BAB 2

Fanfiction Completed 3569

SECRET REVEALED

Jam didinding menunjukkan tepat pukul 1 tengahari. Entah kenapa cuaca diluar tiba-tiba agak mendung. Kelihatannya seperti hujan akan turun bila-bila masa sahaja.

Isha, Shaera dan Leeya bersiap ala kadar dan akan bergerak menuju ke cafe yang menjadi tempat kegemaran mereka berenam.

Ketika sedang bersiap dibilik masing-masing, tiba-tiba Shaera mendapat panggilan telefon dari V. Dia menatap pelik skrin telefonnya dan lambat-lambat menjawab.

V: Shaera. Boleh kita jumpa sekejap ? Aku ada hal penting nak bagitahu kau. Kita jumpa kat taman okay ?
 
Shaera: Ha ? Untuk apa ? Aku nak keluar makan lah.

V: Adalah. Hal penting. Penting sangat. Please. Sekejap je.

Shaera: Ha okay lah. Boleh. Nanti aku pergi sana.

Lantas panggilan telefon dimatikan. Shaera termenung seketika. Dia pelik dan musykil dengan kelakuan V. *Tadi V kata nak jumpa orang kan. Kenapa tiba-tiba ajak aku keluar ? Kat taman pulak tu. Ish pelik lah dia ni !*

Shaera mengeluh seketika dan tanpa berfikir panjang, dia dengan pantas menghayunkan kaki keluar dari bilik dan mencapai kunci kereta toyota corolla miliknya dan memandu menuju ke taman.

Oleh kerana dia ingin cepat, dia tidak memberitahu Leeya dan Isha tentang perkara itu. Dia tidak ingat langsung untuk memberitahu dua sahabat baiknya itu tentang V yang ingin berjumpa dengannya secara tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience