BAB 3

Romance Completed 8151

Drogan ditunggangnya perlahan menuju ke hilir . Puteri Syafiyyah sudah kelaparan . Tiba-tiba dia terlihat sebatang pokok rambutan yang sedang rendang dan buahnya pula tengah masak ranum . Puteri Syafiyyah telan liur . Sedapnya . Tetapi tiada satu pun tanda bahawa kawasan ini punya petempatan . Puteri Salsabila Furqan takut dia termakan hak orang lain . Dia menuruni Dragon setelah yakin bahawa tiada sesiapa disitu melainkan ia dan Drogan . Kakinya perlahan-lahan mendekati pokok tersebut . Tiba-tiba…

“ Ahhhh ! “ Puteri Salsabila Furqan menjerit .

Mata Aliff Danial terpaku kepada sekujur tubuh yang terbaring di hadapan sebatang pokok rambutan yang sedang rendang . Terdapat seekor ular tedung yang panjangnya lebih kurang sekaki sedang menuju kearah seekor kuda yang berada berdekatan dengan sekujur tubuh tadi .

“ Ya Allah ! “ Aliff Danial terjerit kecil .

Dia pantas menuju ke arah sekujur tubuh tersebut . Ular tersebut dibunuh menggunakan parang tajam yang dibawanya tadi . Niatnya ke hutan adalah untuk mencari akar kayu untuk merawat demam Pak Cik Ali yang semakin hari semakin teruk . Aliff Danial mendekati Puteri Syafiyyah dan tertunduk melihat tubuh gadis itu . Mencari kawasan dimana kesan patukan ular tadi .

“ Subhanallah , matanya sungguh cantik . .. Keningnya terbentuk rapi dan bulu matanya sungguh lentik . Tapi hanya itu sahaja yang dapat aku lihat … Perempuan ini sangat menjaga auratnya ,‘’ desis Aliff Danial perlahan .

Akhirnya matanya tertacap pada kesan patukan ular tadi pada kaki Puteri Salsabila Furqan. Aliff Danial memegang kaki Puteri Syafiyyah perlahan . Aliff Danial berasa sedikit bersalah kerana memegang kaki seorang wanita yang bukan mahramnya tetapi dia harus menyelamatkan ia sebelum bisa tersebut semakin merebak . Bisa ular tersebut disedut dengan kuat lalu diludah dengan cepat agar tidak memudaratkan dirinya sendiri . Dia membawa diri ke sungai lalu berkumur .

“ Apa yang harus aku lakukan ye ? Aduhai , Ya Allah . . Kau berikanlah aku petunjuk ,” gumam Aliff Danial perlahan sambil memerhatikan keadaan di sekelilingnya . Hanya ada dia , perempuan itu dan seekor kuda . Kuda?

“ Aku akan membawa gadis ini pulang ke rumah Pak Cik Ali agar dia dapat berehat dengan secukupnya ! Wahai kuda , bolehkah aku menunggangmu ? “ kata Aliff Danial sambil mengusap kepala Dragon perlahan-lahan. Puteri Syafiyyah digendong perlahan setelah dia sudah berada di atas Dragon .

Puteri Salsabila Furqan terpinga-pinga sendirian di berada di atas katil di sebuah rumah yang begitu asing baginya . Dia tidak tahu samaada dia sebenarnya sudah selamat ataupun berada dalam keadaan bahaya .

“ Argh , menyesal pula aku membawa diri ke hutan…Mungkin inilah akibatnya jika menderhakai ibubapa sendiri…” gumam Puteri Salsabila Furqan sambil meraba-raba tubuhnya. Akhirnya dia pasti tubuhnya masih dibaluti pakaian yang sama sebelum dia pengsan sebentar tadi , tapi bahagian wajahnya telah terdedah . Dia bingkas bangun lalu sehelai tuala lembab jatuh ke ribanya . Barulah dia mengerti mengapa hijabnya telah terbuka sedikit . Tiba-tiba pintu bilik tersebut terkuak perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience