BAB 5

Fanfiction Completed 3569

HAD TO

Setelah penat bersengkang mata dan melayan perasaan, akhirnya malam melabuhkan tirainya. Siang menjelma.

Matahari mula menyinari dunia. Sinaran cahaya matahari yang memancar menerangi pagi mereka yang agak suram. Kicauan burung murai menemani mereka bertiga yang sedang dirundung kesedihan.

   Shaera, Leeya dan Isha bangun, mandi serta membersihkan diri masing-masing. Kebetulan hari itu adalah hari cuti, jadi mereka tidak bekerja. Usai mandi, mereka ke dapur dan mula memasak lantaran kerana perut sudah lapar minta diisi.

Isha mengambil alih tugas memasak didapur lantaran kerana dia orang pertama yang masuk kedapur. Semua bahan memasak disiapkan terlebih dahulu.

Bunyi bising dari dapur dan aroma maggi goreng yang dimasak Isha benar-benar memikat selera. Nyum !

Leeya dan Shaera yang kemudiannya masuk kedapur membantu Isha menyediakan satu jug air teh untuk diminum ketika bersarapan.

Selesai memasak, maggi goreng dan satu jug air teh dihidang di atas meja makan.

Mereka duduk di kerusi dan menikmati masakan tersebut sambil berbual-bual kosong.

Setelah selesai makan, mereka hanya membuat kerja rumah yang lain dan menonton TV sahaja.

'Ting Tong'. Loceng rumah mereka berbunyi menandakan ada orang diluar. Shaera, Isha dan Leeya yang sedang berbaring didepan TV, bingkas bangun.

Mereka bertiga menyuruh sesama sendiri membuka pintu sambil menolak-nolak bahu antara satu sama lain. Setelah  puas diasak, akhirnye Leeya yang terpaksa beralah dan lantas bergerak untuk membuka pintu.

Saat pintu dibuka, alangkah terkejutnya mereka bertiga apabila melihat 3 jejaka korea yang tampan itu berada di hadapan pintu rumah.

Dengan teragak-agak, Leeya menjemput mereka bertiga masuk dan duduk di sofa. Sementara itu, Shaera dan Isha sudah menghilangkan diri kedapur untuk menghidangkan air.

Jantung Isha dan Shaera berdebar-debar. Tangan Isha menggigil sewaktu mengacau air gula. Kepalanya ligat berfikir tentang maksud kedatangan lelaki-lelaki itu.
 
Isha: Kenapa diorang datang sini ? Apa diorang nak ? Kenapa aku rasa nervous semacam ha ?
 
Shaera: Aku rasa diorang cari kita. Diorang datang mungkin sebab kita senyap je dari semalam. Aku pon nervous. Muka diorang nampak serius semacam je.

   Selesai menghidangkan air untuk tetamu mereka, Isha dan Shaera duduk di sofa sambil diperhatikan Suga, V dan JK.

Leeya: Ha, jemput lah minum. Ada apa sebenarnya korang bertiga datang sini ?

Keadaan senyap dan sunyi hampir 15 minit. Suga, V dan JK hanya merenung 3 gadis itu tanpa berkelip. Semuanya sedang sedaya upaya mengatur ayat untuk memulakan bicara.

Akhirnya setelah keadaan agak tenang, Suga mula bersuara memecah kesunyian yang hadir diantara mereka saat itu.
 
Suga: Bagitahu kami perkara sebenar. Kami berhak tahu ! Kenapa korang bertiga macam melarikan diri dari kami ?!

   3 gadis itu hanya senyap. Tiada kata mampu diungkapkan. Mereka hanya menundukkan kepala.

Tiba-tiba Shaera dan Isha mula menitiskan airmata. Leeya pula hanya berpaling muka dan cuba untuk menahan airmata dari jatuh ke pipi. Mereka tak mampu lagi menyembunyikan perasaan mereka.

Shaera mula bersuara setelah menyeka air matanya. Sudah tiba saatnya untuk dia berterus terang tentang perasaannya yang selama ini dipendam.
 
Shaera: V. First sekali, aku minta maaf kalau apa yang aku nak cakap ni akan sakitkan hati kau. Tapi maaf sekali lagi, aku kena bagitahu juga.
Shaera memandang JK yang kelihatannya sedang tersenyum pada Isha dan kemudian menyambung semula kata-katanya.
 
Shaera: JK. Aku cintakan kau !

Ucap Shaera sambil menangis. Tidak mampu lagi dia tahan. Kejujuran lebih penting. Soal malu ditolak ketepi. Dia hanya mahu JK tahu tentang perasaannya.

Isha terkejut mendengar pengakuan jujur dari Shaera. Sungguh dirinya tidak menyangka Shaera seberani itu.

V yang pada mulanya tersenyum memandang Shaera kini senyumannya mati ! V kecewa. Sangat kecewa. Wanita yang dia cintai mencintai lelaki lain.

   JK terkejut mendengar pengakuan berani mati Shaera. JK memandang V. Sungguh dia kasihan melihat V yang kelihatan kecewa.

JK: Shaera, maafkan aku. Aku cuma anggap kau kawan baik aku je . Aku tak pernah anggap kau lebih dari tu. Aku tak mampu balas cinta kau. Cinta aku hanya untuk Isha. Maaf.

Saat mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut JK, Shaera kini tidak segan silu lagi untuk menangis. Airmatanya kini lebih deras. Lebih deras dari tadi.

Dia tidak dapat menahan airmata nya dari jatuh menyembah bumi. Hatinya benar-benar patah. Cinta pertamanya gagal.

Melihat keadaan yang tegang dengan hela nafas mengeluh dari V dan JK serta esakan dari Shaera membuatkan Isha mula bersuara setelah lama berdiam diri.

Isha: JK, sejujurnya maaf. Maaf. Aku tak cintakan kau. Betul, aku memang suka kan kau tapi hanya sebagai kawan. Tak pernah terlintas di fikiran aku untuk anggap kau lebih dari seorang kawan. Aku minta maaf sebab kecewakan kau. Aku minta maaf jugak sebab aku terpaksa tolak hasrat kau untuk jadikan aku suri hati kau, isteri kau dan ibu kepada anak kau.

   Shaera yang sedari tadi menangis dengan pantas mengangkat mukanya dan memandang Isha. JK yang pada awalnya tersenyum kini berubah. Mungkin patah hati.

Mata Isha beralih pada Suga. Wajah lelaki itu ditenung sepuasnya. Hatinya benar-benar milik lelaki itu.
 
Isha: Suga. Sejak kali pertama kita jumpa 5 tahun yang lepas, aku memang dah simpan perasaan pada kau. Aku takut nak luahkan. Aku takut kau reject aku.

Terbeliak mata sepet Suga mendengar kata-kata Isha. Dia terkejut yang amat sangat. Dia tidak menyangka yang selama ni Isha menyimpan perasaan yang cukup dalam dan lama untuk dirinya. Suga tidak membalas kata-kata Isha tapi sebaliknya dia malah memanggil Leeya.
 
Suga: Leeya .....
 
    Semua mata memandang ke arah Suga. Semua menanti kata-katanya dengan penuh debaran. Lebih-lebih lagi si empunya nama iaitu Leeya.

Untuk seketika, Suga memandang Leeya dengan pandangan penuh pengharapan. Timbul perasaan simpati dalam hati Leeya.
 
Suga: Leeya, aku harap sangat kau tak kecewakan aku sama macam JK dan V kecewa. Please  !

   Kata-kata Suga benar-benar membuatkan hati Isha bertambah sakit dan pilu. Leeya segera bangun dan berlari ke dapur untuk melepaskan esak tangis yang telah ditahan sejak tadi lagi.

Melihatkan perlakuan Leeya, Suga tertunduk layu. Dia diam membisu. Dia tahu apa yang diharapkannya tidak akan jadi kenyataan.

Hampir 20 minit berada didapur, akhirnye Leeya keluar dan berjalan menuju ke arah Isha dan Shaera.
 
*dalam nada berbisik*

Leeya: Kita suruh diorang balik dulu. Hal ni kita bincang lagi nanti. Mintak dengan diorang masa dan ruang untuk kita fikir pasal ni.
 
  Shaera dan Isha dengan pantas
mengangguk tanda setuju. Shaera dan Isha meminta supaya JK, V dan Suga balik dulu dan beri mereka masa untuk berfikir.

Akhirnya V, JK dan Suga balik dengan perasaan yang agak kecewa. Serabut, pelik, buntu. Macam-macam perasaan yang timbul dalam diri 3 jejaka korea itu. Hanya lagu di corong radio kereta yang menemani mereka sepanjang perjalanan pulang ke rumah

*Apa akan jadi dengan friendship ni nanti ? Arghhhh ! Kusut !* Kata-kata ini hanya terluah dalam hati mereka sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience