BAB 7

Romance Completed 8151

Meja yang mempunyai empat buah kerusi itu penuh dengan kehadiran Pak Ali, Aliff Danial,Izara, dan Mak Temah. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk makan dibawah sahaja. Ya, di atas lantai. Puteri Salsabila Furqan langsung tidak berasa kekok dengan keadaan tersebut. Walaupun pangkatnya sebagai Tuan Puteri Negara Damaiputra namun dia boleh membiasakan diri dengan keadaan sekelilingnya. Begitu baik didikan daripada kedua orang tuanya.

"Amani...boleh mak cik tanya sikit?" ujar Mak Temah.

"Boleh mak cik.." balas Amani pula.

"Maaflah kalau pertanyaan mak cik ini akan membuatkan Amani kecil hati.." tambah Mak Temah sebelum meneruskan pertanyaannya.

" Tak apa lah mak cik. In sha Allah saya tak kan marah," kata Puteri Syafiyyah Amani.

Aliff Danial yang sedang membasuh tangannya mengambil tempat bersebelahan Pak Ali setelah selesai. Perbualan Mak Temah dan Amani telah menarik perhatian Izara dan Aliff Danial. Manakala Pak Ali hanya berdiam seribu bahasa. Sakit yang membuatkannya lebih selesa mendiamkan diri. Izara menghulurkan sepinggan nasi kepada Aliff Danial. Nasi sengaja dibubuh banyak kerana Izara tahu Aliff Danial akan menyuapkan ayahnya makan. 'Asyik-asyik ayah! Aku ni, dia tak nak layan langsung!' bentak hati Izara.

"Sebenarnya mak cik nak tanya, kamu tak rimas ke pakai purdah ni? Mak cik nampak macam panas je?" tanya Mak Temah. Jujur.

"Mak Temah, memakai purdah kena ikhlas. Kalau hati kita ikhlas, apa kelebihan dan kekurangan memakai purdah ini kita boleh terima dengan seadanya..Saya pakai purdah ni bukan untuk tunjuk baik pada orang lain atau mengikut trend zaman sekarang tetapi untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan. Malahan, memakai niqab ini juga dapat mengelakkan fitnah. In shaa Allah, jika kita ikhlas..Allah akan permudahkan segalanya," terang Puteri Syafiyyah Amani.

" Yakah? Bukan kau melarikan diri ke? Baik kau terus-terang saja dengan kami,kami tak bodoh la untuk menilai semua ni. Kau pakai purdah sebab nak sembunyikan wajah kau yang sebenarkan?" tempelak Izara tiba-tiba.

" MasyaAllah Izara! Kenapa tuduh Cik Amani macam tu? Kamu tahukan fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh?!" suara Aliff Danial tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience