BAB 6

Fanfiction Completed 3569

WAY

Selepas mereka bertiga balik, Isha, Shaera dan Leeya menghempaskan badan mereka disofa. Fuhh lega ! Tiba-tiba Shaera bersuara memecah kesunyian sedia ada.

Shaera: Korang. Boleh tak aku nak pergi jauh ? Aku .... Aku bukan nak lari dari masalah ni. Aku cuma nak tenangkan fikiran yang bercelaru ni. Aku kusut sangat. Tak sangka jadi macam ni.
 
Isha: Boleh. Aku paham perasaan kau. Kita semua ada dalam situasi yang sama. Tapi kau nak pergi mana ?
 
Shaera: Sorry Isha tapi boleh ke aku pergi tanpa bagitahu nama tempat tu ?

   Leeya yang mendengar perbincangan dua sahabatnya itu mula menyampuk.
 
Leeya: Okey takpe. Macam ni lah, apa kata kita berpecah ? Anggap lah ini sebagai percutian pendek kita. Pergi lah kemana pon yang korang nak pergi. Tapi kita kena tetap berhubung. Hanya kita bertiga. Untuk tahu keadaan masing-masing. Sekarang kite pack barang dan book tiket flight. Ingat, kite pergi hari yang sama eh. Esok.

Isha dan Shaera segera mengangguk tanda bersetuju dan terus masuk ke bilik untuk berkemas.

   Mereka bertiga mengambil cuti kecemasan (EL) dari tempat kerja dan memaklumkan kepada ibu bapa mereka bahwa mereka ingin pergi ke sesuatu tempat dengan alasan outstation.

Mereka sebenarnya rasa sangat bersalah kerana menipu ibu bapa mereka tapi mereka tiada pilihan lain. Hati dan minda mereka perlu ditenangkan.       

Keesokan paginya, mereka bertiga bangun lebih awal dan mengemas sedikit rumah sebelum berangkat ke airport.

Isha, Shaera dan Leeya bercadang untuk ke airport bersama-sama tetapi Leeya menyuruh mereka berdua pergi dahulu dan dia akan menyusul kemudian.

Tanpa rasa ragu dan curiga, mereka berdua terus berangkat ke airport dan menunggu Leeya disana.
 
- Di taman -

   Leeya menunggu Suga ditaman. Sebenarnya sebelum keluar rumah tadi, Suga telah meminta dia menunggunya di taman. Ada hal yang perlu dibincangkan katanya. Hampir 5 minit menunggu, akhirnya Suga tiba disitu.
 
Suga: Dah lama ke tunggu ?
 
    Leeya hanya menggeleng seraya tersenyum nipis. Leeya mengamati riak muka Suga. Matanya kelihatan bengkak, sembap dan mukanya agak merah. Tiada lagi ' gummy smile ' Suga.

Rasa simpati mula menebal dalam diri Leeya. Lelaki dihadapannya saat ini memang cukup pakej tapi hatinya untuk V.

Suga: Sebenarnya, tujuan aku ajak kau jumpa aku ni sebab aku nak tanya pasal Isha.

Leeya: Pasal apa ?

Suga: Betul ke dia suka aku ? Aku macam tak percaya dengan apa yang dah jadi ni. Susah aku nak terima. Leeya, Aku memang sukakan kau. Aku sukakan kau sejak dulu lagi. Betul ke kau tak nak terima aku ? Jangan lah kecewakan aku. Take your time. Ambil seberapa banyak masa yang kau nak tapi tolong lah terima aku dalam hidup kau. Aku merayu.

Leeya: Aku perlukan masa Suga. Bagi aku masa. Kau kena tahu satu benda. Walaupon nanti aku tak terima kau, kau jangan risau. Kita tetap kawan sampai bila-bila. Aku janji.

   Mendengar kata-kata Leeya membuatkan hati Suga sedikit tenang. Sekurang-kurangnya dia masih ada peluang untuk memiliki gadis itu.

   Setelah keadaan agak tenang, Leeya meminta diri. Takut terlambat ke airport. Leeya berjalan meninggalkan Suga di belakang tapi tiba-tiba Suga memanggilnya.

Suga: Take care. Pesan pada Isha, bila-bila dia free, minta dia jumpa aku tau.

Kata Suga sambil menunjukkan 'gummy smile'. Leeya hanya mengangguk dan terus berlalu mengejar masa dan menuju ke airport.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience