BAB 9

Romance Series 6044

"Kau tak main-main ke?" Soal Iskandar , risau. Dia, Haikal serta Zarif sedang meredah hutan Bukit Gasing tersebut. Zarif mengerling tajam.

"Kau ingat aku sempat ke nak main-main. Aniq tu betul-betul tinggalkan geng kita sebab perempuan tu. "Marah Zarif sambil tangannya menghayun pisau ke kiri dan kanan, memotong semak samun yang menghalang laluan. Iskandar mengeluh. Dia mula merasakan yang Aniq sangat bodoh kerana mencabar kemarahan Zarif. Zarif itu sangat bahaya orangnya. Dia sudah membunuh satu nyawa tetapi nasibnya sangat baik kerana tidak dapat dikesan pihak polis.

Aniq sememangnya orang kuat geng mereka. Tanpa Aniq, bila-bila masa sahaja geng mereka akan kalah apabila berlawan dengan pihak lain nanti. Kekuatan Aniq dan Zarif sama rata. Cuma beberapa hari ni, Aniq kelihatan lemah. Sangat lemah. Zarif memang memikirkan hal itu.

Kali ini, dia nekad. Dia akan mensabotaj pendakian mereka. Dia mahu perempuan itu mati agar Aniq kembali ke kumpulannya. Satu pembunuhan yang telah dia lakukan membuatkan dia semakin ingin melakukannya lagi. Kononnya dialah yang paling hebat.

"Macam mana kita nak buat diorang terjun gaung tu? " Soal Haikal sambil langkahnya masih diatur mengekori Zarif.

" Aku dah susun plan aku." Zarif terus merapatkan dirinya dengan Iskandar dan Haikal. Mulutnya mula menerangkan satu persatu rancangan yang sudah diaturnya. Iskandar berasa tidak sedap hati. Aniq sangat rapat dengannya. Disebabkan dia tidak berani dengan ugutan Zarif, dia terpaksa ikut.

***

Kelopak matanya cuba dibuka perlahan-lahan. Renjisan air yang menyentuh kulit mukanya menganggu tidur lena Aniq. Aniq mengesat wajahnya dengan tangan.

"Hujan ke?" Soal Aniq sambil matanya masih tidak terbuka sepenuhnya.

"Hujan kau! Dah sampailah, cepat bangun!" Wani mencurahkan sedikit air ke dalam tapak tangannya lalu direnjis kan di wajah Aniq. Aniq serta merta terbangun.

"Yelah, dahlah main air." Ujar Aniq dengan suara yang masih serak. Wani tersengih. Ditutup botol itu dengan tudung lalu diletakkan di dalam beg kecil Aniq.

Sebaik sahaja bas mereka berhenti, semua pelajar berpusu-pusu turun dari bas masing-masing. Wajah Aniq kelihatan bosan dengan keadaan sekeliling. Sangat hijau dan menenangkan. Wani menghirup udara tersebut sepuasnya.

"Aniq, tinggi kan bukit tu." Wani menunding kan jarinya ke puncak bukit tersebut. Aniq menguap kecil. Kenapalah si Wani ni teruja sangat sedangkan dirinya betul-betul malas sekarang. Mahu sahaja dia kembali ke dalam bas dan menyambung tidurnya. Sudahlah dia harus bermalam di hutan ini nanti. Sungguh menyeksakan.

"Kau ni kan , cubalah semangat sikit." Tegur Wani lantas dia menarik hujung baju Aniq, membawanya masuk ke dalam barisan. Semua pelajar sudah berkumpul dengan sangat disiplin. Penjaga bukit itu sangat teruja dengan pelajar-pelajar yang patuh pada arahan.

"Semua sihat?" Laung penjaga itu dengan kuat.

"Sihat!" Serentak dijawab oleh semua pelajar.

"Sebelum kita mulakan, saya mahu terangkan sikit peraturan sepanjang pendakian nanti. Hutan di sini sangat tebal. Kamu harus berhati-hati dan mendaki mengikut anak panah yang sudah dipaku di pokok. Ingat, terdapat banyak gaung di sini. Sekiranya kamu terjatuh ke dalam, kamu tak akan temukan jalan keluar lagi. Tapi saya tak rasa kamu semua akan terjatuh kerana laluannya saya sudah susun dengan elok. Semua beg-beg kamu harus ditinggalkan di bawah. Kami akan agihkan beg kecil dari pihak kami kepada kamu semua. " Semua pelajar bersorak keriangan kerana mendapat sebuah beg galas kecil yang sangat menarik. Di dalamnya terisi kotak kecil peti kecemasan, dua botol air mineral dan dua peket biskut serta dua peket roti coklat.

"Wah, best nya!" Wani memeluk beg kecil yang dia dapat. Dia mula tidak sabar ingin mendaki.

"Beg je pun." Sampuk Aniq sambil membelek-belek beg yang dia peroleh. Wani memuncungkan mulutnya.

"Ingat comellah tu muncung-muncung. Cium kan baru tahu." Usik Aniq lantas dia turut memuncungkan mulutnya. Wani mencebik.

"Gatal! " Wani terus menuju ke arah Irdina yang turut kelihatan teruja. Aniq tersengih.

"Hai, aku Zafran."  Tiba-tiba sahaja, Zafran menyapa Aniq dengan ramah. Aniq terkejut. Tidak pernah-pernah pelajar bijak seperti Zafran menegurnya. Aniq tersenyum kelat. Tangan yang dihulur Zafran disambutnya.

"Aku Aniq. " Balas Aniq pula.

"Kau kelas mana?" Soal Zafran, sekadar mencipta topik untuk berbual.

"5D.. kau?"

"5A." Aniq tersengih. Sekelas dengan Wani rupanya.

" Kau hiking dengan siapa nanti?" Soal Zafran ingin tahu. Lagipun dia tiada teman untuk mendaki bersama.

"Dengan Wani rasanya. Kenapa?" Soal Aniq pula. Zafran kelihatan mengeluh. Padahal mereka berlima mendaki bersama juga nanti.

"Saja tanya. " Aniq hanya mengangguk perlahan. Tiba-tiba, penjaga bukit tersebut kembali ke hadapan mereka.

"Kita dah boleh mulakan pendakian. Pendakian ini memakan masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Siapa yang give up atau sakit cepat-cepat duduk di tepi dan rehat. Kami akan sentiasa memantau keadaan. Kumpulan 1 boleh mulakan dahulu." Terang penjaga itu dengan jelas. Semua pelajar sudah tidak sabar-sabar lagi mahu bergerak.

Beberapa saat kemudian, kumpulan Wani akhirnya memulakan pendakian. Pada mulanya, laluan di situ tidak mencabar. Namun semakin lama, laluannya semakin sukar. Setengah jam sudah berlalu, Wani masih kelihatan cergas, padahal Aniq sudah termengah-mengah mengekori mereka.

"Wani, tunggu aku." Aniq termengah-mengah memanggil Wani. Wani menghentikan langkahnya, ditoleh ke belakang. Ketawa kecil Farah dan Irdina kedengaran. Wani tersenyum.

"Korang pergi dulu dengan Zafran, nanti aku sampai dengan Aniq." Irdina dan Farah mengangguk lantas mereka meneruskan perjalanan. Wani langsung tidak kisah sikap Aniq begitu. Lagipun Aniq baru sahaja mencuba. Dia harus menyokong walaupun Aniq sering menyakat nya.

"Kau ok tak?" Soal Wani sambil mencangkung di tepi Aniq yang sudah duduk termengah-mengah.

"Kau ni manusia ke apa. Kau tak penat ke?" Ujar Aniq lantas dia meneguk air mineralnya. Beberapa orang pelajar yang lalu dihiraukan Aniq. Lantaklah diorang nak kata apa. Wani tersengih.

"Kau dah give up ke?" Soal Wani.

"Takde lah give up. Aku nak rehat sekejap. " Ujar Aniq lantas dia membuka kasut di kaki kanannya. Kakinya berasa sakit, tetapi dia masih mampu menahan. Dibelasah dengan teruk lebih sakit.

Wani akhirnya membuat keputusan untuk menemani Aniq. Rating-ranting kayu di hadapannya di main-mainkan.

"Tolong.." suara seseorang meminta tolong sayup-sayup kedengaran di telinga Wani. Wani menoleh ke belakang. Hutan. Cuma selang beberapa meter , ada gaung yang dalam di situ. Wani memandang ke arah Aniq.

"Kau dengar tak?" Soal Wani dengan wajah yang was-was. Bukan apa, seram sangat suara tu. Lagi-lagi di dalam hutan yang sunyi. Aniq mengangkat kening.

" Dengar apa?"

"Tak ada apa-apa lah. " Wani membuat keputusan untuk menyembunyikan nya. Mungkin perasaannya sahaja.

"Tolong...aku.." suara itu kedengaran semakin jelas. Kali ini Wani dan Aniq saling berpandangan.

" Kau dengar kan?" Soal Wani mula takut. Aniq menoleh ke belakang. Dia perlahan-lahan bangun lalu menjenguk ke dalam gaung tersebut.

" Rasanya dalam gaung ni." Bisik Aniq. Wani menyorok di belakang Aniq. Bahu Aniq dipegang kemas.

" Siapa minta tolong. Aku takutlah..." Luah Wani, takut. Tangannya mula sejuk. Tambahan lagi, pelajar-pelajar yang lain sudah tidak kelihatan melalui di kawasan itu. Mungkin semuanya sudah di atas.

" Aku rasa ada orang jatuh lah dalam ni." Aniq membuat andaian, dia menurunkan kakinya ke bawah.

"Kau nak buat apa?!" Wani menengking dalam keadaan berbisik.

"Aku nak tengok siapa yang minta tolong. " Balas Aniq dalam keadaan berbisik juga. Wani mengucap dalam hati. Kenapalah Aniq ni tak takut dengan bahaya langsung. Memang tak takut mati ke apa. Wani masih memegang erat baju Aniq.

Tiba-tiba, baju Aniq terlepas dari pegangan Wani. Wani terkejut apabila tubuh Aniq terjatuh ke bawah. Aniq tidak menjerit seolah-olah dia selamat sampai ke bawah. Wani mula gelisah. Apa lah yang bodoh sangat Aniq ni.

"Aniq, kau okey tak?" Jeritan Wani bergema.

" Aku okey, kau nak turun ke tak?" Balas Aniq diikuti soalan. Wani memikir sejenak. Penjaga tadi sudah memberi amaran agar berhati-hati dan jangan bermain-main di sekitar gaung. Patutkah dia turun?

"Bahaya tak?" Soal Wani, was-was.

"Tak.." Aniq menjawab sepatah. Wani akhirnya akur. Sudah dilupakan semua nasihat penjaga tadi, kedua-dua kakinya diturunkan. Selepas kalimah bismillah disebut, dia terus menerjunkan dirinya ke bawah. Jeritan Wani bergema. Gaung itu sangat dalam. Bagaimana Aniq boleh sampai ke bawah.

Tubuhnya terus berhenti bergelongsor betul-betul di kaki Aniq. Aniq terkejut.

"Kau okey tak?" Soal Aniq mula risau. Kedua-dua tangan Wani ditarik dengan kuat. Serta merta Wani terbangun. Kuat betul Aniq ni. Wani mengibas-ngibas bajunya yang penuh dengan debu dan habuk. Tidak tahulah jika dirambutnya. Entah-entah sudah bersarang dengan daun-daun kering dan tanah-tanah kecil.

"Aku rasa suara tadi kat sini." Ujar Aniq sambil melilaukan matanya ke sekeliling. Wani terus mendekatkan dirinya ke arah Aniq. Dia sangat takut, semak samun di sini sangat tinggi.

"Penakut sangat lah kau ni. Bukan ada apa-apa pun kat sini. " Bebel Aniq apabila Wani masih memegang kemas hujung bajunya. Wani tersengih kelat. Dia memang sangat takut. Bagaimana sekiranya tiba-tiba ada binatang buas menyerang?

"Eh, Aniq. Mana tempat kita turun tadi?" Soalan yang diajukan Wani menarik perhatian Aniq. Aniq menoleh ke belakang. Hanya pokok-pokok dan semak samun yang sangat tinggi. Mungkin ada di situ tetapi mereka tidak perasan. Wani mula risau.

Aniq perlahan-lahan melangkah kembali ke tempat mereka jatuh tadi. Semakin dia melangkah, semakin meninggi dan curam tanah yang dijejaki. Aniq menghela nafas lega. Masih ada cuma disebabkan semak samun yang tebal, ia tidak kelihatan.

"Ada lagilah. Sekarang kita kena cari suara tu." Wani menelan air liur kesat. Menyesal betul dia turun ke bawah ini, mengikut Aniq.

"Tapi kan, bila kita turun suara tu dah takde. " Ujar Wani dengan fakta yang masuk akal. Aniq berfikir sejenak.

"So, macam mana? Nak naik semula?" Soalan Aniq sangat mengembirakan Wani.

"Kita naik semula lah." Balas Wani dengan senyuman yang berharap. Aniq mengeluh halus. Dia akhirnya menurut sahaja jawapan Wani. Namun, belum sempat mereka melangkah, mulut mereka berdua ditutup dengan kain. Wani memang tidak boleh melawan. Dia cuba menjerit sedaya upaya tapi tidak kedengaran. Tubuhnya sudah dipeluk kemas oleh seseorang. Beberapa saat kemudian, pandangannya mula kelam. Begitu juga Aniq, Aniq dipeluk kemas oleh dua orang yang cuba menutup mulutnya. Dia akhirnya kalah juga. Beberapa saat kemudian, dia rebah ke tanah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience