BAB 8

Romance Series 6044

Cuaca pada pagi itu sangat baik. Burung-burung yang terbang berkicauan memeriahkan lagi suasana. Separuh dari pelajar yang terlibat sudah berkumpul di tapak perhimpunan bersama beg galas masing-masing. Wani yang termasuk di antara pelajar yang sudah sampai mengutip-ngutip batu-batu kerikil di atas jalan. Kelibat Aniq masih belum kelihatan.

"Dia ni tak bangun lagi ke apa?" Wani masih gelisah. Jam tangan yang dipakainya dipandang sekilas. Sudah jam 8.10 pagi. Sebentar lagi pasti cikgu-cikgu yang terlibat akan tiba.

"Amboi, Wani. Termenung apa tu?" Tegur Irdina lantas dia bersila di sebelah Wani.

"Eh, kau bila sampai?" Soal Wani, terkejut dengan kehadiran Irdina.

"Baru je. " Balas Irdina sambil tangannya turut mengutip batu-batu kecil di atas jalan. Wani kembali termenung. Patut ke dia menghubungi Aniq?

Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menghubungi Aniq. Telefon miliknya dikeluarkan dari dalam poket. Nombor Aniq pantas di dail. Selepas butang hijau ditekan, dia terus meletakkan telefonnya di telinga.

Namun, ada sesuatu yang pelik berlaku. Beberapa saat kemudian, deringan telefon kedengaran betul-betul di belakangnya. Wani menolehkan wajahnya.

"Ambik kau!" Terus wajahnya dibaling dengan tepung. Wani terjerit. Bingkas dia bangun lalu menggosok matanya yang pedih termasuk debu-debu tepung. Jeritan Wani menarik perhatian semua pelajar yang sudah sampai.

"HAHAHAHAHAHA itulah akibatnya kacau aku pagi tadi." Gelak ketawa Aniq sangat kuat. Mata Wani yang sudah boleh dibuka memandang bengis ke arah Aniq. Habis wajahnya comot dengan tepung. Mujurlah sikit sahaja yang dibaling Aniq. Jika sepeket, tidak pasal-pasal dia harus menukar baju yang lain.

Wani tanpa membuang masa terus mengatur langkah laju ke arah tandas.

"Eh, Wani! Nak pergi mana?" Aniq terus mengejar langkah Wani . Irdina yang menyaksikan mereka hanya tergelak kecil. Kadang-kadang mereka terlihat sweet.

" Lelaki tu buat apa kat sini?"

"Budak bermasalah tu couple dengan budak cerdik tu ke?"

" Memang tak hairan si Wani tu terima Aniq. Aniq tu handsome kut."

"Pelajar bermasalah datang program? Selalunya mereput dengan rumah je."

Pelbagai jenis andaian keluar dari mulut pelajar-pelajar saat menyaksikan apa yang terjadi. Irdina, satu-satunya yang mengetahui kisah mereka hanya mendiamkan diri. Lagipun, dia tidak layak masuk campur urusan orang lain.

"Wani, kau marah aku ke?" Aniq muncul di hadapan Wani sambil mendepakan tangannya. Menghalang Wani pergi ke mana-mana.

"Ish, tepilah!" Wani terus melanggar bahu Aniq. Kuat juga tetapi Aniq langsung tidak berasa sakit. Dia terundur ke tepi apabila dilanggar Wani.

" Wani, janganlah marah. Aku bergurau je." Lengan Wani dipegang, serta merta langkah Wani terhenti apabila dia dipegang kuat.

"Apa pegang-pegang ni. Aku nak pergi basuh mukalah!" Aniq melepaskan pegangannya. Nampaknya Wani betul-betul marah. Selepas Aniq melepaskan lengannya, dia terus menuju ke arah paip air yang berada di depan blok tingkatan 1. Aniq hanya menanti Wani selesai membasuh mukanya.

"Berat tak beg kau tu? Meh aku tolong bawakan." Aniq sengaja ingin mempelawa pertolongannya. Wani yang sudah selesai membasuh mukanya memandang wajah Aniq tajam. Aniq segera melarikan pandangannya agar tidak bertentang mata dengan Wani. Bibirnya sengaja dimuncungkan, kononnya tiada apa-apa yang berlaku.

"Kau ni kan, agak-agak lah nak bergurau macam tu. Semua orang tengok tadi kau tahu tak. Malulah aku macam ni. Nanti apa pulak yang diorang cakap. " Bebel Wani sambil tangannya laju menutup semula paip air. Aniq menggosok-gosok belakang lehernya.

"Dahtu, yang kau call aku pagi-pagi buta tadi kenapa? Ingat aku tak marah?" Aniq melawan. Wani merengus kasar lantas dia menghayun langkah laju meninggalkan Aniq sendirian. Bibir Aniq terukir senyuman puas hati. Marah lah tu!

***

Selepas pembahagian kumpulan iaitu 5 orang satu kumpulan sudah selesai, mereka semua diarahkan untuk naik ke bas. 4 kumpulan satu bas. Aniq, Wani, Irdina serta kawan sekelas mereka Farah dan Zarfan bersepakat untuk bersekumpulan. Lagipun Zarfan ingin juga berkenalan dengan Aniq.

Zarfan yang dilantik menjadi ketua mengagihkan kad yang harus digantung di leher sebelum menaiki bas.

"Kau marah lagi ke?" Soal Aniq sambil menyarungkan kad ke lehernya. Sejak tadi lagi Wani hanya merajuk sahaja. Langsung tidak berbual dengannya.

"Takdelah." Sepatah sahaja yang dijawab Wani. Aniq tersengih.

"Yelah, aku minta maaf. Aku silap gurau kasar dengan kau." Aniq mengalah. Wani tersenyum. Namun senyumannya itu tidak dilihat Aniq kerana Aniq berada di belakangnya.

" Baik kau maafkan aku , kalau tak..." Aniq mula mahu mengugut Wani yang langsung tidak memberi respon.

"Kalau tak apa?" Wani menyoal selamba.

"Kalau tak... Aku taknak pergi. Bila-bila masa saja aku boleh lari tau." Ugut Aniq sambil senyuman sinis diukirkan.

"Larilah. Macamlah kau berani bu..." Wani tidak sempat menyambung.

"Satu..."

Wani tersenyum.

"Dua..."

Namun, nada Aniq kedengaran tidak bergurau. Wani mula gelisah.

"Tiga!"

"Okey-okey, aku tak merajuk lagi. " Akhirnya Wani menyerah kalah. Tubuhnya dipusingkan menghadap Aniq. Aniq memeluk tubuhnya.

"Memang dah agak dah kau takkan bagi aku ponteng program ni." Ujar Aniq sambil merenung mata Wani. Wani menghela nafas panjang.

" Lain kali janganlah gurau macam tu." Wani bersuara. Aniq mengangkat tangan kanannya. Tubuhnya ditegapkan. Kelihatan seperti seorang anggota askar memberi hormat kepada ketua mereka. Wani tersengih.

"Cikgu dah panggil kumpulan kita. Jom!" Arahan Zafran mengejutkan Aniq dan Wani. Wani mula teruja. Dia tidak sabar-sabar lagi mahu mula mendaki.

Kumpulannya beratur menaiki bas yang masih kosong. Wani memilih tempat di hadapan sekali.

"Irdina, jom duduk sini!" Wani memanggil Irdina yang berjalan berpimpin tangan dengan Farah. Farah pun rapat juga dengan Wani dan Irdina.

"Alah kau ni, time ni lah kau kena ambil peluang." Bisik Irdina betul-betul di telinganya. Wani mengerutkan dahinya.

"Peluang apa?"

"Bagi Aniq duduk sebelah kau. Dia kan sukakan kau.  Gudluck!" Irdina terus tergelak meninggalkan Wani sendirian. Wani mengeras. Kejam betul si Irdina ni.

" Boleh aku duduk sebelah kau?" Aniq tiba-tiba muncul tercegat di tempat duduk sebelahnya yang masih kosong. Wani memasamkan mukanya.

"Tak boleh!" Wani terus mengeluarkan telefon dari poketnya. Aniq tanpa membuang masa selamba sahaja duduk disebelah Wani.

"Thank you!" Aniq tanpa rasa bersalah memasang earphone di telinganya. Wani menghembus nafas panjang. Benci betul! Sepanjang perjalanan nanti pasti Aniq akan mengganggu nya selalu. Semakin dia rapat dengan Aniq, semakin galak Aniq menyakat nya.

Kelihatan tiga kumpulan yang lain mula masuk ke dalam bas. Jika diikutkan hati Wani, dia mahu sahaja tidur sepanjang perjalanan. Tetapi, mahukah dia tidur disebelah lelaki?

"Kau ada air mineral dalam beg kau?" Wani menyoal Aniq yang membawa beg kecil ke dalam bas. Semua beg mereka sudah dimasukkan ke dalam tempat letak barang. Hanya beg-beg kecil sahaja yang dibenarkan dibawa naik ke dalam bas. Aniq mencelikkan matanya.

" Ada, kenapa?" Aniq terus menggantung begnya di penyangkut yang disediakan di tempat duduk hadapannya.

"Nak, boleh?" Wani membuat muka comel memandang Aniq. Aniq terpaku. Kenapa comel sangat dia ni?

"Argh, tak boleh!" Aniq kembali memejamkan mata, sengaja dia mahu berbuat begitu.

"Thanks!" Wani terus mengambil beg kecil Aniq lalu dia membuka zipnya. Air mineral kecil dikeluarkan lalu dia meneguk dengan rakus. Tekaknya berasa begitu kering. Aniq tersenyum. Dia dah agak dah Wani akan berbuat begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience