BAB 3

Fanfiction Completed 3569

HEART CONFESSION

Hujan turun renyai-renyai sewaktu Leeya dan Isha sampai di cafe kegemaran mereka. Mereka memilih tempat duduk yang sedikit tersorok dari pelanggan yang berkunjung.

Ketika dalam perjalanan ke situ, Isha telah menghubungi Shaera dan bertanyakan keberadaan dia. Shaera cuma memberitahu yang dia mempunyai hal lain dan akan ikut makan bersama jika hal tersebut selesai dengan cepat.

Sementara menunggu Suga dan JK sampai, Leeya dan Isha hanya berborak kosong dan memesan ais lemon tea lantaran kerana tekak mereka kering dan dahaga.

Setelah hampir 10 minit menunggu, akhirnya Suga dan JK pon sampai. Mereka duduk dihadapan dua gadis yang setia menunggu mereka dari tadi.
 
Isha: Korang ni lambat la ! Dah lama kitorang tunggu tau.
 
Suga: Mian. Tadi jalan jem sikit.
 
Leeya: Gwenchana. Korang dah sampai dah pon. Order lah dulu.

Selesai memesan makanan dan minuman, mereka kembali senyap. Lagaknya seperti baru berjumpa untuk kali yang pertama.

Leeya dan Isha perasan akan riak muka JK dan Suga yang resah dan gelisah semacam lantas mula bersuara dan bertanya.
 
Leeya: Korang okay ke ? Macam semacam je aku tengok. Biasa tak macam ni pon.
 
Suga: Sebenarnya aku ada benda nak cakap. Benda penting. Sangat penting.
 
Leeya: Benda apa ? Cakap lah.
 
Suga: Okey. Sebenarnya, aku dah jatuh cinta pada seseorang dan orang tu ada dekat sini sekarang.

   Semua mata memandang tepat pada Suga. Semua menanti dengan penuh debaran tentang rahsia hati Suga yang selama ini dia simpan. Isha mula tersenyum. Dia benar-benar berharap orang yang Suga maksud kan adalah dia. Hatinya melompat kegembiraan.

Akhirnya setelah sekian lama memendam perasaan kini dia akan memiliki Suga. Betapa gembiranya dia.
 
Suga: Aku sebenarnya dah lama suka pada kau Leeya.

Mendengar saja pengakuan jujur dari mulut Suga, Isha bagaikan ditampar dengan kenyataan tersebut.

*Suga suka Leeya ? Oh tak mungkin. Tak. Jap aku salah dengar ke ni ?* Isha berkata dalam hati. JK dan Leeya turut terkejut mendengar pengakuan tersebut.

   Tiada kata yang mampu diucapkan oleh Leeya kerana dalam hatinya hanya ada V dan Isha sudah pasti sangat terkejut kerana lelaki yang dia cintai mencintai sahabatnya sendiri.

Hancur bederai hati Isha saat itu. Sakit sekali rasanya mendengar pernyataan Suga. Sakit !

Mata milik Isha secara tidak semena-mena bertembung dengan mata JK yang sedang duduk disebelah Suga. Dia pelik melihat reaksi JK.
JK tersenyum pada Isha. Sungguh senyuman JK benar-benar sukar difahami oleh Isha. *Kenapa dengan JK ni ? Kenapa senyum macam tu ? Apa yang kelakar sangat ?* Isha bermonolog lagi dalam hati.

   Secara tiba-tiba JK mengeluarkan kotak baldu berwarna biru yang berisi cincin emas bertatahkan berlian putih. Lalu dia memberikan cincin tersebut kepada Isha. Bulat mata Isha memandang JK.

JK: Sebenarnya aku dah jatuh cinta pada kau sejak kali pertama aku kenal kau. 5 tahun lepas. Aku dah fikir masak-masak. Aku nak kau jadi suri hati aku. Aku nak kau jadi isteri aku, ibu kepada anak aku. Kalau kau tak bersedia lagi, takpa. Kau simpan dulu cincin ni. Nanti kalau kau dah bersedia, kau pakai lah.

   Luahan hati JK benar-benar membuatkan Isha kemurungan dan terdiam. Ingin saja dia menangis disitu tapi apakan daya, dia harus bertahan.

Isha tidak mahu mereka semua melihat dia menangis. Semua terdiam kaku lagaknya seperti cafe itu baru saja dilanda ribut taufan yang kuat. *Apa semua ni ? Kenapa jadi macam ni ?* Isha bermonolog lagi dalam hati untuk kali yang keberapa entah.

- Di Taman -

Shaera menunggu V di taman. Dia duduk di sebuah bangku kayu yang berdekatan dengan tasik yang terbentang luas. Udara disitu dihirup sepuasnya.

Hampir 15 minit menunggu tapi kelibat V masih tidak kelihatan. Shaera mula merungut kerana terpaksa menunggu V disitu. Sudahlah perutnya lapar lantaran kerana belum makan apa-apa dari pagi.

Tiba-tiba V datang dari belakang dengan senyuman yang cukup pelik bagi Shaera. Sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah V senyum sepelik itu padanya.
 
V: Mianhe lambat. Pergi beli bunga ni sekejap.

V berkata sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Shaera. Shaera mengambil jambakan bunga itu dengan seribu tanda tanya.
 
Shaera: Gwenchana. Tapi nasib kau datang cepat. Aku dah nak balik dah tadi. Kau lambat sangat.

Tiba-tiba V melutut di depan Shaera. Shaera betul-betul terkejut dengan kelakuan selamba V. Dia malu dengan orang sekitar yang mula memandang mereka berdua dan berbisik-bisik sesama sendiri.

Mungkin mereka pelik melihat kelakuan V. V yang sememangnya terkenal dengan perangai unik dan peliknya itu, tidak mengendahkan orang sekelilingnya. Dia hanya memandang Shaera yang berada dihadapannya.

Shaera: Apa kau buat ni V ? Bangun lah. Semua orang tengah tengok kita. Malu lah.
 
V: Shhuut. Bagi aku cakap dulu. Yang sebenarnya, aku dah lama suka kau. Cuma aku tak berani nak luahkan. Aku takut kalau kau reject aku. Aq betul-betul suka kan kau. Aku tak main-main dengan perasaan aku. Kali ni aku serius. Kau nak jadi girlfriend aku tak ?

   Shaera buntu. Dia juga turut bingung. Pernyataan V sebentar tadi memang sangat mengejutkan. Dia hanya menganggap V sebagai sahabat baiknya tapi lelaki itu mencintainya.

Shaera benar-benar buntu. Keliru. Ingin ditolak, takut lelaki itu kecewa dan tidak mahu lagi berkawan dengannya. Ingin diterima, dia langsung tidak mencintai V.

Hatinya hanya untuk JK. Shaera hanya mencintai JK sejak dari dulu lagi. Tiada lelaki lain yang berjaya menawan hatinya selain JK.
*Arghhh ! Susah lah macam ni . Kenapa V boleh suka aku pulak ? Apa patut aku jawab ek ?* Shaera mula bermonolog dalam hati .

Ketika Shaera ingin memulakan bicara setelah agak lama berdiam, tiba-tiba telephonenya berbunyi dan tertera nama Leeya di skrin telephone. Shaera pantas menjawab panggilan tersebut.
 
Leeya: Kau kat mana ? Aku dengan Isha ada dekat rumah dah. Kitorang ada benda nak bagitahu kau dan kita kena bincang. Penting.
 
Shaera: Aku ada kat luar lagi tapi aku dah nak balik dah. Kejap lagi aku sampai.

   Shaera sengaja mencipta alasan pada V yang dia ada hal penting dan perlu diselesaikan secepat mungkin. Shaera cepat-cepat berlalu pergi dari situ tanpa V sempat berkata apa-apa.

Dia terus memandu pulang ke rumah dalam keadaan yang buntu dan keliru tapi dia tetap memandu dengan berhati-hati kerana tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebat.
*Mungkin ini lah petanda langit gelap dan mendung je harini* Kata Shaera dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience