BAB 10

Romance Completed 8149

Puteri Salsabila Furqan membuka niqabnya perlahan-lahan setelah Mak Temah membawa diri. Dia ingin menyegarkan diri setelah hampir seharian berada di sini.

Dia memakai pakaian yang diberi oleh Mak Temah. Sepasang baju kurung yang berwarna merah jambu itu sangat padan dengan dirinya. Tidak ketat. Setelah selesai memakai pakaian, dia keluar daripada bilik air cepat-cepat untuk mengelakkan orang lain melihat wajahnya. Kini dia hanya memakai tudung tetapi tidak menutup wajahnya.

Tetapi, tanpa disedarinya ada seseorang sedang membasuh kaki di hadapan bilik air tersebut. Mata mereka bertaut.

" Subhanallah..." ucap Aliff Danial setelah terkejut dengan pemandangan yang dihidangkan kepadanya.

Namun sempat dia berisgtifar di dalam hati.

Puteri Salsabila Furqan cepat-cepat memalingkan badannya daripada terus berhadapan dengan lelaki itu. 'Malunya'!

" Maafkan abang ya Amani, abang tak tahu Amani ada kat sini. Abang..." ujar Aliff Danial. Dia tak mahu disalah anggap oleh Puteri Salsabila Furqan sebagai seorang lelaki mata keranjang. Sungguh, dia bukan lelaki seperti itu !

“ Err..Tak apalah abang, salah Amani juga…” kata Puteri Syafiyyah Amani. Perasaan malu masih menebal dalam hatinya.

“ Abang pergi dulu ya…” Aliff Danial berkata sebelum meninggalkan Puteri Salsabila Furqan di situ. Dia tahu, Puteri Salsabila Furqan mesti malu dengan dirinya.

“ Baik..” hanya sepatah kata yang mampu diucapkan oleh Puteri Syafiyyah Amani.

Aliff Danial tetap meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Namun dia tidak dapat melupakan raut wajah Amani yang terlihat tadi. Ya Allah, sungguh hebat kuasa ciptaan-Mu.

Adakah aku benar-benar jatuh cinta ?

Puteri Salsabila Furqan masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuknya. Sambil bersandar di pintu bilik tersebut dia merasa sangat berdebar-debar.

“ Ya Allah, biarlah aku mencintaiMu dan RasulMu sebelum aku menyayangi lelaki itu.” Puteri Salsabila Furqan berdoa perlahan.

Tiba-tiba…

“ Beta nak rumah ini digeledah ! Cari Puteri Salsabila Furqan sampai dapat!” kata seseorang dari luar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience