BAB 7

Fanfiction Completed 3569

FINDING PEACE

Isha, Shaera dan Leeya berpisah di airport untuk menuju ke destinasi pilihan masing-masing. Mereka sudah nekad.

Setelah mengharungi selama beberapa jam, akhirnya mereka bertiga sampai ke destinasi yang dituju. Dimana ? Biarlah mereka sahaja yang tahu.

Yang pasti tempatnya sangat cantik dan cukup indah. Pemandangannya pasti memukau setiap mata yang memandang.

   Isha, Shaera dan Leeya menghantar chat ringkas untuk memberitahu bahawa masing-masing telah selamat sampai ke destinasi.

   Hari berganti hari namum mereka bertiga tidak berhenti memikirkan tentang V, Suga dan JK. Adakalanya kenangan manis menjelma dan tanpa sengaja bibir menguntum senyuman tetapi apabila masalah yang sedang dihadapi muncul dan terlintas di fikiran, senyuman yang terukir langsung mati !

   Ketiga-tiga gadis itu kerap mengabarkan berita tentang keadaan masing-masing. Mereka seronok dapat bercuti. Sekurang-kurangnya hilang sekejap beban yang ada. Lupa masalah yang dihadapi dek kerana tenangnya tempat tersebut.
 
- Di mall -

    Shaera leka memilih dan melihat baju-baju di sebuah kedai. Baju-baju disana sangat cantik walaupon agak mahal tapi Shaera tetap berkenan melihatnya.

Sedang asyik melihat baju disitu, kaki kiri Shaera tersadung kaki kanannya sendiri. Hampir saja dia terjatuh namun kecekapan seorang lelaki memegang tangan Shaera membuatnya tidak terjatuh.

Shaera terus melihat manusia yang menyelamatkannya tadi. Hensem ! Lelaki tersebut melemparkan senyuman yang sangat manis kepada Shaera.
 
Lelaki: Gwenchana ?
 
Shaera: I'm okay. Terima kasih.
 
Lelaki: Lain kali hati-hati ye. Oh ! Saya J hope. Awak ?

Shaera: Saya Shaera.
 
J hope: Oh nice name. Bercuti ke kat sini ? Atau tinggal kat area sini ? Kalau bercuti, awak dari mana ?
 
Shaera: Saya bercuti dekat sini. Saja je hilangkan stress. Saya dari Korea.
 
J hope: Okay. Kalau macam tu biar saya teman awak lah. Bahaya jalan kat sini sorang-sorang.

Selama berada disana, Jhope lah yang sentiasa kesana kesini bersamanya. Menemaninya dan berkongsi rahsia masing-masing.
 
   Jhope seorang yang sangat peramah, caring dan hyper. Shaera selesa berada disamping Jhope. Masalah yang dihadapinya terlupakan untuk seketika.

Jhope sebenarnya sedang bercuti di situ. Dia juga turut menghadapi masalah peribadi dengan tunangnya.

*Perlu ke aku lupakan JK dan Kecewakan V ? Atau mungkin aku perlu terima V ? Haih serabutnya ! Malas nak fikir. Biar lah Tuhan yang tentukan siapa jodoh aku. Aku redha* Shaera mula bermonolog sendiri dalam hati.
 
- Di tepi pantai -

Leeya sedang asyik berjalan di tepi pantai. Kakinya menguis-nguis pasir pantai. Dia memakai blouse serba putih labuh paras buku lali dan dipadankan dengan topi ala-ala primadona dan berjalan di gigi air.

   Dia berjalan sambil memikirkan V dan Suga. Naik semak otaknya bila teringat tentang hal itu. Tiba-tiba topi yang dipakai Leeya terbang dek tiupan angin yang agak kuat.

Leeya cuba mengejar topi itu. Dia berlari selaju yang mungkin untuk mendapatkan topi nya  tapi gagal ! Angin terlalu kuat dan menyebabkan topi itu melayang dengan sangat laju.

Topi Leeya akhirnya berjaya diambil kerana kecekapan seorang jejaka yang kebetulan berada disitu.

Leeya berlari ke arah lelaki itu untuk mengambil semula topinya. Dadanya turun naik dek kerana berlari dengan laju tadi.
 
Leeya: Hai. Terima kasih tolong ambilkan topi saya. Boleh awak bagi topi saya balik ?
 
Lelaki: Eh tapi saya yang ambik topi ni. Jadi ni saya punya lah. Hahahaha.

*Ape kena dengan mamat ni ? Ingat lawak la tu ! Sumpit baru tahu ! Nasib baik kau hensem. Kalau tak memang kena dah.* Leeya bermonolog dalam hati.
 
Leeya: Eh ape pulak ! Topi ni saya yang beli. Jadi saya punya lah !

   Leeya membalas kata-kata lelaki itu dengan wajah masam mencuka. Lagaknya seperti lelaki didepannya itu akan disumpit tak lama lagi.

Jejaka tersebut tidak dapat menahan senyumannya melihat muka Leeya yang masam mencuka tu.

Lelaki: Ha iyelah. Ni topi awak tapi dengan syarat awak kena belanja saya makan malam ni sebab saya dah berjaya tangkap kan topi awak.

Leeya ingin saja menolak permintaan lelaki itu tapi mengenangkan kebaikannya tadi membuatkan dia bersetuju.
 
Leeya: Okay fine ! Jumpa kat restoran tepi pantai tu. Saya belanja.
 
- Restoran tepi pantai -

   Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam sewaktu Leeya sampai di restoran tersebut. Kelibat lelaki yang menangkap topinya siang tadi sudah kelihatan. Lelaki tersebut melambaikan tangan nya ke arah Leeya.

Leeya berjalan lambat-lambat ke arah lelaki tersebut dan duduk berhadapan dengannya. Tiba-tiba lelaki tersebut menghulurkan tangannya dan ....
 
Lelaki: Hye, nama saya Park Jimin.
 
Leeya: Saya Leeya. Nice to meet you.
 
   Mereka berdua makan dan minum sambil menikmati suasana restoran itu. Mereka hanya berbual-bual kosong lantaran kerana masih tidak mengenali antara satu sama lain.

Sejak pertemuan malam itu, hubungan Leeya dan Jimin menjadi rapat. Sepanjang berada disitu, Jimin seringkali mengajaknya berjalan bersama-sama.

Tapi hubungan mereka hanya sekadar kawan lantaran kerana Jimin sudahpon mempunyai kekasih dan berada disitu hanya kerana urusan perniagaan.
 
- Di kedai makeup -

   Isha berjalan-jalan dan melihat barang kesukaanya iaitu peralatan makeup. Rambang matanya.

Namun akibat seronok berjalan dia terlupa untuk mengisi perutnya sendiri. Perutnya mula berbunyi menandakan cacing-cacing sudah kelaparan.

Isha langsung berjalan mencari satu kedai makan untuk makan sebentar sebelum menyambung aktivitinya tadi.

Isha berhenti di satu kedai makan. Sesak ! Penuh dengan manusia ! Selepas mendapat tempat duduk, Isha dengan pantas memesan makanan.

*Sabar ye perut, sekejap lagi makanan sampai* Isha berkata sambil meminta cacing didalam perutnya supaya bersabar.

   Semasa sedang menunggu makanan sampai, tiba-tiba seorang pelayan telah tersandung sesuatu dan dengan tidak sengaja telah menumpahkan makanan yang berupa sup ke baju seorang pelanggan.

Isha memerhatikan insiden itu. Bahasa yang digunakan lelaki itu kedengaran begitu familiar. *Nampak macam orang korea je* Isha berkata dalam hati.

   Lelaki tersebut marah dan sedikit mencarut kerana bajunya sudah kotor dan mungkin kerana makanan tersebut agak panas.

Isha yang sememangnya fasih berbahasa korea dan inggeris, bangun dan berjalan kearah lelaki tersebut dan memberikannya sehelai sapu tangan.

Isha membantu menterjemahkan apa yang dikatakan pelayan berbangsa inggeris itu kepada lelaki korea tersebut untuk menyelesaikan perkara itu.

Setelah selesai, Isha kemudian kembali semula ke tempat duduknya dan menunggu dengan setia makanan yang dipesan.

   Setelah hampir 10 minit menunggu akhirnya makanan pon sampai. Lelaki korea tersebut dengan selambanya duduk dihadapan Isha dan terus memesan makanan.

Oleh kerana faktor ramai orang dan tiada tempat duduk jadi Isha hanya membiarkan lelaki tersebut duduk disitu.

Tak salah berkongsi meja memandangkan tiada tempat kosong yang lain. Selesai makan, jejaka korea tersebut memulakan bicara.
 
Lelaki: Gomapta sebab tolong saya tadi. Ohh ya terima kasih jugak sebab bagi saya sapu tangan. 
 
   Isha hanya mengangguk. Tak selesa rasanya bercakap dengan orang yang dia tak kenali. Jejaka korea tersebut menghulurkan sekeping kad nama kepada Isha.

   Isha membaca kad nama tersebut sekilas. *Ohhh Sungjae nama dia* Isha berkata dalam hati.
 
Sungjae: Kalau awak tak kisah, boleh saya tahu nama awak ?
 
Isha: Nama saya Isha.
 
Sungjae: Ohhh. Btw, tu kad saya. Awak boleh call saya bila-bila je . Emm boleh saya mintak nombor awak ? Saya nak balas budi baik awak tadi.

   Isha kemudian memberi nombor telefonnya kepada Sungjae. Sejak pertemuan itu, hubungan Sungjae dan Isha mula rapat.

Sungjae rajin menelefon Isha. Ada saja alasan yang Sungjae cipta untuk mengajak Isha keluar bersama. Isha selesa berada disisi Sungjae.

Sungjae berada disitu atas urusan kerja. Dan dia juga masih belum berpunya lantaran kerana masih mencintai tunangnya yang telah meninggal dunia.

   Sedar tak sedar, sudah hampir sebulan mereka bertiga menghilang atau erti kata lain melarikan diri dari V, JK dan Suga. Tapi sampai bila mereka harus lari dan takut menghadapi kenyataan dan dugaan ini. Semua ini harus diselesaikan cepat. Ya ! Mereka bertiga harus balik semula ke Korea dan selesaikan masalah itu !

Tentang Jhope, Jimin dan Sungjae biarlah berlalu. Mungkin mereka ditakdirkan untuk berjumpa sekadar untuk menjadi pengubat hati lara.

Semoga takdir yang baik-baik sahaja yang datang untuk mereka. Dan semoga mereka menemukan pasangan mereka sendiri suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience