BAB 11

Fanfiction Completed 3569

NEW LIFE

Selesai saja majlis persandingan mereka tadi, Isha dan JK terus bergerak untuk sesi outdoor photograph. Suga,V, Leeya dan Shaera turut bergambar bersama mereka. Semuanya tersenyum bahagia. Setelah selesai sesi outdoor, mereka semua pulang kerumah masing-masing lantaran kerana penat.

Sesampainya dirumah, Isha terus menerobos masuk kedalam bilik tanpa mempedulikan suaminya. Dia mengunci pintu bilik. Dia mandi dengan cepat dan menukar pakaiannya. Dia sebenarnya takut JK melihat dia dalam keadaan yang tak sepatutnya.

JK puas memusing satu rumah mencari isterinya tapi hampa. Dia tidak tahu dimana keberadaan bilik Isha. Badannya sudah melekit kerana seharian memakai suit. Dia ingin sekali mandi dan membersihkan diri tapi pakaian dan segala barang keperluannya berada didalam bilik Isha.

JK akhirnya memilih untuk duduk diruang tamu dan membuka suitnya. Huh panas ! Dek kerana penat dan ditambah pula dengan aircond yang sejuk, dia akhirnya terlelap disitu. Dia bangun apabila terasa ada seseorang yang menggoncang bahunya. Bila matanya terbuka, dia langsung duduk tegak dan tersenyum. Itu ibu mertuanya.

Ibu: Kenapa tidur sini ? Isha mana ? Haih budak tu, boleh pulak dia suruh suami dia tidur dekat luar ni. Nak kena lah budak ni.

JK: Eh ibu. Takpe. Saya yang nak tidur sini. Tadi saya memang nak mandi tapi saya cari bilik Isha tak jumpa. Barang-barang saya ada dekat dalam bilik dia. Ingat nak duduk kejap kat sini tapi boleh terlelap pulak.

Ibu: Meh sini. Ikut ibu. Ibu tunjuk bilik Isha. Hish budak ni memang nak kena lah. Kenapa lah layan suami macam ni. Aduhai budak ni. Memang nak kena cubit ni. Ibu tak pernah ajar dia .............

JK bangun dan mengikuti langkah ibu mertuanya. Sepanjang perjalanan menuju ke bilik Isha, ibu mertuanya tidak berhenti membebel. JK hanya tersenyum mendengarnya.

Sesampainya didepan pintu bilik Isha, ibu mertuanya mengetuk pintu bilik kerana ianya dikunci dari dalam. Isha yang ketika itu sedang berbaring terus bingkas bangun dan membuka pintu. Sebaik pintu bilik dibuka, matanya terbuntang melihat ibunya bersama JK.

Ibunya terus menghadiahkan satu cubitan dan jelingan maut kepadanya sambil diperhatikan JK. Menjerit kecil Isha kerana tangannya terasa sakit akibat dicubit. Digosok-gosok perlahan tangannya.

Isha: Kenapa bu ? Sakit lah. Tiba-tiba je cubit.

Ibu: Kenapa biar suami tidur kat luar ? Tak kesian ke ? Baru kahwin dah layan suami macam tu. Kenapa ?

Isha: Ye lah. Sorry. Tadi orang nak mandi. Tu yang masuk bilik cepat-cepat.

Ibu: Eh macam tu pulak. Mandi sama-sama pon kenapa ? Suami isteri kan.

Mata Isha terus terbuntang mendengar kata-kata ibunya. Pipinya merona merah. Dia malu. Matanya sempat bertembung dengan JK. JK sedang tersenyum smirk dan mengangkat kening. Ish !

Ibu: Dah JK. Masuk lah. Buat macam bilik sendiri. Rehat lah. Bersihkan diri. Nanti makanan dah siap, ibu panggil.

JK mengangguk dan mengucapkan terima kasih pada ibu mertuanya. Dia kemudiannya masuk kedalam bilik. Isha pula sudah duduk diatas katil sambil menggosok tempat yang dicubit ibunya tadi. JK mendekati isterinya dan duduk disebelahnya.

JK: Sakit ?

Isha: Tak lah. Sedap. Sedap sangat.

JK tersenyum mendengar jawapan Isha. Tiba-tiba dia mendapat akal untuk mengusik isterinya. Dia tersenyum lagi memandang Isha sebelum meneruskan kata-katanya.

JK: Itu baru dengan ibu. Dengan I lagi sedap.

Isha yang mendengar kata-kata JK terus bingkas bangun dan sedikit menjauh dari JK. Dia menutup dadanya menggunakan kedua tangan. Sudah gila agaknya JK ini. Berani dia mengeluarkan kata-kata seperti itu.

Isha: Yah ! Neo byeontae !

JK tergelak melihat reaksi Isha. Hatinya benar-benar digeletek dengan reaksi spontan Isha. Keras perutnya melihat Isha sebegitu. Tiba-tiba JK berhenti ketawa dan memasang muka serius. Dia mendekati Isha. Isha mengundur dan cuba mempertahankan diri.

Isha: Yah ! JK shiii ! You nak buat apa ni ? I tumbuk you kang. You jangan berani-berani nak sentuh I eh. I jerit nanti.

JK tidak mengendahkan kata-kata Isha. Dia terus mendekatinya. Isha sudah sampai kedinding. Tiada tempat untuk dia lari lagi. Dia memejamkan mata. Dia tidak mahu JK menyentuhnya. Dia tidak mahu menyerahkan tubuhnya pada JK walaupon dia tahu JK berhak untuk itu.

JK tersenyum lagi melihat wajah isterinya. Inilah kali pertama dia melihat wajah Isha sedekat ini. Setiap inci wajah isterinya ditilik. Hatinya benar-benar bahagia dapat menjadikan wanita dihadapannya ini sebagai isteri.

JK: Tepi sikit boleh ? I nak ambik bag I. Bag I ada dekat belakang you tu.

Isha membuka mata perlahan-lahan dan memerhatikan apa yang JK maksudkan. Benar. Bag JK berada dibelakangnya. Dia beralih dan memberi ruang pada JK untuk mengambil barangnya.

Isha cepat-cepat memproses dan mencerna apa yang JK akan lakukan dengan bagnya itu. Dia memerhatikan JK mengeluarkan baju t-shirt, seluar dan underwear ! Matanya sedikit terbeliak dan pipinya merona merah.

*Mesti dia nak mandi. Kalau nak mandi mesti kena bukak baju dengan seluar kan. Omg aduh aku kena keluar ni. Kalau tak keluar kang boleh buta mata aku ternampak benda tak sepatutnya* Isha bermonolog sendiri dalam hati seraya melangkah keluar dari bilik

JK: Yeobu.

Langkah Isha terhenti. Tiba-tiba dia sebak. Ini kali pertama JK memanggilnya begitu. Dia perlahan-lahan memusingkan badan menghadap JK dan menunggu JK meneruskan kata-katanya.

JK: I lupa bawak tuala. Boleh pinjamkan I tuala ?

Isha hanya mengangguk perlahan dan mengambil tuala dari dalam almari dan memberikannya pada JK. Isha tersenyum nipis bila mata mereka bertembung buat seketika.

Isha: I turun bawah. Nak tolong ibu siapkan dinner. Nanti dah siap, I panggil you. Oh ya, jangan selongkar barang-barang peribadi I eh.

Isha terus keluar dari bilik tanpa JK sempat mengatakan apa-apa. Dia berjalan menuju kedapur. Tapi suara JK memanggilnya 'yeobu' sebentar tadi masih terngiang-ngiang ditelinga. Cepat-cepat dia melupakan perkara itu.

JK terduduk di birai katil sebaik sahaja Isha keluar. Dia mengeluh perlahan. Dia tahu benar kenapa Isha melayannya sedikit kasar. Wanita yang sudah menjadi isterinya itu tidak mencintai dirinya. Dia mengeluh lagi. Tapi dia tidak peduli. Apa sahaja akan dilakukan supaya Isha jatuh hati pada dirinya.

JK bingkas bangun dan masuk kebilik air. Dia membersihkan diri dan mandi. Usai mandi, dia menyiapkan diri dan berbaring dikatil. Badannya terasa penat. Bilik Isha diimbas sekeliling. Banyak hadiah yang berbungkus rapi dan bersepah diatas lantai. Itu pasti hadiah dari rakan-rakan dan tetamu yang datang.

Telephone milik JK diatas meja solek dicapai. Berpuluh-puluh misscall dan dan mesej ucapan tahniah dari rakan-rakannya. Dia tersenyum membaca dan membalas satu persatu mesejnya. Sedang leka membalas tiba-tiba perutnya berbunyi. Dia sudah lapar lantaran kerana kali terakhir dia makan adalah tengahari tadi ketika bersanding.

JK bingkas bangun dari pembaringan dan berjalan menuju ke dapur. Dia tersenyum dan sesekali menyapa sanak saudara Isha yang masih berada disitu. Sesampainya didapur, dia melihat Isha sedang menghidangkan makanan diatas meja.

Ayah mertuanya yang melihat JK berdiri tegak seperti patung itu lantas mendekatinya dan mengajaknya duduk dimeja makan. JK tersenyum memandang ayah mertuanya.

Ayah: Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri. Rumah Isha rumah JK juga.

JK mengangguk-ngangguk tanda memahami kata-kata ayah mertuanya. Dia berbual-bual kosong dengan ayah dan ibu mertuanya sementara menunggu makanan siap dihidang.

JK: Ayah, Ibu. Boleh tak lepas makan ni, saya nak bawa Isha keluar sekejap ?

Ibu: Kemana ?

Ayah: Ish awak ni. Biar lah dia. Dia nak bawa isteri dia keluar. Awak kena ingat anak awak tu dah kahwin. Dah ada suami. Apa salahnya dia nak bawa isteri dia keluar ?

JK: Eh takpe ayah. Sebenarnya saya nak bawa Isha pergi tengok rumah baru kami. Sebelum kahwin haritu, saya sempat beli rumah untuk keselesaan kami lepas kahwin.

Ayah: Ha bagus la tu. Bawa je. Bukannya ada buat apa pon Isha tu. Dah seminggu dia memerap dekat rumah. Kuarantin sebelum nikah katanya.

JK: Ha tapi, boleh tak ibu dengan ayah rahsiakan benda ni. Saya nak buat suprise untuk dia.

Ayah dan ibu mertuanya mengangguk dan tersenyum. Seronok dan lega rasanya beroleh menantu seperti JK. Tidak sia-sia dia menerima pinangan JK suatu ketika dulu. Setelah semuanya siap dihidang, Isha duduk dan makan bersama keluarga dan sanak saudara yang ada.

Sesekali gamat rumah dengan gelak tawa mereka semua. Sesekali mereka mengusik JK dan Isha. Merah merona pipi mereka berdua ditanya bila pengantin baru nak beraksi. Macam-macam !

Usai makan, semua mengemas sisa-sisa makanan dan meninggalkan JK dan Isha berdua didapur. Isha sengaja makan dengan lambat untuk mengelak berdua-duaan dengan JK didalam bilik.

Tiba-tiba JK bersuara dan mengajak Isha untuk keluar setelah selesai makan. Isha yang ketika itu sedang makan terkejut dengan ajakan JK.

Isha sebenarnya tidak selesa untuk berdua-duaan dengan JK walaupon lelaki itu kini sudah sah menjadi suaminya. Lebih tepatnya malu.

Isha: Pergi mana ? Sekarang ke ? Saya nak makan sekejap. Awak nak makan ? Saya boleh tolong sediakan.

*Eh apa aku merepek ni ? Kan ke dia tengah makan tu. Ish dah gila agaknya aku ni !* Isha bermonolog dalam hati sambil meneruskan makan.

JK tersenyum melihat Isha yang gelabah tidak tentu pasal. Tapi dia bersyukur walaupon dia tahu yang Isha tidak mencintai dirinya sekurang-kurangnya Isha tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Buktinya, tadi Isha yang mencedokkan nasi dan menuangkan air untuknya. Ikhlas atau tidak itu urusannya dengan TUHAN. Pada JK, Isha sudahpun menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri walaupon belum sepenuhnya.

JK: Pergi jalan-jalan. I bosan la duduk bilik je. You bukan nak layan I pon. You kena ikut I keluar tau, kalau tak nanti kang jadi isteri derhaka. Haa I tak tahu eh.

Isha memandang JK dengan pandangan yang tajam. Geram rasanya bila JK berkata seperti itu. Mahu tidak mahu, Isha terpaksa menuruti kemahuan JK. Dia tidak mahu dilabel sebagai isteri derhaka.

Isha: Okey. Kita keluar. Bagi I siap-siap dulu.

JK mengangguk dan tersenyum lagi. Dia tidak sabar untuk memberi kejutan pada isterinya itu. Walaupon Isha tidak mencintai dirinya tapi dia tetap akan memenuhi keperluan dan nafkah zahir kepada Isha selayaknya seorang isteri.

Nafkah batin biarlah masa yang menentukan. Dia tidak mahu terlalu mendesak dan memaksa Isha melayani dirinya. Dia tidak mahu Isha melayaninya kerana terpaksa. Dia mahu Isha melayaninya selayaknya seorang suami dengan ikhlas dan penuh dengan rasa cinta.

- Dalam kereta -

Setelah melewati perjalanan selama satu jam akhirnya mereka sampai ke destinasi. Jam didashboard dikerling sekilas. Jam 9 malam. Isha memandang JK yang berada disebelahnya. Pelik. Didepannya kini terdapat sebuah rumah yang boleh dikatakan agak besar. Cantik.

Isha: Kita dekat mana ni ? Rumah siapa ni ?

JK: Jom turun. Nanti I bagitahu.

JK terus turun dari kereta tanpa Isha sempat mengatakan apa-apa. Isha akhirnya juga turun dan mengikuti langkah JK. Mereka masuk kedalam rumah dan melihat keadaan didalamnya. Rumah itu memang cantik. Dekorasinya bercampur inggeris moden dan fully furnished.

Isha: JK. Ini rumah siapa ? Mana tuan dia ? Kenapa kita main masuk je macam ni ?

JK masih berdiam diri. Dia kemudiannya mendaki naik anak tangga. Isha terasa geram dengan kelakuan JK itu. Semua soalannya tidak berjawab. Dengan langkah yang malas, dia turut mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas.

Sebaik sahaja sampai ditingkat atas, Isha tergamam. Kelopak bunga mawar merah bersepah diatas lantai dan dibentuk menjadi bentuk love. Disekelilingnya pula terdapat lilin menyala yang menambahkan lagi suasana romantik.

Kelopak bunga mawar merah itu turut disusun berbentuk anak panah sebagai penunjuk arah. Isha berjalan mengikut arah anak panah itu. Arahnya menuju kesebuah bilik. Kelibat JK masih tidak kelihatan dimana-mana.

Sebaik sampai didepan pintu bilik, Isha membuka pintunya. Dia tergamam lagi. Kelopak bunga mawar merah dan putih bertaburan diatas lantai. Dia berjalan masuk kedalam. Sebak terasa bila diatas cadar katil berwarna putih terdapat kelopak bunga berbentuk ' I LOVE YOU ' dan disampingnya ada 3 kuntum bunga menandakan maksud yang sama.

Terharu dan sebak. Itu yang dia rasakan saat ini. Dia memerhati keadaan sekeliling. Memang sangat cantik dan boleh dikatakan romantik. *JK ke yang buat semua ni ? Dia memang betul-betul cintakan aku ke ?* Isha tertanya-tanya sendiri.

Secara tidak semena-mena Isha merasakan ada yang memeluknya dari belakang. Dia hanya mendiamkan diri. Dia tidak meronta atau minta dilepaskan. Dia tahu itu JK. Dia kenal benar dengan bau minyak wangi JK. JK memeluknya dengan erat. Kehangatan nafas suaminya dapat dirasakan.

JK: You suka ?

Isha hanya sekadar mengangguk. Dia kehilangan kata-kata. Sungguh dia tidak menyangka yang JK akan melakukan kejutan seperti ini. Dia terharu. Sangat terharu.

Isha: You yang buat semua ni ?

JK: Ye. I buat untuk you. Yeobu, ini rumah kita. Rumah I dengan you. I beli untuk keselesaan kita lepas kahwin. Rumah ni akan lindungi kita dari hujan dan panas. Rumah ni juga akan jadi tempat permulaan kisah cinta kita. I dah janji dengan diri I sendiri yang I akan penuhi semua keperluan you dari segi zahir. I tahu you masih belum cintakan I. I tahu yang you masih belum boleh lupakan Suga. Take your time. I akan selalu ada untuk you dan I akan buat you jatuh cinta pada I.

Isha hanya berdiam diri. Dia tidak tahu mahu memberikan reaksi apa pada kata-kata JK. Dia buntu. JK begitu baik padanya dan melayannya selayaknya seorang isteri tapi dia. Dia langsung tidak menganggap JK sebagai suaminya. Terbit rasa menyesal kerana membiarkan JK tidur diruang tamu siang tadi.

Isha: I minta maaf. I tahu I salah. I tak layan you macam suami. I berdosa dengan you, JK.

JK: Shutt. Takpe. Take your time. I takkan paksa you layan I. I takkan paksa you jalankan kewajiban you yang satu tu kalau you belum bersedia. I taknak you layan I sebab terpaksa. I nak you layan I dengan ikhlas dan penuh dengan rasa cinta.

Isha bertindak memusingkan badannya menghadap JK dan membenamkan mukanya kedada bidang milik JK. Dia menangis teresak-esak. Dapat dia rasakan keikhlasan JK melalui kata-katanya sebentar tadi.

Isha: Sentuh I JK. You berhak untuk tu. You berhak keatas diri I. I nak jalankan tanggungjawab I sebagai seorang isteri.

JK menggeleng mendengar pernyataan Isha. Dia tahu Isha masih belum bersedia. Isha cuma rasa bersalah dan keliru.

JK: I takkan sentuh you. You cuma rasa bersalah. You tak cintakan I. You jangan buat sebab terpaksa. Please. Itu cuma akan buat I tambah terluka.

Isha: Tak. I yang nak you sentuh I. I yang nak you jalankan tanggungjawab you dari segi zahir dan batin. Please. Izinkan I jalankan tanggungjawab I sebagai seorang isteri.

Isha sendiri tidak pasti kenapa dia bersungguh mengatakan hal itu. Padahal sebelum ini dia yang beria menolak JK. Biarlah. Sudah tiba masanya dia melupakan cintanya pada Suga. JK berhak keatasnya. Dia sudah bersedia menyerahkan segalanya pada JK iaitu suaminya yang sah.

JK hanya mengangguk. Perlahan-lahan JK mengangkat isterinya dan meletakkannya diatas katil. Detik-detik penyatuan mereka sebagai suami isteri disaksikan kelopak-kelopak bunga mawar merah dan rumah mereka.

JK: Gomawo yeobu. I janji I akan jadi suami yang terbaik untuk you. Saranghaeyo.

Isha hanya mengangguk dan tersenyum. Dia berdoa semoga semuanya akan baik-baik sahaja nanti. Andai ada hasil dari kebersamaan mereka, semoga zuriat mereka nanti akan menjadi manusia yang berguna dan taat kepada mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience