di perpustakaan. Hanya dua orang pengawas perpustakaan sahaja yang berada di kaunter. Wani melihat jam di tangannya. Sudah jam 3 petang. Wani menyusun semula buku rujukan di rak.

Apabila meja sudah kosong, dia terus mengejutkan Aniq menggunakan buku latihan di tangannya.

"Aniq, bangunlah." Wani memukul-mukul bahu Aniq. Aniq perlahan-lahan mengangkat wajah. Sempat dia menguap seketika sebelum dia membuka matanya. Dipandang Wani yang sudah tercegat.

"Jom balik. Buku latihan ni kau bawa balik. Baca tau. Jangan buat conteng pulak. " Buku latihan itu diletakkan di hadapan Aniq. Tanpa membuang masa dia terus beredar meninggalkan Aniq sendiri. Aniq mengambil buku latihan di atas meja. Dibelek-belek nota yang disalin Wani. Bibirnya mula terukir senyuman.

***

Wani menyinggah ke sebuah kedai buku yang berdekatan dengan rumahnya. Laluan dari sekolah ke rumahnya hanya berjarak kira-kira 300meter. Memandangkan kedai itu sehaluan dengan perjalanannya, dia mengambil keputusan untuk singgah sebentar.

Langkahnya diatur ke rak yang menyediakan buku-buku latihan spm. Duit saku di dalam poketnya dikeluarkan. Kebiasaannya ibunya akan memberinya RM100 seminggu untuk dibuat berbelanja sekolah dan barang keperluan. Duit sakunya tinggal RM70.

"Cukuplah ni." Wani membuat keputusan lalu buku latihan bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains dimasukkan ke dalam bakul. Lagipun tinggal dua hari lagi persekolahan. Lusa, ibunya akan memberi duit belanja lagi.Niatnya hanya satu. Ingin memberikan buku-buku itu kepada Aniq. Dia sudah membelek terlebih dahulu isi buku-buku latihan itu. Buku itu turut menyediakan nota-nota ringkas. Sangat mudah difahami.

Dia melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran. Namun, pandangannya  tiba-tiba terhenti di sebalik rak yang menyediakan buku-buku komik. Ada susuk tubuh yang amat dikenalinya.

"Sekejap ya akak, saya nak tengok komik." Ujar Wani kepada penjaga kaunter itu. Penjaga kaunter itu mengangguk dengan senyuman yang manis. Wani terus menuju ke arah rak tersebut. Ada seorang lelaki yang amat dikenalinya sedang memilih komik-komik di rak.

"Aniq,kau ke tu?"lelaki itu pantas berpaling. Jadi benarlah dia Aniq.

" Kau buat apa kat sini?"soal Aniq lalu komik yang dipegangnya tadi diletakkan di rak. Wani teragak-agak ingin menjawab.

"Aku nak beli alat tulis sikit..." Jawab Wani. "Kau nak beli komik ke?" Soal Wani apabila dia melihat Aniq sedang memandang ke arah komik yang disusun.

"Aku ingat nak beli, tapi aku lupa duit belanja aku dah habis. Okeylah aku balik dulu." Tanpa mengharapkan balasan Wani dia terus bergegas keluar dari kedai itu. Wani terpinga-pinga. Komik yang tersusun di rak dipandangnya. Diambil komik yang dipegang Aniq tadi.

"Dia nak komik ni ke? " Bisik Wani dalam hati. Komik itu sangat nipis. Harga pun hanya RM5.50. Komik itu memang dikhaskan untuk lelaki. Banyak adegan berlawan di dalamnya. Wani akhirnya membawa komik itu ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Semua sekali RM45.50. " Ujar penjaga kaunter itu ramah. Wani terus menghulurkan sekeping wang RM50. Selepas baki diberikan, dia terus membawa beg plastik itu keluar dari kedai. Cepat-cepat dia mengatur langkah pulang kerana ibunya akan pulang dari kerja sebentar lagi.

Wani merupakan anak tunggal. Ayahnya sudah meninggal dunia 7 tahun lepas. Sejak itu, ibunya, Puan Aida lah yang menjaganya seorang diri sehingga kini. Puan Aida merupakan seorang pakar bedah separuh masa.  Walaupun Wani hanya ada Puan Aida, dia tak pernah merasa sunyi. Selepas Puan Aida pulang dari kerja, dia akan melayan Wani dengan penuh kasih sayang.

Setibanya Wani di rumah, kereta Toyota Vios milik Puan Aida sudah diparkir di depan rumah. Pintu pagar yang terbuka ditutup nya selepas dia masuk ke dalam. Dia terus bergegas ke pintu.

"Ibu?" Wani mengetuk pintu. Beberapa saat kemudian, pintu terbuka. Terpacul wajah Puan Aida yang nampak keletihan.

"Awalnya ibu balik?" Ujar Wani sambil menanggalkan kasut sekolahnya. Puan Aida tersenyum.

"Ibu sakit kepala sikit harini. Ibu diizinkan balik awal." Jelas Puan Aida sambil membawa Wani ke ruang tamu.

"Ibu nak Wani sediakan makanan ke?" Soal Wani selepas mereka duduk di ruang tamu.

"Tak apalah. Buku apa yang banyak sangat kamu beli tu?" Ekor mata Puan Aida melirik ke arah beg plastik yang diletakkan di atas meja.

"Panjang ceritanya, ibu." Balas Wani.

"Apa dah jadi?" Wani menarik nafas sebelum menceritakan dari awal apa yang diarahkan Puan Zubaidah. Sebaik sahaja habis bercerita, Puan Aida tersenyum.

"Kalau macam tu. Jalankan sahaja tanggungjawab yang diberi. " Ujar Puan Aida selepas dia mendengar cerita Wani.

"Wani memang nak tolong. Tapi dia tu pelajar nakal. Macamana kalau dia cederakan Wani nanti." Wani cuba mencari jawapan. Puan Aida tersenyum.

"Kalau dia nak cederakan Wani, dah lama dia buat. " Wani memandang wajah Puan Aida.

" Jangan mudah menilai orang dari luaran. Cuba berkenalan dengan dia baik-baik dulu. Ulangkaji dengan dia sama-sama. Kalau tak berkenalan lebih dalam, nanti kesefahaman tu tak timbul. Jadi, sukar lah untuk pelajar tu nak terima pelajaran. Mesti ada sebab kenapa pengetua buat macam tu. Kalau dia buat apa-apa pun terus report kat cikgu. " Terang Puan Aida. Wani tersenyum.

"Baiklah, ibu. Wani dah tahu apa nak buat." Balas Wani lalu dia memeluk erat tubuh Puan Aida. Puan Aida tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience