BAB 11

Romance Completed 8149

“ Ya Allah!” Puteri Salsabila Furqan kenal benar dengan suara itu. Ya, suara tunangnya. Raja Mursyid bin Raja Aminul.

“ Siapa kamu ?” terdengar suara Aliff Danial bertanya.

“ Beta dan pengawal-pengawal beta sedang mencari seorang gadis berpurdah yang menunggang seekor kuda hitam. Beta lihat ada seekor kuda hitam di sini !” jelas Raja Mursyid.

“ Ha…Kan Izara dah kata tadi! Perempuan tu bukannya perempuan baik-baik. Kenyataan sudah terpampang depan mata abang oi!” sampuk Izara. Mengambil peluang yang tersedia.

“Oh, kamu semua yang menyembunyikan dia ya ? Kembalikan dia atau kamu semua beta bunuh sekarang!” tempik Raja Mursyid.

“Taa…k, Tak..Kami tak sembunyikan dia, tadi dia cedera! Abang Aliff membawanya pulang untuk dirawat!” jelas Izara.

“Pergi! Dia tiada disini!” jerit Aliff Danial. Puteri Salsabila Furqan tersentak. Mengapakah Aliff Danial masih mahu melindunginya sedangkan nyawanya , nyawa Mak Temah dan Pak Ali! Nyawa Izara apatah lagi.

“ Abang!” panggil Izara.

“Ah…Beta tak peduli sama ada dia ada atau pun tidak! Geledah rumah ni sekarang! Kalau perlu bunuh sahaja jika ada yang mengganggu!” arah Raja Mursyid.

“Tunggu,” Puteri Salsabila Furqan menyerah diri. Dia tidak mahu keluarga Aliff Danial menjadi mangsa kerakusan Raja Mursyid. Tunangannya memang terkenal dengan sikap kejam dan tidak berhati perut. Puteri Salsabila Furqan masih lagi tidak mengerti mengapakah dia yang harus dikahwinkan dengan raja yang kejam itu. Mungkin Allah telah mengaturkan yang terbaik untuknya.

Semua mata tertumpu ke arah Puteri Syafiyyah Amani. Lebih-lebih lagi sepasang mata milik Aliff Danial. Mata itu tajam memandangnya.

“Hei perempuan! Kau memang bawa sial kan?!” jerit Izara sambil meluru ke arah Puteri Syafiyyah Amani. Namun begitu, Aliff Danial sempat menarik tangan Izara sebelum Izara bertindak lebih jauh.

“ Silakan Puteri…” kata salah seorang pengawal yang datang bersama Raja Mursyid sebentar tadi.

“Puteri?” sayu suara Aliff Danial bertanya...

Puteri Salsabila Furqan diam. Dia langsung tiada kekuatan untuk menerangkan segala-galanya. Biarlah semua ini menjadi rahsianya. Puteri Salsabila Furqan tidak mahu orang lain menjadi mangsa atas tindakannya ini. Dia harus tabah walaupun hatinya kini terbuka sedikit demi sedikit untuk jejaka yang bernama Aliff Danial… Tapi mungkin jodohnya bukan dengan Aliff Danial sebaliknya Raja Mursyid itu.. Dia harus terima ini.. Puteri Salsabila Furqan mengambil keputusan untuk kembali ke istananya bersama Raja Mursyid. Keluarga Aliff Danial kelihatan sedih dengan pemergian Puteri Syafiyyah Amani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience