BAB 6

Romance Completed 8149

" Allahuakhbar..." kata lelaki tadi sambil mengangkat takbir. Aliff Danial menjadi imam kepada dua orang jemaah. Salah satu daripada jemaah tadi ialah seorang tua yang duduk di atas kerusi. Mungkin dia terlalu uzur untuk bersolat sambil berdiri. Seorang lagi ialah jemaah perempuan...

" Kau tak solat?" tanya gadis yang ku lihat setelahku terjaga daripada pengsan.

" Saya uzur..." jelas Puteri Syafiyyah Amani.

" Oh! Untuk pengetahuan cik...Abang Aliff yang bawa kau balik tadi. Dia kata kau kena patukan ular. Betul ke? Ke kau pura-pura pengsan sebab nak pikat Abang Aliff?" serkap gadis itu.

" Astafirullahalazim dik, kakak tak ada niat pun !" bantahku.

" Eleh..boleh percaya ke cakap kau ni? Kau ni apa hal berpurdah-purdah segala? Kau ni penyamun yang melarikan diri ke? Dah la pakai purdah..Naik kuda, tengah-tengah hutan..Bersendirian pula tu. Kau tak takut ke?" tanya gadis itu. Puteri Salsabila Furqan menahan sabar. Ini sudah keterlaluan. Sabar Fiyyah. Sabar..

" Terpulang kepada adik lah! Kakak ada Allah di sisi kakak. Jadi akak tak perlu takutkan apa-apa.." kata Puteri Salsabila Furqan tenang.

"Cik Amani , Izara...Kenapa ni ? Ada apa-apa yang boleh abang tolong? Abang dah habis solat. Err..Izara, ayah nak mandi tu.." kata Aliff Danial sambil menunjuk ke arah Pak Ali yang sudah siap sedia untuk mandi.

" Mana ibu? Kenapa ibu tak mandikan ? Isy,menyusahkan betul!" Izara membentak sambil membebel.

" Ibu tengah hidangkan makanan tengah harilah!" Aliff Danial menerangkan kepada Izara yang sedang membebel. Walaupun sudah dijelaskan, Izara tetap memberontak.

" Encik..Terima kasih sebab selamatkan saya, saya perlu bertolak sekarang" kata Puteri Syafiyyah Amani.

" Sama-sama. Saya tolong awak ikhlas. Tak mengharapkan apa-apa balasan pun.Jangan pergi lagi..Luka di kaki Cik Amani belum betul-betul sembuh. Jika Cik Amani berjalan jauh,kemungkinan besar bengkak di kaki Cik akan lebih teruk.." ujar Aliff Danial.

' Saya ingin berkenalan dengan awak.' detik hati Aliff Danial.

" Nak..Janganlah pergi lagi..Makanlah di rumah makcik dahulu. Rehatlah dan buat seperti rumah anak sendiri," kata seorang perempuan yang separuh umur. Pakaian serba ringkas dan bersih. Mukanya kelihatan berseri-seri selepas solat. Puteri Salsabila Furqan tidak sanggup untuk menolak.

"Baiklah makcik...Terima kasih," ujar Puteri Salsabila Furqan.

' Yes,yes,yes !' hati Aliff Danial girang. Tetapi wajahnya tetap kekal selamba.

"Makanlah nak, buat macam rumah sendiri..." kata Mak Temah sambil menghulurkan sepinggan nasi kepada Puteri Syafiyyah Amani.

"Terima kasih mak cik!" kata Puteri Syafiyyah Amani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience