BAB 4

Romance Completed 8149

“ Cik dah sedar ? Maaflah , saya terpaksa buka hijab cik tadi … sebab badan cik panas sangat . Maafkan saya ,” tutur seorang gadis yang hampir sebaya dengannya . Gadis itu tertunduk apabila mereka mereka bertamu .

Puteri Salsabila Furqan beristifar panjang apabila melihat pakaian gadis tersebut . T- shirt yang berlengan pendek itu hanya dipadankan bersama kain batik yang berbunga-bunga kecil .

‘ Ahh , mungkin dia tinggal bersendirian .’ getus hati Puteri Salsabila Furqan.

“ Tak apalah adik , terima kasih sebab selamatkan saya,” kata Puteri Salsabila Furqan.

“ Eh , tak ada maknanya aku nak selamatkan kau , Abang Aliff tu yang selamatkan kau” tutur gadis tersebut .

‘ Amboi , tadi bukan main lemah lembut lagi . Pijak semut pun tak mati semut tu , dah nyawa-nyawa semut la’ Puteri Salsabila Furqan bergumam lagi .

“ Ohh , ucapkan terima kasih kepada beliau bagi pihak saya ya,” Puteri Salsabila Furqan masih lagi mengekalkan keayuan dan kesopannya kerana memikirkan bahawa dia sedang menumpang di rumah gadis tersebut .

“ Ucaplah sendiri , isy,” gadis itu keluar dari bilik dengan bongkaknya .

“ Suka hati kaulah labu ,”

Puteri Salsabila Furqan membuat keputusan setelah beberapa minit berfikir . Dia seharusnya pergi meninggalkan rumah ini . Nampak gayanya , gadis tadi terang-terangan menunjukkan dia tidak suka dengan kehadiran Puteri Salsabila Furqan disini . Kain kecil yang menutup mukanya dipakai kembali . Namun , sebelum kakinya sempat menjejak lantai sejuk rumah itu dia mengaduh sendirian.

“ Ah ,sakitnya. .” rungut Puteri Syafiyyah perlahan . Kaki sedikit bengkak akibat bias ular tersebut . Namun sempat lagi Puteri Syafiyyah mengucap syukur kerana dia telah diselamatkan . Tak sanggup rasanya mati dalam keadaan derhaka kepada bonda dan ayahandanya .

Puteri Salsabila Furqan tetap bangun perlahan-lahan dan menuju ke biliknya . Rumah batu itu kelihatan baru namun dekorasi dalamannya masih lagi mengekalkan cirri-ciri tradisional . Dia memandang sekeliling sambil berjalan dengan perlahan-lahan . Senyap sunyi rumah tersebut , hanya kedengaran bunyi sesuatu diasah . Tanpa menunggu lagi , dia mencari-cari dia mana bunyi itu datang . Setibanya di hadapan pintu rumah tersebut , dia melihat sesusuk tubuh yang duduk membelakanginya sambil mengasah pedang . .

“ Encik . .” Puteri Salsabila Furqan memanggil perlahan .

Aliff Danial berpaling .

Mata Aliff Danial dan mata Puteri Salsabila Furqan bertemu. Hati Aliff Danial berdegup kencang. Walaupun Aliff Danial hanya dapat melihat sepasang mata Puteri Salsabila Furqan namun hati lelakinya tetap tertawan. Adakah ini cinta pandang pertama?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience