BAB 13

Romance Completed 8149

Majlis perkahwinan yang diadakan pada tengah hari tadi cukup meriah, rakyat daripada kedua-dua buah Negara hadir untuk meraikan putera dan puteri mereka. Marhaban yang dialunkan sepanjang majlis itu berlangsung memeriahkan lagi suasana.

Putera soleh dan puteri muslimah akhirnya bersatu. Percayalah setiap gadis yang baik itu akan mendapat lelaki yang baik manakala lelaki yang tidak baik akan mendapat gadis yang tidak baik.

Putera Syed Aliff Danial segak memakai kot berwarna putih manakala Puteri Salsabila Furqan memakai jubbah berwarna putih dan tudung labuh. Tidak dilupakan juga niqabnya.

“ Syukran kerana menjadi isteri saya,” bisik Putera Syed Aliff Danial kepada isterinya. Puteri Salsabila Furqan tersenyum malu.

“Afwan, ana uhubukki fillah!(Sama-sama,saya menyayangi anda kerana Allah)” kata Puteri Syafiyyah Amani.

Dua bulan berlalu…

“ Umi tengah buat apa ni? Abi rindu…” kata Syed Aliff Danial sambil memeluk pinggang isterinya lantas mencium pipi isterinya.

“ Umi tengah memasak untuk abilah…” jawab Puteri Syafiyyah Amani.

“ Oh! Syukran ya umi,” balas Putera Syed Aliff Danial sambil tersenyum.

“ Afwan!” ringkas sahaja jawapan Puteri Syafiyyah Amani. Dia sedang khusyuk membaca buku resepi yang berada di tangannya sambil memeriksa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak masakan kegemaran suaminya iaitu Ketam Masak Merah.

Tiba-tiba Puteri Syafiyyah berasa mual dan pening. Cepat-cepat dia berlari ke singki. Dia memuntahkan air dan makanan yang dimakannya pagi tadi.

“Allahuakbar, sayang ok ?” tanya Putera Syed Aliff Danial sambil mengusap belakang dan tengkuk isterinya. Dayang-dayang turut datang membantu.

“ Sayang okey, tapi sakit ni akan berlarutan sehingga beberapa bulan..Selepas itu, perut umi akan mengembung. Kaki umi akan bengkak. Nanti umi dah tak larat nak jalan,” kata Puteri Salsabila Furqan lemah, dia dipapah oleh Putera Syed Aliff Danial.

Aliff Danial mula risau dengan penyakit isterinya.

“ Sayang, jangan risau…nanti abi carikan seorang doktor pakar untuk sayang supaya sayang cepat sembuh ya” kolam mata Putera Syed Aliff Danial mula berair.

“ Abi…nanti abi akan jadi abi yang sebenar-sebenarnya!” kata Puteri Salsabila Furqan sambil meletakkan tangan Putera Syed Aliff Danial ke perutnya yang masih kempis.

“Alhamdulillah ya Allah..Syukur padamu Ya Allah…” Putera Syed Aliff Danial cepat-cepat sujud syukur di tepi dapur itu. Setelah selesai, dia mencium pipi isterinya.

“Syukran ya zaujahku,” bisik Putera Syed Aliff Danial. Dayang-dayangnya menutup mata, tidak mahu melihat adegan romantis pasangan itu.

“ Ya, afwan abi. Moga Tuhan izinkan kita menjadi sebaik-baik ibu bapa yang dapat mendidik anak-anak kita ke jalan yang diredhai.’’ Ujar Puteri Salsabila.

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience