BAB 2

Romance Completed 8149

“ Betul tu kanda , tapi tindakan anakanda tu telah menyebabkan satu Damaiputra gempar . Malu dinda dengan Permaisuri negara-negara lain . Mereka tentu menyangka kita tidak pandai mendidik seorang puteri untuk menjadi pemerintah yang bagus…” keluh Permaisuri Afifah . Benar katanya itu… Beberapa orang permaisuri mula berkata-kata sesama mereka . Apa yang mereka tahu , seorang Puteri yang berhijab telah melarikan diri ! Tetapi sebab apa ? Hanya beberapa orang tertentu sahaja yang berhak mengetahuinya . Permaisuri negara lain mula menyisihkan Permaisuri Afifah . Haii , dunia kerabat pun ada sisih-menyisih ka ? Lumrah alam sebenarnya !

“ Adinda tak perlu bimbang , kanda tahu anakanda kita itu tentu boleh menjaga dirinya sendiri . Lagipun mungkin ini pun disebabkan oleh salah kita . Sudah-sudahlah tu , mari kita tidur sayang ,’’ kata Raja Ahmed Hassan sekadar untuk menyedapkan hatinya sendiri serta isterinya . Bapa mana yang tidak bimbang apabila anak dara suntinya melarikan diri . Melarikan diri ke hutan pula tu . Haishh !

“ Uhuk .. Uhuk.. Aik , kenapa tiba-tiba aku terbatuk ni ? Alahai , ini mesti bonda dan ayahanda yang mengata aku ni . Ya Allah , ampunkanlah hambamu ini kerana menyakitkan hati kedua ibu bapanya sendiri . Aku tidak berniat untuk memberontak namun aku perlu pergi untuk kebaikan diri aku sendiri . Argh , bila aku sudah bersedia… Aku akan kembali ke istana untuk memohon ampun dari mereka . “ Gumam Puteri Salsabila Furqan perlahan .

Kuda yang dinaikinya ditambat di sebatang pokok besar di tepi sungai . Dia berhenti untuk berehat sebentar . Keadaan yang tadinya siang sudah berginjak ke malam hari . Puteri Salsabila Furqan duduk di tepi kudanya sambil ditemani cahaya bulan yang bersinar malap-malap sahaja pada malam ini .

“ Dragon , betulkah apa yang beta lakukan ni ? Adakah tindakan beta ini hanya akan menyakitkan hati banyak pihak ? Beta sendiri bimbang ! Bimbang dengan segala kemungkinan yang akan berlaku ,” Puteri Salsabila Furqan berkata-kata . Kudanya hanya mampu menggeleng . Macamlah kuda itu faham dengan apa yang dikatakannya . Puteri Syafiyyah sangat menyayangi Dragon . Dragon merupakan kuda yang dihadiahi bondanya pada hari lahirnya yang ke empat belas , 10 tahun dulu . Sejak dari itu , dia sanggup belajar cara-cara menunggang kuda agar tidak menghampakan kedua ibu bapanya . Itulah Puteri Salsabila Furqan. Sejak kecil dia diasuh untuk menjadi seorang anak gadis yang sopan , menjaga batas auratnya , menjaga tingkah lakunya , dan … mengembirakan hati kedua ibubapanya . Tapi setelah umurnya genap dua puluh empat tahun , dia melakukan sesuatu yang sangat memalukan dan menghampakan kedua ibubapanya .

“ Ahhh ! Peningnya beta Dragon . Adakah beta patut pulang saja ? “ Puteri Salsabila Furqan akhirnya terlelap dengan pelbagai rasa dihati . Rasa bersalah , rasa geram , rasa takut dan rasa berdebar . Mengapa debar ini mesti ada didalam hatinya ??

Matahari mula menampakkan dirinya , menyuluhkan cahayanya di seluruh alam . Puteri Syaffiyah Amani terjaga . Matanya digosok perlahan . Drogan sedang meragut rumput yang berada di sekitarnya . Dia menuju ke sungai dan membasuh mukanya beberapa kali .

“ Aduhai , terlajak tidurlah . . Selamat hari ini aku cuti . . Aku harus memulakan perjalanan aku . Aku ingin mencari tempat tinggal . Mungkin di hilir sungai ini ada kawasan petempatan .” kata Puteri Salsabila Furqan pada bayang-bayangnya di dalam sungai .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience