BAB 1

Fanfiction Completed 3569

FRANK

Permulaan pagi bagi hari yang akan merubah segalanya dalam hidup mereka berenam itu bermula begitu indah sekali dengan kicauan burung pipit dan ditambah dengan angin sejuk yang meniup lembut lantaran kerana malam tadi hujan turun dengan lebatnya.

Oleh kerana angin malas memasak 3 gadis itu sudah datang, mereka tidak memasak apa-apa pun pada hari itu. Tapi perut mereka berkeroncong. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk makan diluar.

Kebetulan hari itu mereka bertiga sedang off day jadi mereka menggunakan kesempatan yang ada untuk meluangkan masa bersama dan merehatkan minda dengan berjalan-jalan diluar.

Mereka bertiga menghantar satu chat ringkas digroup whatsapp dan mengajak V, JK dan Suga makan tengahari bersama di cafe kegemaran mereka berenam dan berjalan-jalan disekitar Seoul. Suga dan JK langsung bersetuju. Tapi tidak bagi V. V mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan seseorang dan mungkin akan makan bersama dengan orang itu.

Tanpa berfikir panjang, Isha, Shaera dan Leeya pun bersetuju untuk keluar makan berlima sahaja. Lagipun, Suga dan JK memberitahu bahwa mereka ingin mengatakan sesuatu yang penting.

Mereka pernah berjanji untuk tidak merahsiakan apa-apa pun dari pengetahuan masing-masing. Jadi mungkin inilah masanya untuk JK dan Suga berterus-terang tentang 'sesuatu'. Mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience