BAB 12

Romance Completed 8151

Beberapa bulan berlalu…

Pertunangan Puteri Salsabila Furqan putus apabila Negara Indera gempar dengan kehadiran seorang gadis yang mengaku sedang hamil anak Raja Mursyid. Akhirnya segalanya terbongkar dengan sekelip mata. Raja Mursyid dan keluarganya terpaksa bertanggungjawab terhadap gadis itu.

Puteri Salsabila Furqan sedang berada di kamarnya sebelum seseorang mengetuk pintu biliknya.

Dia tidak tahu sama ada dia patut bersedih atau bergembira. Tetapi yang pasti, Puteri Salsabila Furqan bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Raja Mursyid. Raja Mursyidlah yang menyebabkan dia lari dahulu. Dia tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang gila perempuan itu...

'Apa khabar agaknya Mak Temah dan Pak Ali, tiba-tiba rasa rindu timbul di hati ini. Adakah sebenarnya aku merindui lelaki itu. Tak mungkin!' monolog Puteri Syafiyyah Amani.

“ Assalamualaikum tuan puteri, Permaisuri Afifah ingin berjumpa dengan tuan puteri sekarang di bilik tetamu istana secepat mungkin. Permaisuri menyuruh tuan puteri berpakaian cantik kerana ada tetamu yang bertandang,” kata seorang disebalik pintu biliknya yang tertutup.

“Waalaikumussalam,baiklah…” sayu sahaja suara Puteri Syafiyyah. Apa lagi yang sedang menunggunya di bilik tetamu istana? Allahurabbi..

Puteri Salsabila Furqan cuma bersiap ala kadar. Jubah berwarna merah gelap,tudung labuh dan sehelai niqab berwarna hitam di wajahnya. Tidak perlu bersiap terlalu cantik. Tabarruj.

“ Assalamualaikum…” perlahan Puteri Salsabila Furqan memberi salam apabila sampai ke ruang itu. Kelihatan seorang lelaki dan wanita separuh umur sedang duduk sambil bersembang dengan ayahanda dan bondanya.

“ Mari duduk di sebelah bonda sayang,” panggil bondanya sambil menepuk-nepuk kusyen di tepinya.

Puteri Salsabila Furqan bersalam dengan tetamu wanita separuh umur itu , ayahanda dan bondanya. Sebelum duduk di tepi bondanya perlahan-lahan.Tiba-tiba matanya terpandang kepada susuk tubuh seorang lelaki yang segak memakai kot diraja. Mungkin anak mereka barangkali. Wajah tersebut tidak dapat dilihat oleh Puteri Syafiyyah Amani.

“ Anakanda, Raja Syed Aris dan Permaisuri Sharifah Amina datang ke sini untuk merisik anakanda untuk dijadikan isteri kepada Putera sulung mereka, Putera Syed Aliff Danial. Adakah anakanda setuju?”

“ Putera Syed Aliff Danial? Macam pernah dengar saja nama itu,” kata Puteri Syafiyyah Amani. Rasanya itulah Putera yang berjaya membongkar rahsia Raja Mursyid minggu lalu.

“Sudikah Puteri Salsabila Furqan menjadi zaujah saya sehingga ke Jannah?” tiba-tiba lelaki yang memandang ke luar tadi bersuara.

“ Allahuakbar! Aliff Danial!” kata Puteri Syafiyyah Amani. Dia kehilangan kata-kata. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu…Dua tiga hari sebelum ini dia telah membuat solat Istikharah untuk memohon petunjuk Allah setelah tali pertunangannya diputuskan. Dia bermimpi ada seorang lelaki yang mengangkatnya ketika dia tidak sedarkan diri. Bukankah Aliff Danial yang menyelamatkannya dulu ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience