BAB 9

Romance Completed 8149

" Izara, tolonglah faham...Abang cuma anggap Izara sebagai adik abang saja. Tak lebih dan tak kan pernah lebih!" tegas Aliff Danial.

"Sebab abang suka perempuan berpurdah tu kan? Abang, Izara rasa perempuan tu bukan perempuan baik-baiklah abang...Yelah abang, logik ke perempuan baik ada kat hutan? Dah la tu, bersendirian. Abang tak syak apa-apa ke?" provok Izara.

"Isy, Izara ni! Jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak? Kita tak tahu apa sebenarnya tujuan dia, jadi kita tak boleh nak tuduh dia sesuka hati." balas Aliff Danial.

"Abang nak tahu tak muka dia macam mana ?" tanya Izara.

"Abang tak perlu tahu semua itu, wajahnya, dan auratnya biarlah menjadi rahsia. Itu hak dia. Abang ni lelaki ajnabi bagi dia..Jadi abang tak nak apabila Izara beritahu abang, abang akan jatuh cinta dengan keindahan wajahnya bukan dengan keperibadian mulia yang dia ada.." ujar Aliff Danial, ikhlas. Benar dia ingin mencintai Puteri Salsabila Furqan kerana akhlak, dan agamanya bukan kerana kecantikkan wajahnya. Dan, dia hanya akan mencintai Puteri Salsabila Furqan apabila gadis berpurdah itu sudah menjadi miliknya yang halal. Puteri Salsabila Furqan yang sejak tadi menjadi pendengar setia terharu dengan kata-kata Aliff Danial.

'Ya Allah, jika benar dia untukku...Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku damaikan hatiku dengan ketentuan-Mu' sempat Puteri Salsabila Furqan berdoa. Dia tidak mahu terlalu berharap. Tiba-tiba dia tersedar ! Dia hampir lupa dengan hakikat sebenar! Ya Allah...

" Abang ni! Bukan tu maksud Izaralah abang! Abang nak tahu tak muka dia tu, hodoh!" lancang mulut Izara mengeluarkan kata-katanya.

Puteri Salsabila Furqan terkedu. Astagfirullahalazim..Puteri Salsabila Furqan berisgtifar di dalam hati. Dalam menahan sabar di hati, dia juga tertanya-tanya apakah respon yang akan diberikan oleh Aliff Danial.

"Izara, abang bukanlah lelaki yang mementingkan rupa paras semata-mata. Yang paling penting, hati. Abang lebih suka seorang yang hatinya suci dan bersih. Biarlah secantik mana pun seseorang gadis, kalau hati dia kotor dan mempunyai hasad dengki terhadap orang lain pun, tak guna juga kan?'' bidas Aliff Danial. Selamba. Lalu melangkah pergi meninggalkan Izara yang terpingga-pingga.

Puteri Salsabila Furqan menyembunyikan senyum disebalik niqabnya. 'Sungguh bijak sekali lelaki itu berkata-kata,' buat kali keduanya hati Puteri Salsabila Furqan terpikat!

Tiba-tiba terdengar pintu bilik diketuk. Puteri Salsabila Furqan terkejut. Puteri Syafiyyah membuka pintu perlahan. Mak Temah berada di hadapan pintu sambil tersenyum. Di tangannya terdapat beberapa helai baju yang dilipat kemas.

" Ambillah baju ni..Pergi mandi! Bilik air ada dibelakang rumah ni. Jangan risau, Aliff Danial dah ke hutan tadi. Nak pergi cari herba katanya. Pak Ali ada dalam bilik, tengah tidur.." kata Mak Temah sekaligus mengurangkan rasa bimbang di hatiku. Macam tahu-tahu je Mak Temah ni.

" Terima kasih Mak Temah kerana begitu memahami," ucap Puteri Syafiyyah Amani. Ikhlas dan terharu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience