BAB 8

Romance Completed 8216

Suasana di meja makan yang pada mulanya tenang menjadi hangat apabila Izara berkata demikian. Puteri Salsabila Furqan hanya mendiamkan diri...Dia tahu, jika dia bersuara keadaan tentu akan menjadi lebih rumit. Akhirnya semua makan dengan diam dan tidak mengeluarkan suara sedikitpun. Tetapi dalam diam, kelakuan Aliff Danial memikat hati wanitanya.

Aliff Danial kelihatan begitu sabar melayan kerenah Pak Ali. Pak Ali dikata lumpuh separuh badan. Separuh badannya boleh berfungsi dan separuh lagi langsung tidak berfungsi. Tangannya tidak dapat menampung beban yang berat. Oleh itu, Aliff Danial yang menyuapkannya makanan. Walaupun ada ketikanya Pak Ali meluahkan makanan tersebut, Aliff Danial dengan tenang akan mengelap bibir Pak Ali dengan ibu jarinya. Tidak timbul perasaan jijik dan membebankan bagi Aliff Danial dalam melayan kerenah Pak Ali.

Mak Temah hanya melihat daripada jauh. Anak angkatnya itu terlalu baik. Bahkan anak kandungnya,Izara pun tak sebaik itu. Sanggup menjaga makan pakai suaminya itu. Semuanya sempurna dan mudah setelah kedatangan anak muda itu sejak dua bulan yang lalu...Dia dah terlalu banyak berhutang budi dengan Aliff Danial. Entah bagaimana lagi harus dia membalas jasa anak muda itu. Mak Temah mengusap air mata yang mengalir perlahan di pipinya. Takut jika orang lain perasan dengan kehadiran air mata yang tidak diundang itu.

**************

Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan tengah hari sebentar tadi, Puteri Salsabila Furqan membawa diri ke bilik yang dikhaskan untuknya. Bilik tersebut sebenarnya bilik Aliff Danial. Dia hanya menumpang di bilik itu sebentar sahaja untuk merehatkan badan. Hal ini kerana rumah usang itu hanya mempunyai tiga bilik. Satu untuk Aliff Danial,satu untuk Pak Ali dan Mak Temah dan satu lagi untuk anak dara mereka, Izara. Izara membantah dengan sekerasnya apabila Mak Temah menyuruhnya berkongsi bilik dengan Puteri Syafiyyah Amani, akhirnya Aliff Danial menawarkan biliknya kepada Puteri Syafiyyah Amani. Puteri Salsabila Furqan bersetuju setelah didesak oleh Mak Temah. Izara sudah menarik muka.

' Ya Allah, sepertinya kedatangan aku disini tidak disukai oleh Izara. Tindakan dia yang dingin terhadapku membuatkan aku sedar bahawa aku tidak diperlukan lagi disini...' cetus hati Puteri Salsabila Furqan sambil membaringkan dirinya di atas katil perlahan-lahan. Kakinya masih sakit.

'Ya Allah, kenapa Aliff Danial begitu mempersonakan di mataku ? Adakah ini jodoh dari-Mu atau permainan nafsu? Aku buntu...'

Puteri Salsabila Furqan terjaga daripada lena apabila terdengar suara orang sedang bercakap di hadapan tingkap bilik Aliff Danial merangkap biliknya sekarang. Izara! Dia kenal sangat suara Izara...

Perlahan-lahan dia mendekati tingkap tersebut setelah bersusah-susah untuk bangun sebentar tadi. Dengan keadaan yang mamai dia memperbetulkan niqabnya.

" Abang Aliff, apa kurangnya Izara ni? Kenapa Izara tak boleh jadi isteri abang hah ?" tanya Izara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience