BAB 1

Romance Completed 8149

HAIZUM, Kuda yang ditunggangi oleh Puteri Salsabila Furqan mula kepenatan setelah seharian menabur bakti kepada tuannya . Kerudung biru muda yang dipakai Puteri Salsabila Furqan kebasahan dek peluhnya sendiri . Sejak pagi dia membawa dirinya keluar dari istananya yang tersergam di tengah-tengah Negara Damaiputra .

Sungguh dia maklum bahawa kepergiaanya kali ini akan menimbulkan kekecohan yang amat besar di Negara Damaiputra namun kali ini dia terpaksa pergi .

Pergi demi kebaikan dirinya sendiri . . Kain kecil yang menutup sebahagian mukanya yang hanya menampakkan matanya dibuka perlahan setelah dia yakin bahawa tiada siapa lagi yang berada di kawasan itu melainkan dia dan kudanya .

Peluh dimukanya dilap perlahan dengan sapu tangan yang disimpan di koceknya . Terbit rasa bersalah kerana meninggalkan Negara Damaiputra dan lebih-lebih lagi apabila mengenangkan bertapa kecewa ayahanda dan bondanya .

“ Tuan Puteri Syafiyyah !” laung seseorang bersama beberapa orang pengawal berkudanya .

‘ Alamak , cepatnya mereka ni … Tak reti penat ke ? Matilah beta kali ni… Arh !’ rungut Puteri Salsabila Furqan perlahan . Kudanya sudah berlari laju dek terkejut oleh sentakan kaki tuannya .

“ Tuan Puteri ! Tunggu !’’ laungnya lagi namun kali ini Puteri Salsabila Furqan sudah tidak kelihatan . Hanya kelihatan satu kawasan hutan yang sunyi sepi tanpa bunyi-bunyian dari serangga mahupun binatang . Sangat sunyi .

Pengawal tentera yang mengejar Puteri Safiyyah Amani tadi mula berpatah balik . Ingin mengabarkan berita kepada Raja Ahmed Hassan bin Hussin dan Permaisuri Afifah binti Raja Rashidi tentang apa yang telah berlaku .

Raja Ahmed Hassan dan Permaisuri Afifah berada di kamar mereka sambil berbincang mengenai anakanda mereka yang melarikan diri .

“ Kanda , adinda rasa sungguh risau dengan anakanda kita yang satu itu…” Permaisuri Afifah berkata sambil melabuhkan punggung di sofa yang berada berdekatan dengan katilnya .

“ Kanda juga begitu dinda …” Raja Ahmed Hassan berkata .

“ Kanda lebih risau apabila anakanda kita melarikan diri dengan menuggang kuda , nampaknya dia tidak akan pergi ke kawasan bandar sebaliknya ke kawasan hutan yang sesetengahnya belum kita terokai .” sambungnya .

“ Kanda… Mengapa anakanda kita tidak menggunakan kereta yang telah kita khaskan padanya ? Aduh , risau rasanya hati dinda…”

“ Mungkin dia tidak mahu kita mencarinya , dengan GPS yang terdapat pada kereta tersebut akan memudahkan kita menjejakinya . Hai, bijak sungguh anakanda kita itu …”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience